Friday, April 6, 2012

Europe Trip (Part 7) - Amazing Race @ London (Day 8)



10th of April 2011 was the last day of our Europe trip. 

Since we only had the opportunity to cover London until 6pm, so we started our day with early breakfast at the hotel. 

The breakfast was awesome! Tak percaya? Sila tgk pics ni semua. Kat hotel ni lah breakfast paling meriah sepanjang trip kali ni. So apa lagi, mmg kita makan sekenyang2 nya. Ini lah strategi utk jimat duit makan ye! ;p

Menarik jugak roti2 ni
Butter, fresh milk, yogurt, cheese

Snap pic before makan utk tidak memalukan diri sendiri ;p

Boleh tahan meriah pinggan kak june tu kan? ;p

Hotel's bunting
 Lepas perut ala2 dah nak meletup kekenyangan, baru lah bertenaga nak meredah kota London! Masih sempat membawa bekal yogurt sorag satu! Hari ni hari Ahad, maka di awal pagi mcm ni mmg kota London masih belum sibuk lagi. Kami memulakan perjalanan seawal 8 pagi utk mengelakkan daripada kesesakan spt hari sebelumnya. 

Kami naik subway utk ke sini sana. Station subway sgt lengang! Bestnya! Kami beli day pass utk pastikan kami boleh ke mana2 menaiki subway sepanjang hari ni.  Part yg x larat di subway station ni ialah part naik turun tangga if x de escalator! Ok hari ni rasanya kurang lg 5 kilo! ;p

Cogan kata utk program hari ni ialah "Snap & Go" iaitu operasi kami hanyalah utk turun subway station, snap pics and naik subway semula utk ke next station! Tak de masa nak lepak2 sgt coz today mmg another amazing race to be completed!

Kami memulakan perjalanan mencari London Bridge terlebih dahulu. Rupa2 nya jambatan yg selama ni ku sangka kan London Bridge ialah Tower Bridge namanya. London bridge tu jambatan lain yg lebih low profile & tak se gah Tower Bridge. Inilah yg dikatakan, lembu punya susu, sapi dpt nama ;p
As soon as nampak ini, hati ku berbunga riang!

 Gambar2 di Tower Bridge ni x clear coz kami posing mengadap matahari pagi yg terik, walaupun angin sepoi2 sejuk bukan main.

 
A dream comes true!
 
Selepas menjakunkan diri dgn Tower Bridge, kami berjalan menyusuri Queens Walk  utk snap beberapa gambar menarik. Ada jugak incidents kelakar especially scene mengelakkan diri dari anjing2 yg dibawa bersiar2 oleh tuannya. Adoiii jenuh jugaklah dibuatnya. Macam2 strategi kami buat utk menyelamatkan diri. Padahal anjing tu bukan nak serang kami pun, setakat nak manja2 je. 

 












 Ada beberapa tempat menarik di sepanjang The Queen's Walk ni..Dlm hati terdetik juga, knp tempat ni dinamakan The Queen's Walk? Adakah Queen dulu rajin makan angin sambil bersiar2 di sini? Or ini merupakan satu lagi kes lembu punya susu tapi sapi dapat nama? Feeling2 royalty sgt bila berjalan2 di sini! Eh???!!




As usual, setakat posing kat entrance je

Hay's Gallery - kat sini le kami gigih pura2 baca sejarah padahal nak elakkan anjing! ;p





Setelah puas berlegar2 kat area ni, kami teruskan perjalanan utk mencari The Big Ben. Masa ni org dah ramai berpusu2 especially tourists. Cuak jugaklah coz masih paranoid dgn incident semalam. So kami just snap a few pics and
beredar pulak ke London Eye.  



Underground station utk ke Big Ben


OOOOHHH.. Ini rupanya Big Ben!

