So far, apa yg aku dah citerkan dlm blog ni ttg our Europe trip adalah yg indah2 belaka kan? Semua molek2 saja. Tak de sebarang masalah or situasi yg menggemparkan sgt. Alhamdulillah semua perancangan telah berjalan lancar. Silky smooth, katanya. Saying good bye to Edinburgh juga tidaklah sesedih nak tinggalkan Amsterdam. May be sbb sekejap sgt di sini.
CSR efforts by Edinburgh Airport |
Since flight kami seawal 7 pagi from Edinburgh, so kami tiba semula di Stansted Airport London pun pagi juga (dlm pukul 8.30am).Teringat plak, kat sini lah first time kitaorg jejakkan kaki ke London. Di sini jugaklah kitaorg first time tido airport hari tu. Nostalgia sungguh!
From the airport, kami naik Terravission Bus ke Victoria Bus Station. Ticket berharga GBP9 - GBP14 lebih kurang..x ingat sgt. Journey agak jauh gak, dlm 1 hour. Oleh itu, kami kena arrange bus betul2 to airport semula on the way back nnt. Timing amat crucial nmpknya. Flight kami ke Malaysia esok dalam pukul 9.50pm mcm tu. Mmg ternyata schedule kami di London mashi mengekalkan konsep amazing race!
Victoria Station, London |
The real challenge started here in London! Experience kami sgt berbeza ketika si sini! Banyak incidents and situations yg menduga kami. Byk episod suspens ala2 nyawa di hujung tanduk pun ada. So bagi aku bila bercakap pasal experience kat London, it is actually a mixture of best giler + panik giler! Alhamdulillah, kami berjaya solved problems wpun hampir2 nangis dibuatnya! Thank you Kak June, kerana sgt sabar dgn perangai saya! You are the best travel partner! ;p
Ala2 KL Sentral |
Sampai di Victoria Bus Station, mmg kagum gak lah coz sgt besar ok tempat ni..ala2 KL Sentral mcm tuh. Kami perlu buat reservation utk tiket bas balik ke hotel keesokan hari nya. Jadual bas kami esok ialah pukul 7pm (kalau x salah aku lah).
Dari bus station ni kami x perlu naik bus lagi ke hotel. Hotel kami terletak dalam 25 minutes walking distance from the station. Ini juga byk bergantung kpd speed kita berjalan ye :). Berpandukan alamat, kami pun berjalan lah slow2 mencari Hutton Hotel yg terletak di 53, Belgrave Road.
Panjang Belgrave Rd ni! |
Hutton Hotel |
Cabaran Pertama:
It was all started with the hotel reservation. Dgn penuh confident kami mengangkut beg berjalan selama 25mins from the Victoria Station to the Hutton Hotel.
Lega betul bila dah berada di depan hotel, coz mmg agak lenguh jugak lah menapak. Sampai2 je di reception, Kak June pun serahkan lah the reservation confirmation slip. So mamat kat counter pun terus check the hotel system. Time ni mmg x de plak rasa x sedap hati ke apa. May be coz dah x sbr nak naik bilik and berehat jap. Al maklumlah dah semalaman tidur kat airport je.
Rupa2 nya the booking was wrongly made!! Instead of April 9, we put May 9! In conclusion, we came ONE MONTH EARLIER!!! Panicked!!! Nak tido mana ni???? Kak June pandang aku, aku pandang kak june. What to do? TOTAL BLANK! Moral of the story, lain kali silalah check date of reservation 50 kali sebelum bertolak ke destinasi!!
Nasib baik lah mamat hotel tu baik hati tolong call the neighboring hotels. Byk yg dah fully booked. Ok jgn menangis, mesti macho! (Sebenarnya, aku mmg dh menangis dlm hati! Kak June je yg x tau ;p ).
Finally, ada satu hotel ni ada bilik available. Days Inn Hotel (GBP80 per room with breakfast). Alhamdulillah hotel ni murah GBP10 dari Hutton Hotel. Ada hikmah di sebalik cabaran pertama kami ni. For more info, kindly visit http://www.daysinn-westminster.co.uk/ Tapi hotel ni is under refurbishment until July 2012.
Kat Days Inn ada disediakan luuggage room utk kami simpan barang2. Check in time sah2 pukul 2pm, kami decided utk simpan barang2 dulu and terus keluar Oxford Street. Overall hotel ni nampak ok, lobby nya kecil tp kemas. Receptionist pun sgt friendly.
Tanpa buang masa, kami terus keluar berjalan kaki untuk memulakan misi shopping yg telah lama terpendam. Antara tumpuan kami ialah of course Oxford Street, Harrods, M&S, Primark, Clark, Body Shop etc.
Sebagai seorang yg sgt suka product Body Shop, aku mmg teruja sekali nak shopping brg2 Body Shop kat sini yg ternyata jauh lebih murah!
