Wednesday, April 11, 2012

Part 2: Trip to Medan (7 - 9 July 2011)


DAY 2 : PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – PARAPAT – BERASTAGI (B,L,D)

Pagi ini kami perlu bersiap awal. Packed barang and pegi breakfast di hotel coffee house. Tapi masih sempat lagi nak berposing kat balcony bilik hotel. Damai btol suasana pagi di sini. Memang sesuai utk yg datang bercuti or honeymoon. But to tell you the truth, paling lama pun aku boleh bertahan di sini hanyalah 2 hari. It's too quiet! Confirm kalau aku duk lama2 nnt bosan & mati kutu. Hehehe...

View from our balcony

Fashion police, I tau tudung & baju sgt crowded designnya! Salah bwk tudung u ols! :(

Bliss!

Coffee House hotel ni terletak di atas bukit. So on the way ke coffee house tu, of couse kami melencong ke sini sana utk posing2. Dalam erti kata lain, jom pecahkan lemak2 dulu sebelum kita top up lemak! hehehhe..Padahal masa tu nak kena cepat coz lepas makan kena angkut bag masuk bas!

Jalan masuk ke hotel

Kena beratur nk posing kat sini! ;p

Macam kat Hollywood u ols! :)

Suka sgt background view tu.

D.A.M.A.I.

Breakfast was better than dinner last nite. Ada mee hoon goreng yg dimakan dgn acar. Unik tu, first time makan combination sebegini. Ramai betul org menginap di hotel ni. Coffee house was fully packed. Nasib baik kami agak awal, so dapat lah duduk kat tempat yg cantik viewnya. Makan sambil merenung danau, ishh, sebijik mcm scene dlm drama melayu u ols!  

Meehoon goreng + acar. New combination for me.

The Coffee House
Nice background view
Ini je lah level seni photography aku ;p
 


Akhirnya berjaya pose di sini. Eh? ;p

Muka2 excited nak gi Samoesir Island


The cruise to Tomok Village took us about 45 minutes. Tolong jgn tanya aku camana Tomok boleh beli pulau kat sini ok.  Our mission today was to see the ancient tomb of King Sidabutar, then visit Ambarita Village to pose at the famous stone chairs and execution place of King Siallagan. Basically, kami mahu mendekati budaya kaum batak di pulau tersebut. 



The jetty

Another attempt to be creative!

Posing control gayat ;p
Mula2 kami lepak kat rooftop of the ferry sambil bersembang2 dgn Pak Ramon.  Macam2 jugak yg kitaorg bualkan. Pak Ramon pernah beberapa kali ke Malaysia.  Seronok bercerita dgn dia coz dia kelakar. Menurut kata Pak Ramon, Danau Toba ni sebenarnya ialah sebuah kawah gunung berapi. Ya Allah, tak dapat lah aku bayangkan betapa kuatnya gunung berapi tu meletus kalau kawah nya saja sebesar ini! Pastinya bergegar sekalian alam ketika gunung berapi tu meletus!




Nak posing ala2 Titanic tp gayat! ;p

Pak Ramon yg snap pic ni.



Di tengah2 Danau Toba

Sempat je nak berangan :)

Jaket keselematan anda berada di atas tempat duduk anda!

Selepas 45 minit, sampai lah kami di perkampungan Batak yg popular itu. Kami diingatkan supaya berhati2 especially bagi pelancong2 perempuan. Orang lelaki batak ni lain mcm sket taste nya! Oh scary. Malas nak citer panjang lebar tentang itu.  Ala2 18 SX. Ok, agak suspens jugak sebenarnya semasa di sini. Meriah betul pulau ni pagi itu. Ramai betul org menanti ketibaan kami.  OK itu sebenarnya ialah satu statement super perasan! Actually kami diberitahu bahawa mereka menantikan kedatangan seorg VIP! OK fine! Baru nak feeling terharu jap.


Meriahnya sambutan!

Kalau korang di tempat aku, tentu korang pon terharu tgk sambutan sebegini kan? ;p

 Di pulau ini, Pak Ramon explained pasal sejarah & mitos org batak makan org yg popular tu. Menarik juga pengalaman di sini. Siap ada demonstration macamana hukuman dijalankan kepada penjahat. According to Pak Ramon, org batak ni bukan makan org utk buat lauk kari ke, sup ke. Statement "org batak makan org" menunjukkan bahawa org batak ni sgt bencikan penjahat / pencuri / pengkianat sampai mereka rasa nak gigit2 daging org jahat tu sbb marah sgt! OK masih scary!

Ceria kan decoration kampung ni?





Kat blkg tu ialah papan tanda yg diperbuat drp bunga2.  It was sponsored especially for this event.

Contoh rumah2 org batak di sini
Orang batak sgt bencikan penjenayah. So, setiap penjenayah akan didakwa di mahkamah. Sekiranya bersalah, hukuman akan dijatuhkan di hadapan public utk memberikan kesedaran & dijadikan teladan. 

Step 1: Persidangan Kerusi Batu a.k.a mahkamah jenayah. 
Step 2: Dipenjarakan di bahagian bawah rumah sementara tunggu hukuman
Step 3: Penjahat dibawa ke tempat hukuman dijalankan

Step 4: Hukuman ke atas penjahat dijalankan di hadapan orang ramai



Ketika org lain sibuk dgr briefing, aku dah merayau2 utk posing.



