After freshened up ourselves kat hotel, dalam pukul 10.30am kami berangkat ke Tonle Sep menaiki van Ustaz Musa. Nasir pun ada sama bagi memeriahkan trip (padahal Nasir tu punyalah pendiam ;p ). Hati aku berbunga2 rasanya coz pada hari ni segala amanah & sumbangan akan disampaikan terus kepada yg memerlukan. Face to face. Tak de org tengah.
Jauh jugaklah Tonle Sep ni dari hotel. Utk first timer yg pegi, aku rasa trip memakan masa dlm 30 - 40mins. Tapi kalau dah selalu ulang alik ke sana, surely rasa dekat je. Bak kata abah aku, "On the way pergi ke mana2, pokok2 sumer bagi salam. So kita lambat sikit sampai coz kita kena jawab salam2 tu. Tapi hala balik, pokok2 dah x bg salam dah. So pasal tu lah kita cepat sampai." Tak tahu lah ini mitos ke rekaan dia semata2 ke or mmg hakikatnya begitu.Tapi mmg ini lah yg selalu dia bgtahu pada aku sejak kecik dulu.
Perjalanan kami melalui jalan pekan dan jalan kampung. Cuaca mmg panas sgt. Suhu mencecah 40 celcius. Nampak suasana kering kontang sepanjang jalan. Jalan berdebu2. Mengikut kata Ustaz Musa, April merupakan bulan terpanas di Siem Reap. Oh ye ke? Maka bersedia lah utk ala2 "sun bathing" sepanjang di sini ye. Nasib baik aku bawak topi besar itu!
Tonle Sep tu apa? Special sgt ke? Tonle Sep ni merupakan satu tasik yg sgt luas. Tasik ni pertembungan sungai. Kalau nak tau lebih detail, silalah google k. Aku ni part geografi hampeh sket nak citer lelebih pun. Kat sini ada perkampungan atas rakit and kebanyakan yg tinggal kat area ni dhaif sgt. Tapi memandangkan aku pegi musim kemarau, so paras air tak lah naik tinggi sangat. In fact kebykan paya yg dipenuhi pokok bunga teratai pun nampak kering je.
|
Lotus hidup di tanah gersang |
Rumah2 mereka ni mengingatkan aku kpd rumah2 org asli di sepanjang jalan mendaki Cameron Highlands. Mmg super duper basic ala2 pondok tempat tunggu buah durian kat dusun je. Sedih sgt. Tengok je lah scenery di sepanjang perjalanan yg mampu menyentuh emosi. Kalau sesapa yg tak tersentuh tu, konkrit btol hati kamu ye?
|
Scenery sepanjang jalan. |
|
Kering. |
|
Sebuah rumah di Tonle Sep. Begini lah rupa kebykan rumah lain pun.. |
|
Rumah2 kat sini bertiang tinggi coz masa musim banjir, air akan naik ke paras tiang tu. |
|
Sumpah aku x berani nak jejak sebelah kaki pun ke rumah ni. Takut rumah roboh! :( |
|
Kalau ada pun rumah yg elok sikit, ianya adalah tajaan pihak luar. |
Masa aku contact Ustaz Musa via email, mmg specifically aku requested utk menyampaikan sedikit sumbangan kepada masyarakat Islam di area Tonle Sep. Kenapa? Sebab aku dipengaruhi oleh pics yg seorang kawan aku uploaded kat FB. Terusik betul hati tgk betapa susah nya org2 kat Tonle Sep ni. Terima kasih lah Ustaz kerana telah merealisasi kan hajat kami.