Ok jom tgk pics yg aku sempat snap on the way to Oxford Street. Mana ada byk pics pon. Buang masa lah nk snap pics time shopping! ;p
Days Inn Hotel |
Sgt beza kan cara org London susun bicycle berbanding dgn org Amsterdam? :) |
OK as usual bila dah kemaruk shopping, mmg x byk lah pics yg aku snap. So x de lah meriah sgt entry kali ni dgn pics di bandar London. Kami berjalan sepanjang Oxford Street utk mencari Primark. Based on research, barang2 kat Primax ni murah2 belaka tp of course lah ramai sgt manusia. On the way to Primark tu, kami singgah lah mana2 kedai yg berkenan di hati. Di antaranya kedai Clark. Selepas belek2 kasut clark, kitaorg x beli pun. Bila dah convert rasanya tak murah sgt lah berbanding Malaysia. Alhamdulillah, kalau tak, mmg melayang lah duit aku!
Lepas Clark, kitaorg masuk ke Bodyshop. Ok kat sini mmg terserlah bakat shopaholic aku di luar kawalan! Mcm dah kena hypnosis pun ada! Murah ya amattttt!!!! Masa tu plak tgh sales! Bygkan lah shower gel yg kat Msia dlm RM49 tu kat sana cuma GBP3 (RM12 sahaja u ols)!! Aku terus lah rembat selagi boleh. Body scrub Brazil Nut tu pun sama harga! Eh mmg mcm nak gila lah masa tu! Semua benda sales kot!! Best!! Tetiba aku rasa nk borong stok brg2 Bodyshop utk setahun! Tetiba aku bersemangat sgt nak apply wat PHD / keje kat London ni! ;p
Lepas Bodyshop, masuk plak Mark & Spenser. Ok kat sini aku nk buat confession.
Aku mmg sgt2 OBSESSED dgn toiletries!
(Obsessed! YES! That's the word utk describe penyakit aku yg satu ni! ;p )
Mmg masa ini, aku rasa aku x nak pegi tempat lain dah kot! Murah gila M&S kat sana! Dengan hanya GBP1, GBP2, GBP3 mcm2 boleh kaut bwk balik Msia ok. Set2 comel hand lotion, sabun, candle, bath gel, bedak segala mmg murah sgt!
Tetiba aku dapat 1 idea bernas lg enterpreneurship - Aku nak bukak stokis Bodyshop & M&S!!! hahahahahaha!
Bday present from K. June. TQ! |
Sambil shopping to aku berdoa, Ya Allah, kalau aku dtg lg London (kalau ada rezeki, Amin!) aku mmg pastikan aku allocate 1 bag utk semua benda2 ni! Kak June pun nmpknya terpengaruh dgn virus shopaholic aku yg mmg x dpt dibendung lg waktu tu..Boleh tahan jugak lah dia borong. Beli lah brg2 utk diri sendiri & souvenirs utk the loved ones. Tak boleh nk borong sakan sgt coz kena igt jugak luggage limit berapa kilo je! :( :(
Kak June siapkan bagi birthday present lagi utk aku! Thank you Kak June! Walau pun bedak ni dh habis, saya still simpan lg botol ni kak! :)
Then, kami meneruskan kegilaan kami ke Primark. Masa ni agak x sedar diri yg kami ni tgh berada di London & bukannya Bandung! GBP oiiii!!! Bukan rupiah!!! Wake up!!!! Wake up!!!
Setelah puas baca forumers kat cari.com dok sebut2 psl tempat ni, akhirnya smp jugaklah kami di sini. Besar tempat ni. Tapi terlampau ramai manusia smp naik pening kepala. Kat sini ada jual pijama cotton yg cantik2, undergarments pun cantik. Pendek kata segala benda ada kat sini dengan harga yg murah! Tapi nk lepak lama2 kat sini sgt lah x selesa coz sesak sgt. Maka, kitaorg just grab a few things yg nak berkenan and out we go! Terdetik dlm hati, knp lah kat Bangi x de Primark? ;p
Perut pun dah lapar. Macamana lah x lapar? Kami mana ada mkn apa2 since semlm kan? Jalan mudah, terus masuk Mcd utk beli fillet set. Since kami sampai di London ni weekend, maka semua pelusuk adalah sgt padat dgn manusia ok! Even dlm McD pun sgt lah serabut coz org ramai sgt. Cepat2 order apa yg patut and kitaorg tapau pegi makan kat taman opposite the McD. Rasa x bernafas dlm McD tu. So mkn lah kitaorg mengadap taman tu. Panas cuacanya ok. Maksud aku matahari terik! But we got no choice, terpaksalah feeling2 sun bathing juga mcm mat saleh coz x de tmpt lagi nk lepak utk mkn. Tak de plak kitaorg snap pic kat taman tu coz dah lapar tahap kebuluran agaknya.