Pak Ramon tgh bg briefing. Panas sungguh time ni so x boleh focus!


Design decoration rumah di sini, kalau diperhatikan btol2 mmg agak 18SX. Malas nak upload pic yg close up.

Selepas dengar briefing & tgk demonstration, kitaorg shopping!

Shopping di sini tak lah happening sgt. Barang2 biasa je seperti kraftangan, t shirts, keychains etc. Bila nak bargain kat sini kena hati2. Kalau dah bargain gila2 pastu x beli nanti diaorg marah. So strategi aku, bargain sikit tapi kalau diaorg x nak kurangkan harga je, aku blah. Kalau diaorg betul2 nak kita beli, diaorg akan panggil kita semula. Time tu lah aku bargain gila2! Hehehehe..


Kami spent dalam sejam dua je kat sini coz perlu kembali ke feri. Pasni kami dibawa ke tempat batu tergantung dan berpeluang utk beramah mesra dgn bakal perenang olimpik! Eh????


Bye Bye Batak Island

Kali ini ada band boy hiburkan kami dlm feri. Sgt berbakat!








Kami sampai di kawasan batu tergantung dalam 20 minutes kemudian. Mitos ini menceritakan bagaimana seorang perempuan bernekad utk membunuh diri (terjun ke dalam danau) setelah dia dipaksa kahwin. Unfortunately (or fortunately? ) masa nak terjun tu, dia telah bertukar menjadi batu! Persoalannya sekarang, adakah dia ni kakak / adik si tanggang?? hehehehehe.. 

Nampak tak batu tergantung tu?


Tiba2 kami didatangai sekumpulan budak lelaki menaiki sampan / berenang

Oh mereka inilah bakal perenang olimpik itu!

Apa yg mereka mahu kan?
 Kisah mereka ini sgt menyayat hati. Mereka dtg all the way from pulau tadi. Diaorg anak2 miskin yg sanggup meredah danau utk mencari rezeki. Kami diminta membaling syiling ke dalam air. Diaorg dgn cekap & pantas akan menyelam utk mendapatkan syiling itu. It's a form of entertainment. Jadi taklah mereka dilabel sbg pengemis. Hati aku masa ni sgt touching & sedih. Bayangkan berapa jam diaorg ni nak spend their time setiap hari doing all this tanpa berbaju? Ada masa nya diaorg akan panjat ke dinding feri and kelihatan masing2 menggigil kesejukan. Mereka akan memujuk (read: memaksa) kami memberikan mereka wang. "Untuk belanja sekolah pak. Untuk duit saku ibuk." Itu lah skrip yang mereka ulang2. Susahnya kehidupan mereka. They are all survivors! Experience ini sgt menginsafkan. :(


Ok masa ni bateri camera aku dah habis. Maka aku bergantung harap pada camera handphone & camera kak june je lah nampaknya. Next kami meneruskan perjalanan menaiki bas. 


Kami akan ke Brastagi yg mengambil masa selama 5 jam perjalanan. Tambah thrill apabila jalannya ala2 mengelilingi bukit seperti  menaiki Cameron Highlands / Bukit Putus! Ngeri betul bila bas dan lori berselisih di selekoh tajam yg sempit!

Kami akan ke kawasan tinggi yg kaya dengan bunga2, sayur2an dan buah2an. Dalam perjalanan, kami singgah di kawasan air terjun piso-piso. Air terjun ini unik kerana air keluar menderu2 dari dalam tanah umpama ada paip besar yg tertanam di dalam tanah! No wonder kawasan ini subur tanamannya. Besar sungguh kekuasan Allah. 

Air terjun ini sangat deras & "tajam" bentuk umpama pisau. That's why ia digelar piso-piso. 

Meriah kan gerai buah2an ni. Rasa nk beli sumer pon ada!
Selepas berhenti selama sejam, kami meneruskan journey ke Brastagi. Singgah sebentar di pasar buah2an sebelum dihantar ke hotel. 


For the kids, boleh lah naik kuda mengelilingi pasar ni. For the adults, selamatlah menjamu perut dgn buah2an & makanan yg ada. Ada buah color purple tu namanya popino. Buah kacukan tp x beli lah plak.


Cuma satu yg aku tak berkenan. Tempat ni byk taik kuda!! Adoiiii i hate it! :(

Sedap sungguh lah air tebu purple & jagung bakar kat sini!

Di Brastagi kami menginap di Green Garden Hotel. Ketika di sini, ahli rombongan telah dipecahkan kepada 4 buah hotel yg berbeza. Ada salah satu hotel itu (lupa plak nama hotel) sgt menarik kerana ada view gunung berapi yg masih berasap! Rugi tak stay kat sana!

Gunung berapi aktif!




Hotel kami di Brastagi.

Spacious room

Toilet bersih & cantik.

Overall hotel ini sangat OK. Biliknya luas & selesa. Facilities pun ok. Cuma ada problem air panas. Tension jugaklah kan coz kat sini kawasan sejuk. Dinner was superb. Sgt byk lauk yg dihidangkan. Breakfast pun not bad. Much better than the first hotel. 

Buffet line yg agak meriah.

Ruang makan yg luas & selesa

 Esok kami checked out dalam pukul 8.30am. Perlu pulang ke Medan coz agenda esok ialah melawat Istana Maimoon sebelum ke airport.


* to be continued.

















No comments:

Post a Comment