Hajat hati nk posing berdua dgn k june tp x kesampaian
The London Eye - x naik pun!
Ala2 Eye on Melaka je


Actually kami ada agenda yg lebih penting pagi tu. Kami nak tgk Guard Changing Ceremony kat Buckingham Palace. Memang lah ianya sekadar pertukaran shift pak guard, tapi diaorg siap buat ala2 parade mcm tuh! And parade ni semakin meriah di pagi Ahad! So kitaorg mesti berada di perkarangan palace dalam pukul 10 pagi. Ada jadual tau ceremony ni, so if sesapa yg berminat, sila google utk dapatkan schedulenya ok. 

 Untuk ke palace, kami perlu berjalan melalui padang / taman yang sgt luas. Kawasan ni dipenuhi kerusi2 utk org sun bathing & beriadah. Cantik jugak taman ni, kitaorg plan habis je ceremony tu nanti, boleh lah kitaorg lepak2 sini jap. 

Kat taman ni ada byk construction work in progress utk persiapan for the royal wedding. Bayangkan masa royal wedding tu padang padat umpama lautan manusia! Luckily we came earlier!

Sesampai nya kami di kawasan luar pagar palace, kami tgk dah beribu2 manusia sanggup berpanas utk tunggu ceremony ni berlangsung. Perghh!! Ini dah mcm perarakan hari merdeka kat Malaysia tp of course in a much smaller scale! 

Maka, kitaorg pun joined the crowd lah. Paling sedih coz since kita ni x brp nak tinggi, maka view kitaorg sgt lah x best. Luckily ada sorang mamat ni baik, bagi kitaorg view yg menarik! Dia kesian kot tgk kitorg terjengkit2! ;p 
Scene2 menarik sepanjang ceremony

Upacara ni dimulakan dalam pukul 10.30 mcm tu kalau tak salah. Diaog akan berarak dua kali keluar masuk kawasan palace. Kira berbaloi gak le berpanas. Satu lagi yg menarik, lagu2 yg diaorg mainkan pun mmg best ok! Bukan lagu2 ala2 patriotik saja, ada gak lagu2 komersial. Satu pengalaman menarik.


Best ok music yg diaorg ni main!
Mula2 polis berkuda jln dulu



Suka tgk topi berbulu tu ditiup angin






J.A.K.U.N. sanggup snap pic celah2 palang pagar palace! ;p
 
OK selepas selesai ceremony tu, kita bersiar2 lah sekitar taman tu. Cepat2 kitaorg beredar dari depan palace coz nak avoid crowd yg sangat ramai. Tgk je lah pic kat bwh ni, betapa ramai manusia!


Berpusu2 manusia meninggalkan perkarangan palace

 Kami nampak kat hujung jalan depan tu ada kubah and monument sejarah. So kami pun pergi lah menjenguk apa significant nya monument itu. Rupanya ia sebuah Memorial Gates. Ada juga sesuatu yg menarik aku jumpa. Sesuatu about Malaysia. 


Memorial Gates





MALAYA!
 Bila cuaca dah semakin terik, kami pun sekadar melepak2 di taman ala2 omputihs sambil posing2 and makan yogurt yg telah diseludup dari hotel pagi tadi. hehehhe.. Lagi sekali byk scene membelok ke simpang serta merta kerana ingin mengelakkan diri daripada bertembung dgn anjing garang or comel! 

Attempt utk posing sambil pegang kuda gagal! PENAKUT!

Melepak

Makan yogurt jap!








Amazing race diteruskan lagi! Kali ni kami teringin nak cari Harrod's. Al maklumlah, tgk dlm traveling program kat TV tu bukan main gah lagi Harrod's ni. Interior nya hebat, apatah lagi barang2nya. Dalam forum cari.com ada yg bagitahu toilet nya pun grand & ada perfume free boleh disembur2 ke badan! I LIKE!!!  So utk melengkapkan trip ke London, kami nekad utk sampai ke Harrod's juga. (Ok mmg pathetic nak gi Harrod's sbb nk masuk toilet! ;p )
Dari luar Harrod's ni x de apa yg istimewanya pun. Mcm kedai2 biasa je pada pandangan mata aku. Tapi bila melangkah masuk je, mmg kagum lah. Terus serta merta aku rasa sgt out of place! So, kami pun decided utk keluar je lah. At least, kami dah menjejakkan kaki. Kami nampak ada jugak Msians yg bershopping sakan kat situ. Bagi yg mampu, why not kan?
Tak cantik pun dari luar kan?



