Apart from pegi ke tempat2 pelancongan yang popular, aku and the gang ada jugak meronda2 di sekitar pekan Siem Reap ni. Usually activity ni semua kitaorg buat waktu petang and malam. Since location hotel aku ni sangat strategik, semua tempat yang akan aku citerkan ni nanti adalah walking distance tapi kalau penat nak menapak (Read: MALAS!) boleh je naik tuk tuk.
First day petang, aku and roommate plan nak lepak2 kat hotel je sambil enjoying the aircond. Panas sangat kat luar tuh! Lagi pun kaki pun dah lenguh2. Adoii, bunyi dah mcm makcik2 sgt kan? Hehe..
Tapi apa kan daya, tetiba plak area tu x de electricity! Menggelupur lah kitaorg sumer. Takkan nak memerap dalam hotel panas2 mcm ni? Masing2 dah lenguh tangan dok kipas2 kan diri dengan kadar selaju mungkin. So, tak boleh jadi ni, maka kitaorg pun cari satu tuk tuk and keluar ke pekan. Memang lah walking distance tapi kalau dah matahari memancar terik sampai pedih mata dek peluh, masih gigih kah nak berjalan kaki? Tak perlu kot!
Mula2 tu mmg lah berjalan tengok2 souvenirs and kedai2 menarik di sekitar pekan Siem Reap. Tapi dek kerana cuaca yang panas melampau sampai pening kepala, kitaorg sepakat untuk cari tempat ber air cond yang kitaorg boleh berehat. Cuba teka apa akal kitaorg? Jeng..Jeng..Jeng!!
Beauty Salon. Menarik kan? |
Cuci Rambut!!!! |
Creative tak idea kitaorg? Solution ini bukan saja membolehkan kitaorg lepak2 dalam aircond, tapi at the same time boleh memanjakan diri! USD5 (RM15) utk cuci rambut, blow dry & massage kepala selama 30 mins! Good deal kan? Best sangat!! Ringan rasa kepala. Barulah bersemangat nak sambung merayau.
Sekitar pekan ni mmg byk sgt jual souvenirs. Sepanjang2 jalan penuh dgn kedai2 cenderamata. So kalau nak borong souvenirs, boleh lah borong kat sini. Harga berpatutan. As usual, aku beli lah keychain, FM and a few other small items sebagai kenangan.
Satu lagi aspek yang aku sgt teruja ialah lukisan! Paintings were every where! Cantik2!! Pelbagai size were available. Ish, kalau ikutkan hati nak jugak beli bawak balik tp bila fikirkan pasal susahnya nak bwk naik flight segala, end up x beli pun painting kat sini. Orang2 kat sini mmg creative and berseni. Cuma as muslim, kita kena pandai pilihlah kan coz most of the paintings tu mcm tak sesuai untuk kita.
From observation aku, org Siem Reap ni memang bergantung kepada tourism untuk menjana ekonomi negara. So dari aspek keselamatan, tak payah lah nak risau berjalan2 kat sini. Diaorg semua tak kacau tourists. Tak de pulak incident org nak mencuri ke apa. Aman je tempat ni. Polis pun sesekali kelihatan to ensure tak ada apa2 masalah berlaku. So part ni aku suka :)
Satu lagi part yang aku suka, selain daripada sangat obsess dengan hasil kraftangan & paintings, masyarakat kat sini sangat menghargai buku! Buku jugak dianggap sebagai souvenirs. Novels were every where! Best sangat. Most of the novels adalah mengenai sejarah negara mereka sendiri. Penderitaan rakyat mereka ketika di bawah jajahan Khmer Rouge banyak didokumenkan dalam novels. Apart from kemiskinan and penderitaan mereka, aku perhatikan mereka sangat patriotik! Ini satu lagi aspek yang aku suka!
