Wednesday, November 14, 2012

Siem Reap Trip - Day 1. Tonle Sep Cruise


Sementara tgh ada mood nak update ni, eloklah aku teruskan je effort utk update. Takut pulak kalau stop, mau ambik masa berbulan2 plak lagi nak sambung cerita. Padahal byk lagi experiences nak cerita ni.

Ok pas selesai urusan di Masjid Ar-Rafee'ah tu, kami mintak tolong Nasir (masa ni Ustaz Musa x ikut. Dia mintak tlg Nasir bawak kami jalan2) bawa kami ke jeti. Dah alang2 sampai ke Tonle Sep, x kan lah x nak naik cruise menyusuri tasik kan? Ala2 x complete lah trip. 

Jeti utk naik boat
Masa kami sampai kat kawasan jeti tu, mmg suasana lengang je. Langsung tak ramai orang. Ini musim kemarau so x de sapa lah yg nak naik cruise tghari buta mcm kitaorg ni! Serious ok, kalau ikutkan perangai mengada2 feeling puteri lilin aku ni, mmg aku pun x nak naik cruise tuh. Tapi dgn semangat setia kawan yg menebal (cehwahhh) aku gagahkan jua kaki ku ini. Tiket brp USD ye? Tak ingat le plak part ni. Tapi x mahal sgt lah rasanya. The best part, kitaorg dpt conquer satu boat. Yeayy...

Curam tahap gaban!
Lepas settle urusan beli tiket, kami pun terus ke boat. Makdatuk!!! Curamnya jambatan ni!!!! Gayat jugak lah nak turun. Cuak takut kasut licin. Tapi lega coz x de incident jatuh2 manja terjadi. Masa ni dah terdetik dlm hati aku. Hanya org2 yg cekal hati je akan naik cruise time kemarau macam ni! Terus aku feeling2 boleh masuk Amazing Race next year! Perasan!! ;p

Oh ye, masa ni akan ada photographer yg akan snap pics kita. Make sure korang pose sehabis comel lah ye. Jgn buat muka toya walaupun cuaca panas membara coz nanti pas abis naik cruise, dia akan dtg pada kita dgn pics tu sumer. Ada yg letak dlm frame, dlm piring etc. Beli lah utk kenang2an.

Ini lah boat kami
It was all ours!


Nampak tak jambatan curam tadi yg color putih tu?

Mamat tour guide kami ni slang English nya sgt lah hebat! "I learned English from tourists," katanya.
Since masa tu musim kemarau, paras air sgt lah cetek. Pergerakan boat pun jadi ala2 tersangkut2, so ini melambatkan journey kami. Tapi baru terdetik dalam hati nak komplen macam2, aku terpandang beberapa lelaki yg cuba mencari rezeki dalam keadaan kemarau seperti ini. Automatik aku insaf sekejap. Apa lah sgt dugaan mengharungi tasik naik boat di musim kemarau berbanding dgn terpaksa memetik lotus or menjala ikan seperti mereka di dalam pics ini??


Mencari rezeki menyara family

Air hanyalah paras peha saja. Ada ke ikan utk dijala?

Air paras atas sikit je dari buku lali. Apa lah agaknya anak2 dia nk makan hari ni?
Makin jauh perjalanan ke tengah tasik, paras air semakin tinggi. Aku dapat lihat lebih byk rumah rakit, kedai runcit terapung, pasar ikan, sekolah, gudang barang2 sumbangan orang ramai etc. Besar sungguh lah Tonle Sep ni. Tapi kerana cuaca panas sgt, aku x nampak pulak kelibat lelaki yg tiada tangan menaiki besen di kawasan tasik. Aku pernah nampak gambar lelaki tu dalam album FB kawan aku. Kesiannya kan? Sebenarnya kan, aku x enjoy sgt lah cruise ni coz mata aku pedih dimasuki peluh sendiri. Sabar je lah.


Pasar Ikan
Kalau dah namanya pun pasar, harus lah meriah!

Tiba2 aku terbau hanyir yg agak kuat. Nampak plak beberapa sampan "parking" dan gerai2 di tebing sungai. Oh, rupa2 nya kat sini lah pasar ikan Tonle Sep. Nelayan & peraih akan bertemu di sini utk urusan jual beli ikan etc. Kami x singgah pun, setakat lalu saja. 
Kedai runcit terapung

Pusat pengumpulan barang2 sumbangan
Di antara brg2 yg aku nampak terkumpul di sini spt beras & lain2 keperluan asas

Rumah2 di pinggir pasar ikan

Scenery di tengah2 tasik Tonle Sep
Ada sebuah sekolah kat tengah2 tasik ni. Tapi kami x singgah lah sebab semua barang2 sumbangan telah kami distributed di masjid tadi. Kemudian bot berhenti kat Crocodile Farm. Eeeii..x berkenan betul lah aku tempat ni. Aku mmg x brp fancy sgt haiwan2 nie, especially lah buaya! Tapi turun je lah coz dah alang2 sampai tu kan. Tak kan aku nak duduk sorang2 dlm bot kot? 


Bagi aku, kalau x singgah pun x rugi kot? Tak semenggah je aku tgk tmpt ni.

Terdapat le beberapa ekor buaya mandi manda...



..And beberapa ekor lagi asyik ber sun bathing!
Ada satu restaurant TAK HALAL kat sini

Souvenirs byk jugak dijual. Tapi JGN beli kat sini coz mahal!

Ada juga si cilik berposing manja dgn ular nya

Part si kenit ni berposing dgn ular ni lagi lah aku tak berkenan!! Sapa nak snap pic dgn dia + ular dia, kena byr USD1. Mak aiii..senang btul cari duit. USD plak tuh!! Bayangkan kalau musim ramai tourists, sah2 USD100 pun dia boleh earn dlm masa sehari. Ko mampu??? ;p

Basically itu je lah yg ada kat tasik Tonle Sep ni. Kitaorg dah kepenatan ya amat plus kelaparan!! Serious lapar coz kitaorg x makan apa2 lagi since Subuh tadi di LCCT!! Jam dah nak masuk pukul 2pm, so kami decided to skip sebyk tempat yg boleh along the cruise. Sudah2 lah tu, kami nak balik makan. Lapar + panas sampai sakit kepala. 

Pesanan Penaja. Oh My English!!!


Note:

Kalau nak naik cruise, sillalah jgn naik di waktu kemarau sebab:
  1. Cuaca bukan je terlalu panas
  2. Paras air jugak cetek. 
Selain itu, pastikan korang ...
  1. Sediakan duit kecil utk tip "kapten" boat + tour guide + nak bagi USD1 kat si cilik dan ularnya ;)
  2. Bawa lah bekalan air mineral, kipas tangan & roti ke apa2 utk dikunyah





No comments:

Post a Comment