Saturday, November 17, 2012

Siem Reap Trip - Day 3. Silk Farm, War Museum & Killing Field


Hari ketiga di Siem Reap. Agenda aku masih penuh. Ada 3 tempat utama yang aku pegi.

  1. Silk Farm 
  2. War Museum
  3. Mini Killing Field

 Kalau ikut logik akal, aku tak sepatutnya lah cramp semua cerita ni dalam satu entry coz akan nampak bercelaru. Tambah awkward coz Silk Farm tu lembut je in nature kan? Tapi War Museum & Mini Killing Field tu horor giler bunyi nya! Tapi memandangkan kitaorg covered sumer tempat ni in one day, so aku pon malas nak buat byk2 entry sgt. Maka para pembaca budiman, korang pasrah je lah baca entry aku kali ni ok? :)


Tuk Tuk yg setia bersama kami berempat di Siem Reap
 Utk mengelakkan kecelaruan emosi, eloklah aku segmentize kan entry ni mengikut subtitle ok? Hope it will ease your reading experience.

1. The Silk Farm

Hari ini kami berjalan berempat lagi satu tuk tuk. Nasir masih setia melayan kami berjalan2. So lepas breakfast kat hotel, kami pun mulakan journey kami ke Silk Farm dulu. Kenapa aku nak pegi Silk Farm? Based on online research aku buat before the trip, tak ramai tourists especially from Malaysia yang visit farm ni. Tapi aku rasa tempat ni akan provide a different exposure and knowledge kepada aku & kawan2. Aku belum pernah lagi pegi ke mana2 silk farm sebelum ni, so mmg curious lah camana lah silk ni dibuat. Bila aku suggest tempat ni kpd kawan2 yg lain, diaorg ikut je. Basically, aku lah mastermind nya ;)

Perjalanan dari hotel ke Silk Farm ni jauh! Lebih jauh dari hotel ke airport. May be ada dlm 45 mins naik tuk tuk. So dapatlah aku tgk scenery di kawasan luar pekan Siem Reap. Nampak rumah2 kampung di kiri kanan jalan. Ada jugak khemah2 kenduri kahwin di dua tiga buah rumah. Lebih kurang je mcm kenduri kahwin di Malaysia. 

Best woo!! Berangan sambil ditiup angin sepoi2!
Pengalaman di Silk Farm ni sgt menarik. Kami sampai je di pintu utama, terus disapa oleh seorang staff lelaki. Dialah tour guide kami yang akan membawa kami tour ke seluruh silk farm ni. English nya OK, so x de masalah communication lah. Silk Farm ni entrance nya free, cuma kita bagi lah tips to the tour guide sbg tanda terima kasih.

Utk cerita pengalaman kat sini, sila refer pics yg byk2 kat bawah ni ok. Kali ni rekod bergambar aku sgt lah lengkap, pendek kata I didn't miss a thing, except lupa nak snap pic tour guide tuh! Eh, perlu ke kan? Hehe..
Tak tahu lah apasal aku snap semua pics, feeling2 host Majalah 3 kot? ;p


Ini ialah sejenis pokok beri. Daun ni lah makanan favorite ulat sutera tuh!
Daun2 beri ni dihidangkan utk santapan ulat2 sutera dlm konsep "Nasi Ambang" a.k.a. mkn dalam talam ;p
Bila dah kenyang kebuntat, ulat2 akan transformed menjadi mcm ni & produce kapas2 yg banyak
Selepas ulat2 tu semua kenyang dan gembira, mereka akan menghasilkan kapas2 putih macam dalam pic di atas. Kapas2 putih tu nanti lah akan diasingkan daripada selaput kuning, dan diproses menjadi benang sutera. Actually, selaput kuning tu pun akan dijadikan benang sutera jugak. So benang from kapas putih lebih mahal & lembut daripada benang from selaput kuning. Magik kan?


Ini bukan deco ye, tapi bila letak ulat2 ni atas benda ni, lebih byk kapas akan terhasil
Agak geli jugak lah tgk byk sgt ulat dalam bilik ni!