Aku sempat beli 2 buah novels sepanjang trip ke Siem Reap ni. Novel yg color putih tu entitled "First They Killed My Father" mmg best sangat!!! Sejarah penderitaan zaman Khmer Rouge diceritakan from the perspective of a small girl. Sesapa yg suka baca buku2 pasal kehidupan or sejarah sesebuah bangsa, aku mmg rekomen buku ini. Buku color hitam tu aku beli daripada seorang penjual jalanan di Angkor Wat. Tulisan nya kecik sgt, so x berapa laju speed aku membaca nya. ;)
Daripada pembacaan aku ni, baru lah aku faham apa sebenarnya yang terjadi. Macamana warga Phnom Penh dibunuh beramai2 dalam genocide oleh Pol Pot. Habis semua golongan professional, cerdik pandai, kaya raya dibunuh. Yang tinggal hanyalah orang2 kampung yg miskin dan tak de education. Kenapa? Sebab pemerintah masa tu takut golongan2 pandai & kaya ni akan memberontak and menjatuhkan pemerintah. Pemerintahan Pol Pot telah menutup pintu utk sebarang influence dari luar yg digambarkan sbg pemusnah pemikiran rakyat. So what ever that comes from outside was considered as very bad and dangerous. So hiduplah rakyat ni dalam keadaan miskin, kuno and ibarat katak di bawah tempurung. Pol pot tu diumpamakan sebagai Tuhan. Dia saja yg betul. Dia lah the only reference point! Tapi hikmah di sebalik kekejaman ini yg aku observed ialah, mereka sgt patriotik! Semangat ini yg Malaysians perlu ada! Takkan nak menderita semula mcm zaman sebelum merdeka dulu then baru nak patriotik?
Ok panjang sgt plak bebel pasal sejarah and patriotisme. Jom kita tgk apa lagi yang menarik di pekan Siem Reap ok. Selain souvenirs, paintings and novels, kat sini banyak jugak dijual kain sutera. Sutera asli ada, sutera tak berapa asli pun ada. Nanti in the next entry aku citer pasal pengalaman aku melawat Silk Farm ye.
Kami borong kain ela di Centre Market. Masa beli kain kat sini, kena tanya betul2 kain tu dipotong berapa meter. Ada yang 4 meter, ada yang 3.5 meter saja. Ini lah "pentas" utk korang test negotiation & bargaining skills korang. Sapa pandai tawar harga, dialah yang untung! Mmg byk lah jugak borong, sampai pegi ulang alik ke kedai tu dua tiga kali trip! If nak pegi Centre Market from the hotel, eloklah ambik tuk tuk coz nanti senang nak angkut balik kain berbondot2 itu :) Alhamdulillah, Nasir sgt sabar melayan kerenah kitaorg membeli kain sampai sanggup tunggu lama.
Rambang mata |
Kat sini pun ada souvenirs |
Kami borong byk kat kedai Siti ni. Dia ni jiran Ustaz Musa. Pandai cakap melayu. |
Belek Cik Marya, jgn tak belek! |
Ada satu lagi pasar yang aku pegi dgn roommate aku. Pasar tu di seberang sungai kecil. Jangan risau, x pyh naik sampan pun. Ada jambatan cantik. Sungai tu bukan besar mana pun, ala2 parit gitu. Kat situ byk silk scarfs and pashmina. Murah2 jugak, so boleh lah beli byk.
Pada hari ketiga, aku dgn roommate pegi massage center plak. Biasa tactic nak enjoy the aircond sambil berehat! Malam pertama kat hotel, kitaorg dah dapatkan service Khmer massage yg free satu jam tuh. Boleh tahanlah jugak. Hari ketiga, kitaorg try massage kat spa le plak. Harga tak ingat lah berapa rasa2nya dalam USD12 kot.
Walking distance from the hotel |
Excited plak. |
After the massage session. Nampak lebih segar tak? ;P |
Tempat lepak2, minum2 tepi jalan. Kitaorg gi snap pics jek. |
Sekitar hotel ni, memang ada byk btol lah nite markets! Rasa2nya ada lebih kurang 10 nite markets berbeza. Semua tu korang boleh pegi jalan kaki je. Tapi x payah lah pegi semua, coz generally barang2 nya sama saja. Cuma kami terkilan coz terlepas Aspara dance show. Tak de rezeki. Aspara tu tarian traditional masyarakat sini yg paling popular.
Lepas menapak ke nite markets ni, confirm kaki rasa mcm nak tercabut! Masa berjalan hala pegi tadi mmg tak rasa sakit coz ala2 lupa diri kan? Hala balik mmg penat giler! Seronok byk jalan mcm ni dengan harapan kurus le badan! Hahahaha..
Itu lah serba sedikit aktiviti free & easy kami. Nanti kalau ada mood, aku sambung update lagi ok. Hari ketiga di Siem Reap, jadual kami maintain packed sehari suntuk!
Thanks for reading! :)
No comments:
Post a Comment