On the way back to the hotel (jgn buat2 lupa, kitaorg masih blom check in lagi!), kitaorg singgah kat satu kiosk jual souvenirs tepi jalan. Minah yg jual tu (mcm org belah2 arab), pandai ckp melayu! Murah2! Dia panggil kita singgah. Kitaorg pun dah letih sgt berjalan (hala balik baru rasa letih, hala pegi tadi bukan main hebat lagi berjalan smp hujung!), kitaorg borong je lah kat kedai tu. Beli lah t shirts London, keychain, FM and pinggan hiasan. Ok budget utk souvenirs sumer dah abis masa ni. Oh ye, masa ni org2 London tgh bz buat preparation utk Prince William & Kate's wedding. So byk lah souvenirs yg ada muka both of them. Sah2 lah harga pun mahal bukan main lagi!
Cabaran Kedua:
Kami teruskan perjalanan balik ke hotel yg masih jauh. Masa ni byk sgt construction jalan, so jalan yg luas dah jadi kecil. Pedestrian's walkway pun penuh dgn manusia from all over the world. Mmg 70% tourists di sepanjang jln tu coz rata2 mereka pegang camera and map! Berpusu2 manusia yg kelihatan mcm ulat nangka banyaknya (termasuklah aku! ;p ).
Tetiba kat satu jalan yg sempit, keadaan jadi semakin crowded. Perasaan masa tu mcm org berpusu2 kat Mekah kot (wpun aku x pernah smp lagi ke Mekah, tp aku tgk kat tv rasanya mcm tu lah keadaan nya. Tlg doakan aku smp ke Mekah satu hari nnt ye. TQ). Omputihs & org2 kat sini dah le tinggi2 belaka, besar2 plak tu. Kitaorg ni dah lah kiut kecil molek (read: pendek), terasa pyh btul nak bernafas masa tu. Kitaorg dh memang pegang tangan each other kuat2 coz takut terpisah! Kalau terpisah mmg naya, dah le hp k june ada roaming problem.
Bila keadaan mcm ni, patutnya bertolak ansur lah sikit. Keadaan sesak, tp jadi 2 ways. Nak dijadikan cerita, ada family pak arab ni jalan laju dari arah bertentangan, main redah je & langgar semua org dgn stroller anak dia. Apa lagi huru hara lah suasana. Org semua marah2 and start tolak menolak.
Ya Allah, masa ini aku just berdoa jgn lah kami terjatuh di tgh2 lautan manusia ni. Takut kena pijak. Pastu tetiba dgr bunyi org bergaduh2 kat blkg. Panik nya coz suasana dah mcm ala2 rusuhan! Kak June terus tarik tangan aku, kitaorg lari masuk ke kedai berdekatan. Sumpah ok, time ni rasa nak nangis. Menggeletar kaki & tangan coz kat luar tu dah tak terkawal. Scary!! Masa ni teringat family. Mesti masa ni Kak June teringat husband & anak2 dia! Masa ni terus rasa nk balik Msia! Oh Msia tanahair ku yg aman damai! Fly me back to Msia now!! (sekadar jeritan di dalam hati di waktu itu saja! ;p )
Pas menenangkan diri sambil belek2 brg dlm kedai tu (mmg aku dh ckp, shopping is a therapy!), barulah kitaorg berani keluar semula ke jalan. Itu pun ikut pintu tepi. Tak berani nak keluar ikut pintu depan. Serta merta mood nk shopping hilang. Serta merta rasa x nak pegi mana2 dah, nak balik hotel terus! Utk relax kn diri, kami singgah minum kat Subway sambil tapau tuna sandwich for dinner.
May be korang yg baca ni nnt akan ckp aku over acting. Tapi serious, Allah je yg tahu betapa cemas nya kami time tu. Nasib baik x de tembak2 ke apa ke. (OK part tembak2 ni mmg aku over dramatic sket! Tp x mustahil ok, may be ada yg bwk pistol?).
Hikmah drp incident itu, kitaorg terus menonong balik hotel. Tak de lagi nak masuk2 kedai ke, nak shopping ke, nak snap pic ke. TAK DE! Sepanjang jalan berdoa semoga Allah lindungi kami, jauhkan lah kami dari mala petaka. Aktiviti jalan2 akan bersambung esok. Sekarang kami just nak balik hotel & berehat!
Alhamdulillah bilik ok. Katil selesa |
Bilik kecik tapi lengkap |
Toilet menepati piawaian aku. |
TV kecik tp ada iron + iron board! |
Bath tub pun ada! Perlu berendam utk menenangkan fikiran! ;p |
* to be continued.
No comments:
Post a Comment