We had early breakfast. Meriah sungguh breakfast kat sini. Around 8.30am, bas dtg utk picked us up. Since rombongan kami tinggal di 4 buah hotel yg berbeza, so kami pun dibawa lah from one hotel to another.
Hari ini kami akan pulang ke Medan. Itinerary hari ni bagi kami x byk, coz kami perlu ke airport selepas lunch. So basically, kami hanya melawat Istana Maimoon.
Sebelum sampai ke istana, kami dibawa ke satu tempat yg menjual souvenirs milik travel agent. Cantik tempat tu tapi harga mahal. So tak beli apa pun. Setakat membelek2 je, mcm biasa.
Sampai di istana, cuaca dah mula panas. Tapi since dah sampai, takkan x nak masuk pulak kan? So kami pun sempatlah posing2 sebelum masuk ke istana. Ada sorang mamat ni, ala2 professional photographer yg mengekori group kitaorg sambil snap pics kitaorg non-stop. Eh, masa ni mmg feeling retis sgt ok! ;p
Sebenarnya keadaan kat dlm istana sgt muram (kurang pencahayaan) & panas! Kipas ada tp x digunakan. Aku mmg tak boleh tahan kalau panas. Berpeluh2 smp pedih mata dibuatnya. So end up aku tak fokus langsung terhadap apa yg diceritakan oleh pak ramon pasal sejarah istana tu.
Selepas snap pic apa yg patut, aku terus keluar sambil ambil angin di beranda istana. Tak boleh tahan lah duk kat dalam coz org pun ramai. Sambil tunggu ahli rombongan lain selesai, aku beli lah sket2 souvenirs. Harga souvenirs kat sini kira ok lah selepas ditawar.
Since x byk sgt citer psl istana utk aku share, apa kata tgk pics je lah ok.
Posing depan Istana Maimoon |
All of us! |
Chandelier di dalam istana (pencahayaan sgt kurang plis!) |
Beramai2 di depan takhta (mcm pelamin je) |
Model Istana |
The late Sultan |
Gobok (almari) Istana |
Selepas selesai di istana, kami terus dibawa ke satu restoran for lunch. Best restoran ni, option konsep makan bersila ada. Lauk pauk pun meriah satu meja penuh! So kalau sesiapa yg nak ke Medan tu, jgn lupa cari restoran ni ok.
Dan di restoran ini jugak lah mamat professional photographer tadi telah menayang hasil kerja nya yg merupakan pics kitaorg yg cantik plus yg buruk (super spontan abis posingnya! huh!). So dia jual lah pics tu! Pandai kan dia buat keje? Abis kalau dia dah snap pic kita sorang2 takkan kita x nak beli? Mulalah takut nnt kalau ada org niat buruk bawak pic tu pegi jumpa bomoh ke apa..hah macamana? Mulalah berfikiran kolot jap! Padahal, sah2 dia ada softcopy kan? ;p
Immediately after lunch, kami bertiga dihantar ke airport sedangkan ahli rombongan yg lain terus bershopping di Medan! Adoiii jelesss!!!!
Overall, itu lah pengalaman aku di Medan. Seronok coz byk knowledge baru, pengalaman baru and kawan2 baru! Namun apa yg lebih penting bagi aku, trip ini byk memberi keinsafan tentang betapa untung nya menjadi rakyat Malaysia. Kehidupan kita di sini jauh lebih baik dari kebanyakan mereka di sana. Byk cerita2 yg aku x boleh share di sini tentang kehidupan org sana, cukup lah sekadar aku jadikan semua itu sebagai peringatan.
Lastly, seperti apa yg selalu aku cakap, tak kira sejauh mana pun aku pergi, Malaysia akan tetap di hati! There's no other place like H.O.M.E!
The End.