AK1480 LCCT to Siem Reap |
Lepak2 kat airport before depart |
Sempat je posing |
Alhamdulillah, sampai sudah!!! |
Entry ini entry tertunggak! Bukan calang2 punya tertunggak ye. Dah 7 bulan tertunggak! Tapi bak kata pepatah omputih, better late than never, ye tak? :) Statement nak sedapkan hati sendiri.
So flight aku ke Siem Reap was on 24th April 2012 pepagi buta. Departed from LCCT pukul 6.50am. Mmg utk melancarkan urusan, aku dan geng2 dah checked-in via website. Ini satu kemudahan yg x patut kita ignore. Sgt2 membantu coz x perlu lah bersesak2 di airport lagi. Hanya perlu check in luggage saja nanti. As simple as that!
Impian sangat!!!!
Tidak bersesak2 di airport katanya? Hahahaha...bila pernah lah LCCT tu tak sesak? Ramalan ku sama sekali meleset, so next time jgn underestimate!
Aku sampai terlambat sikit dari yg lain. Tapi masih byk waktu lagi. Walaupun Subuh pun blom masuk waktu lagi, tp manusia dah padat. Beratur lama jugaklah utk check in luggage. Jgn lupa, kami bukan saja bawak beg2 pakaian, tp jugak berkotak2 barang2 sumbangan. Tak henti2 berdoa dalam hati semoga urusan kami berjalan lancar. Alhamdulillah, tak de apa2 complication di counter AirAsia LCCT. Pastu x henti2 jugak berdoa semoga dipermudahkan urusan di airport Siem Reap nanti. Itu yg paling suspens sekali!
Ok masih awal so sempat lah solat Subuh dulu and makan hot & roll sebelum depart. Cute jugak mamat yg jual hot & roll tu, tp of course baya2 students kitaorg je. Hehehe..borong jugak roti2 from Baker's Cottage utk bekalan. Baru bukak kedai ni coz masa gi London dulu belum wujud lagi. Favorite!! Suka sgt! Berbondot2 membeli, bak kata org..sediakan bekalan sebelum kebuluran ;p
Alhamdulillah flight berlepas as scheduled. Perjalanan pun lancar, I supposed! Sah2 aku tido sepanjang journey coz mengantuk giler. Tak de la episod2 gegaran ke apa, so bravo Mr. Pilot! U've done a great job! We had a smooth 2 hours journey :)
Sampai di Siem Reap masih awal pagi, so kat airport pun masih aman damai. Urusan di immigration counter pun ok tak de masalah. Barang2 kami yg berkotak2 tu pun selamat. Menolak troley ke custom counter sgt suspens. Mmg dalam hati x henti2 berdoa, permudahkanlah urusan kami Ya Allah! Jeng..jeng..jeng!!! Betullah strategy kami utk sampai awal. Syukur sgt coz x de pon pegawai kastam yg counter kastam itu!!!! Diaorg belum sampai le tuh! Thank you Allah!! Urusan airport kami dipermudahkan lagi sekali.
Posing while waiting for Ustaz Musa to pick us up |
Bila semua dah berkumpul kat luar airport tu, masing2 tercari2 hotel representative dgn kad yg tertulis nama kami. Eh, tak de plak. Ok panik jap! Call hotel, rupa2nya ada miscommunication. Diaorg baru nak send rep to pick us up. Nasib baik lah aku buat arrangement utk 2 van. 1 from hotel, another one from Ustaz Musa utk bawa barang2 dlm kotak. Dalam 15 mins, Ustaz Musa sampai bersama En. Nasir. Bincang punya bincang, last2 Ustaz cakap jom semua naik van dia je. Tak pyh lah tunggu van from hotel. Memang nak kena tau hotel ni. Hari tu dlm email bukan main lagi janji manis segala.
Ini lah Ustaz Musa yg byk membantu bg merealisasikan projek ini |
Ustaz Musa ni nampak muda kan? Tapi dia bukan calang2 org kat Siem Reap ni tau. Dia Imam besar Sieam Reap & merupakan ketua kaum Muslim di Siem Reap. Sungguh berbesar hati sgt dapat berurusan dgn Ustaz. Finally dapat juga berjumpa selepas hanya communicated via email & sms. Yang paling best, ustaz fasih cakap Melayu! Ustaz cakap dia pernah belajar kat Malaysia and byk kali gak dtg Malaysia.
Maka, off we go to hotel dulu utk check in and berehat. Hotel kami Im Malis Hotel ni letaknya dlm 20 mins drive from the airport. Hotel murah je tp service nya amatlah memuaskan hati. Sepanjang jalan ke hotel tu, riuh rendah lah bersembang dgn Ustaz. Aku rasa pening gak Ustaz nak melayan cerita 8 org Cik2 Kiah ni semua.
Kiri kanan jalan mmg byk sgt hotels! Ada hotel kecil and byk jugak lah hotel yg grand. Obviously, tourism mmg penting utk Siem Reap. Ada sorg kawan aku yg from Melaka tu cakap, scenery dari airport ke hotel tu mcm jalan2 kat Melaka :) Cuma aku perhati kan, sama mcm Thailand, diaorg naik jenis berasak2 naik kenderaan mcm sardin. Sabar je lah.
Berapa sen tambang agaknya kan? |
Ok kita sambung entry pasal hotel lepas ni ok.
No comments:
Post a Comment