 Cabaran Ketiga

Aku ni memang degil. I must get what I want. Aku mmg akan berusaha selagi boleh untuk memenuhi hajat. So another hajat aku yg belum tercapai di London ini ialah utk pegi ke Royal Albert Hall. Teringin sgt nak tgk tempat arwah Sudirman and Siti Nurhaliza wat concert. Semangat patriotik tetiba menebal. Rasa bangga lain mcm bila ada anak Msia yg berjaya buat persembahan di dewan se gah itu! 

Sebenarnya poster di bawah ini lah yg membuatkan aku nak sangat jejakkan kaki di hall tu. 
Source: Jiwang.org

 Being such a nice friend, sekali lagi kak june turutkan saja kehendak aku. Kami pun naik lah underground utk mencari Albert Hall. Malangnya station yg sepatutnya kami berhenti ditutup kerana ada renovation in progress. So, kami terpaksa turun di satu station sebelum station ke Albert Hall. Menurut kata org di situ, jarak dari station ke hall masih walking distance. Kami pun menapak lah melalui terowong yg dikhas kan utk pedestrians. Penatnya bukan main, hampir saja aku give up sebenarnya! Tapi sebaik saja nampak signboard & map di bawah, mula rasa happy. Oh, dah x jauh lagi ni! Padahal x tau dh brp km kitaorg berjalan! Serious!!!

 

Malangnya pencarian kami x semudah yg disangka. Kami sesat mencari kat mana Albert Hall ni. Aku dok ckp pada Kak June, "Takkan lah kita x nampak bangunan tu kak? Hall tu grand kak! Besar! Saya dah tgk dlm poster Siti. Tak mungkin lah kita tak nampak!" 

Setelah puas ke hulu ke hilir bertanya orang, akhirnya kami sampai ke sebuah subway halal. Alhamdulillah, ada juga hikmahnya! Kitaorg terus tapau subway utk dinner. Yang buat kami lagi panik, staff subway tu pun x sure kat mana hall tuh! hah??!!! Apasal plak mcm tu? Bukan ke hall tu glamor gila? I smell something fishy!! Wujud ke tak hall ni??

Akhirnya, setelah penat lelah akhirnya kami sampai ke destinasi. Malangnya ianya tidak se gah yg digambarkan dari luar. Aku tgk kak June, kak June tgk aku. Ini ke Albert Hall? Ini jekkkk????!!!! Terus kami gelak2 gila coz ianya tidak lah sebesar yg kami bygkan. Ianya terletak di antara bangunan2 kedai yg lain. Moral of the story kali ni, itu lah the power of photoshop! 

Alang2 dah smp, kami pun make sure that kami posing di segenap sudut hall ini!! ;p Hampa sebenarnya tp as usual dlm pic muka kena ceria! Propa sgt!!!






 Sedar2 jam dah pukul 5pm! Ya Allah!!! Macamana nak kejar bus to airport pukul 7pm ni? Nak kena balik ke hotel lagi, ambik barang. Hati dah dup dap dup dap! Nak menapak ke station subway tadi, rasanya dah x larat coz kaki dh mcm nak tertanggal! No choice, kami naik bus utk balik ke hotel. Malangnya petang tu jem lah plak kat London. 

Ya Allah, permudahkan lah urusan kami! Kami perlu berada di airport by 8pm!!! Dalam hati aku menjerit, aku x de duit nak beli tiket baru if kami tertinggal flight!!!! Uwaaaaa!!!


* to be continued.









No comments:

Post a Comment