Pastu selaput2 kuning ni pun dijemur
OK dah faham camana proses ulat sutera produce kapas2 putih? Next, kami dibawa ke bahagian membuat benang sutera daripada kapas2 putih & selaput kuning tu pulak. Banyak gak proses nya. Sempat jugak kitaorg sentuh benang kapas ni, memang lah sgt teguh ok! Tak putus!! Pas aku tgk proses nak produce kain sutera ni step by step, baru lah aku faham kenapa lah harga sutera asli ni mahal. Mmg renyah membuatnya!

Jom masuk utk tengok apa ada kat dalam.
Selaput kuning benang sutera kasar, kapas putih jadi benang halus
Yg berpintal ni ialah benang drp kapas putih tadi

Benang diwarnakan merah or apa2 color yang diperlukan

Benang berselirat menghubungi mesin ni ke mesin besar 
Pic ni lebih sesuai utk gambarkan apa yg aku try to explain kat caption pic atas ;)

Nampak staff yang bekerja kat sini mmg dah cekap sgt. Macam senang je diaorg buat keje. Padahal benang berselirat menghubungi dari satu mesin ke mesin yang lain.Berselirat mcm pancaran laser. 

Ok masa ni aku terbayang mcmana Catherine Zeta Jones duk melentuk2 kan diri utk melepasi pancaran laser dalam filem apa ntah. Lupa plak title movie tu. Mesti korang tertanya2, apa kena mengena plak scene tu? Tapi mmg itulah analogy paling sesuai aku nak describe betapa berselirat halusnya benang2 tu.

Zaman moden ni, mereka dah gunakan pewarna moden. Tapi zaman dulu, semua warna terhasil naturally. Impressed betul aku bila figured out benda2 di bawah ni boleh mengeluarkan warna2 yg cantik sangat! Moral of the story, jgn underestimate!

Kayu pokok nangka = kuning
Serpihan kayu, buah hutan


Apart from bahan2 tumbuhan, rupa2 nya besi karat pun mampu hasilkan warna2 yg mengancam ye! Memang tak pernah aku terfikir plak pasal benda ni. Hebat discovery orang dulu2.

Besi karat = Merah Pink

Sabut kelapa = Coklat

Morning glory flower = Purple
Selepas dah pilih color benang apa yg diperlukan, proses seterusnya ialah menenun. Aiyoh, bagi aku keje ini sgt stressful. Seratus kali lebih stressful drp jadi lecturer! Lain mcm level of multitasking nya ok! Kaki tangan semua kena gerak, at the same time kena fokus utk pastikan design accurate and benang2 yg berselirat itu tidak bergumpal!! Ok sumpah, kalau aku apply keje sini, mmg tak kan dapat kot. Kesabaran pekerja2 sini mmg berada pada tahap tertinggi. If hanya satu benang tersilap tenun, abiskan quality kain sutera itu. Rejected! Sure sedih!! I think that was why staff diaorg ni mahal dgn senyuman. Terlebih fokus katanya ;p

Memang halus tenunan nya
Hasil tenunan pekerja di sini dapat dilihat di Exhibition Hall. Memang menakjubkan! Especially gaun pengantin di bawah ni. Sutera asli gaun ni. Ada yg interested nak tempah? Haruslah wedding korang nnt akan jadi Wedding of the Year!

Gaun pengantin sutera
Pakaian penari2 Aspara

Penari2 Aspara wanna be ;p
 Sapa2 yg berminat nak beli sutera, boleh beli kat sini. Tapi kitaorg satu apa pun x beli! Mahal!! Tapi Artisan Silk Farm ni mmg yang terbaiklah di Siem Reap. So if korang berhajat nak borong sutera yg mmg pure, kat sini lah port nya.