Tiba2 pandangan mata aku tertumpu kepada sebuah masjid yg cantik! Macam out of place pun ada gak. Kawasan sekeliling punya lah dhaif, tetiba ada sebuah masjid yg cantik mcm kat Msia.
|
Masjid Ar-Rafee'ah nama diberi |
|
Cantik kan? |
Ustaz Musa cakap, kat sini lah perjumpaan akan diadakan di antara ahli2 rombongan kami dgn lebih kurang 50 penduduk Islam Tonle Sep. Tambah membanggakan lagi, rupa2nya owner masjid ini ialah seorang hamba Allah dari Malaysia yg mahu identiti nya dirahsiakan. Alhamdulillah. Nak tgk bahagian dalam masjid ni? Cantik!
|
Masjid ni baru je siap |
|
Selain tempat beribadat, masjid ni jugak tempat belajar agama |
So apa lagi, jom lah angkut kotak2 dan bawak masuk ke dalam masjid. Dah tak sabar rasanya! Kesian diaorg tu tunggu dah lama.
|
Kotak2 diangkut masuk ke dalam masjid |
|
Penerangan oleh Ustaz Musa dalam bahasa Cambodia. |
Pada asal nya kami ingat penyerahan akan dijalankan dalam suasana informal saja. Tapi Ustaz dah planned semua menjadi formal. Aku as ketua kumpulan (tak pasal2 jadi ketua kumpulan ;p) pun telah dijemput utk memberikan sedikit ucapan. Since mereka ni x faham bahasa melayu, so Ustaz Musa jadi interpreter jap.
Bila tgk muka mereka especially the kids, memang hati jadi sayu. Nampak mereka sgt behave walaupun anxious nak tahu apa barang2 yang kami bawa. So sesi bukak kotak pun bermula. Ustaz cakap, kami kena agih2 kan utk mengelakkan daripada terjadi nya episod rebut merebut. Seronok sangat masa ni sebab mereka sangat happy and appreciative! Tgk lah pics ni reaksi mereka especially the kids!
|
The fun begins! |
|
Sumbangan ikhlas dari rakan2 di Malaysia utk mereka |
|
The kids sgt behave themselves. |
|
Jom distribute buku dulu for the kids |
|
One of my friends tolong distributed pencil color |
|
Pencil color lagi |
|
Masing2 dah seronok dgn buku, pencil color & pencil box masing2 |
|
Sedikit cenderata mata daripada pihak univ. |
|
Simpan buku tu elok2 ye. Belajar rajin2! |
|
Instant mee sanggul pun kami bawa. |
|
Meriah sgt suasana masa ni :) |
|
Si kecil ni baru dapat baju baru. Excited nak pakai terus. |
|
Si cilik ni namanya Rista |
|
Sgt sesuai baju niece kawan aku ni utk Rista kan? |
|
Bye Bye Rista! |
|
Comel kan? |
|
Utk golongan perempuan, ada jugak sikit baju2 and tudung utk dipilih. |
|
Penuh sabar. |
|
Alhamdulillah. |
Program kami berakhir dalam pukul 1pm. Ringan rasa bahu bila amanah2 org telah selamat ditunaikan. Selepas ni, kami naik cruise menyusuri Tonle Sep di tengah hari buta yg sgt terik cuaca nya!
Note:
Sekiranya ada mana2 pihak yg mahu organize charity program di Siem Reap ni, aku ada beberapa tips utk dikongsi.
- Contact Ustaz Musa via email at musasoleh@yahoo.com. Beliau sgt helpful. Bukan sahaja beliau boleh tlg arrange kan program CSR u all, tapi beliau juga ada restaurant makanan Islam di belakang masjid Siem Reap. Ada juga perkhidmatan van & tuk tuk utk disewa.
- Daripada observation aku, these people need food supplies. Elok juga if u all bawak cash, then beli beras berkampit2 kat sana utk diagihkan kepada mereka. Selain beras, bahan makanan asas yang lain juga sesuai diberikan.
- Sila check cuaca coz di Siem Reap ni kalau panas, panas melampau. Kalau hujan, akan banjir pulak. So pilih musim yg bersesuaian.
- Kalau nak bagi baju, diaorg ni majority bersaiz kecil & sederhana. Payah lah nak cari yg bersaiz besar. So make sure u all bawak pakaian yg bersesuaian ok.
Hopefully, experiences dan info yg aku share ni memberi manfaat. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment