Saturday, April 7, 2012

Europe Trip (Part 8) - Our Journey Home

Still on the 10th April 2011. 

We arrived at the hotel around 6.30pm. Rushed to take our luggage from the luggage room and get the receptionist to call a cab for us. Kami ada dalam 30 mins sebelum bus bertolak ke airport at 7pm. 

By the way, entry ni mmg x de pic coz aku mmg dah x pedulikan camera lagi dah masa ni! :(

Cabaran keempat

Pakcik tua driver taxi tu pulak banyak songeh. Mula2 dia refused nak bawak kami ke Victoria Station tp akhirnya bersetuju. May be coz dekat je kalau drive, so ala2 x brp menguntungkan lah kot. Tapi jalan sesak, so the taxi pusing ntah ikut jalan mana ntah! Ya Allah, mmg masa tu marah gila coz dah lewat ni! Nanti kalau terlepas bas, dah le rugi duit satu hal. Pastu cuak if x dpt the next bus to airport. Matilah kitaorg! 

Sampai je kitaorg terus rush to the bus counter. Unfortunately bus dah berlepas! Kami terlambat dlm 5 mins -10mins je. Allahuakbar! Moral of the story, tepatilah masa!! Masa ni kalau pegi check blood pressure mmg konpem mencanak2 tinggi nya kot!


Mmg masa tu rasa menyesal giler pegi cari Royal Albert Hall yg tak semenggah mana tuh! Serta merta kitaorg angkut bag berat2 pegi plak ke the opposite building utk cari tiket bas. Degup jantung masa tu mmg laju gila. Mmg both of us dah x bersembang2 lagi dah. Masing2 jalan selaju mungkin dengan bag2 sekali. 

Alhamdulillah, ada satu bus yg akan bertolak pukul 7.45pm dan insyaAllah akan sampai airport sebelum pukul 9pm! Kami terus rushed to the bus, letak bags kat tempat barang and terus duduk diam2 dlm bas. Serious, kami tak bercakap langsung. Duduk pun kerusi asing2. Bukan gaduh tapi suasana sgt genting masa tu. Tak henti2 aku berdoa semoga kami dpt balik Msia malam tu. Semoga urusan kami dipermudahkan Ya Allah. 

Kami tiba di airport dalam pukul 9pm. Berlari ke counter AirAsia utk checked in. Mak datuk, punyalah ramai org beratur. Berjela2 panjangnya. Flight pukul 9.55pm. Sempat ke ni?? Since beratur lama sgt, aku curi2 makan subway sandwich tu semasa queue. Lapar sgt dah masa tu. Lebih dari setengah jam beratur, AirAsia announced flight delay sikit. Oh nasib baik! Lega sikit rasa hati. Al maklumlah kami beratur paling last!

Sampai je di counter AirAsia, ada satu lagi masalah. Kak June terpaksa punggah beg utk masukkan shower gel yg dia beli berbotol2 from Body Shop ke dalam luggage. Lupa pulak nak pesan kat kak June! Mana boleh bwk liquid dlm hand luggage! So, no choice. Kami terpaksa lah susun barang2 ala2 main jigsaw puzzle kat dpn counter AirAsia tuh! Macam2 plak yg jadi time kami nak balik ni kan?

Lepas selesai urusan checked in, kami berlari ke immigration check plak. Nak kena cepat coz nak kena ambil coach ke gate kami. Bila dah smp dpn pintu coach, kak June baru perasan yg dia tertinggal handbag kat immigration counter! Ya Allah, dugaan sangat rasanya nak balik ni. Aku tunggu and kak June berlari pegi ambik handbag. Masa tu dah mmg menggigil ok. 50 - 50 dah dalam hati ni. Jangan lah kami terlepas flight! 

Syukur lah kapal terbang tunggu kami. Actually, kami bertiga masa tu. Ada sorang lagi awek from Malaysia yg sama lambat mcm kami. Agak glamer ala2 jalan kat red carpet jugaklah masuk kapal terbang coz org sumer dah tunggu. Mmg kami lah 3 org terakhir yg naik flight! Bila dah duduk next to each other, rasa sangat2 bersyukur! Alhamdulillah! Taubat tak nak buat perangai gila ni lagi!! Moral nya, adventurous biar berpada-pada ok!

Penerbangan kami smooth kecuali kat satu area tu. Kapal terbang bergegar2, kejap naik, kejap turun rasanya mcm naik 4 wheel drive masuk kawasan berbukit bukau! Ya Allah, lagi sekali kami diduga. Aku dah mmg pegang tangan kak June sekuat hati. Mmg dalam hati terdetik, mati ke aku kali ni??? Ada dalam 10 minit jugaklah keadaan mcm tu. Baca lah segala apa ayat or doa yg terlintas. Sesungguhnya mmg aku pasrah!

Selain incident itu, semuanya ok.  Walaupun kami berangan nak makan lasagna tapi tetiba dpt western food lain, tapi kami masih bersyukur!  Yang penting kami selamat sampai ke tanahair.

All in all, pengalaman 9 hari ini sangat berharga! Banyak susah senang yg aku dah lalui bersama dgn Kak June. I will never forget this trip. Ini bukan saja satu vacation, it was a test on how strong is our friendship! Alhamdulillah, kami tepati janji kami to take care of each other. I LOVE U, KAK JUNE! :)

Thank you so much for everything Kak June. Halalkan makan minum saya. Sorry for all the troubles caused.


P/S: Jom kita plan for the next project! ;p







-THE END-

No comments:

Post a Comment