2. War Museum

 Sebenarnya War Museum tak masuk dalam agenda asal for the day. Tapi bila dah nampak signage tepi jalan, so why not singgah je. Bak kata orang, alang2 dah sampai kan? War Museum ni sunyi sepi je masa kitaorg datang. May be bcoz of off season so x ramai tourists. War Museum ni ada entrance fee. Tak ingat lah berapa kena double check balik. May be dlm USD5 kot. Tak sure. 

Selamat datang!
Worth it ke nak pegi sini? 

War Museum ni mempunyai artifacts and content yg menarik dan tinggi value nya. Unfortunately, tempat ini tak diselenggarakan dgn baik. Memang macam hangat2 taik ayam je diaorg ada kan tempat ni. Senang betul keje kalau setakat nak lambak kan aje kereta kebal, meriam2, helikopter tanpa maintenance yang rapi. Information counter ada, tapi brochures tak ada. Serious macam hidup segan, mati tak mau. Kalau management improve kan ambience tempat ni, mesti lagi ramai tourists akan datang. 

Conclusion aku, personally aku rasa kalau kena bayar, macam tak worth it kot. Bila bayar, of course expectation aku jadi lebih tinggi! Hopefully, management akan improve kan lagi museum ni in the future.

Anyway, layan lah pics yg aku sempat snap ni ye. 

Salah satu meriam yg dipamerkan. Serious, byk giler meriam!!!
Kereta kebal yg digunakan pada zaman perang
Lagi kereta kebal. Macam2 jenis kereta kebal ada!
Salah satu scene dlm citer Airwolf! ;p
Tetiba teringat citer Bukit Kepong
Ni bukan lemang tau!

Barisan senjata
Set Corelle, Noritake etc.

Sedih! Emo aku tgk pic ni!
Jasa perwira cilik
Masa aku melawat museum ni, aku mmg terbayang description perang seperti yang aku baca dalam novel First They Killed My Father tu. So, touching jugaklah perasaan masa tu. Mungkin begini lah jugak keadaan negara kita pada zaman penjajah. Ini lah jugak experience yg arwah atok aku (polis) kena hadapi. Bersyukur sgt di atas keamanan & kebebasan yang kita kecapi sekarang. Tanpa pengorbanan mereka dulu, tak tau lah apa jadi pada kita. (Mode: Insaf)


3. Mini Killing Field

Misi hari ketiga diteruskan lagi. Kali ni kami dibawa ke Mini Killing Field. Kenapa plak mini? Sebab Killing Field yang besar terletak di Phnom Penh. Kat sana lebih menarik, ada penjara, terowong rahsia segala, katanya. Kat sini hanyalah ada sebuah ruang berkaca yg menempatkan segala serpihan tengkorak & tulang2 manusia yang telah dibunuh. Sebelum ruang berkaca tu dibina, tulang2 dan tengkorak tu bersepah2 di tanah saja. Sabar je lah.

Gambar2 mangsa pembunuhan

Info2 pasal mangsa

Korang nampak tak apa yg ada kat dalam ruang kaca tuh??

Bahagian sana tengkorak, bahagian sini tulang2.

So basically, ini lah berakhirnya agenda kami untuk hari ketiga. Aku sgt berpuas hati coz selama beberapa bulan hanya duk baca pasal tempat2 ni via internet, finally berjaya juga menjejakkan kaki ke sini. Banyak pengalaman and knowledge baru yg aku acquired sepanjang trip ni. Tapi mcm biasalah, sejauh mana pun aku pegi, tak kan ada tempat yang sama macam tanah tumpah darah sendiri. 

Hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri. 
Camana best pun tempat orang, hati tetap sentiasa di sini.



Kami sempat posing bersama Nasir sebelum say Good Bye :)
Terima kasih banyak kerana sudi baca sampai habis. Harap2 nya tak de lah yg menghadapi kecelaruan emosi lepas baca entry ni ok?


 Next entry: Restoran makanan halal di Siem Reap. InsyaAllah.






















































2 comments:

  1. Aliaa, maka boleh lah visit War Museum ni ye. Tapi expectation tu jgn tinggi sgt lah. Museum biasa2 je ni. :)

    ReplyDelete