Sunday, March 4, 2012

Europe Trip (Part 2) Amsterdam - Day 1

Hi, sementara masih ada mood ni, elok jugaklah aku proceed je to the next entry of the Europe trip kan?

So on the 4 April 2011, dalam pukul 3.30am, datang lah sorang mak guard ni kejutkan semua org yg tgh tidur kat depan EasyJet counter tu. So dalam keadaan mamai, kami kenalah bersiap2 sambil take turn utk ke toilet. Tak boleh lah nak pegi together coz sapa plak nak jaga brg2 kitaorg tu kan? So setakat basuh muka and gosok gigi je lah nampaknya ye. Nak mandi macamana kan? Tawakal je lah sambil spray perfume utk meningkatkan keyakinan diri! hehhhehe..

Kami checked in at 4.30am. Lama jugaklah nak kena beratur. Ok since aku guna beg ala2 back packers yg byk bertali tu2, so beg aku kena pegi ke special counter ok.Tak boleh nak check in kat counter biasa. Pulak dah?!

Satu lagi kesilapan kitaorg ialah, kitaorg only booked for 1 bag to be checked in, coz we planned beg kak June tu nk dijadikan hand luggage. Unfortunately, tak boleh jugak begitu coz size melebihi drp yg ditetapkan. End up 2 beg kena checked in. Hand luggage strictly1 bag saja person. Aku kena masukkan handbag ke dlm hand luggage tu to make it only 1 bag. So kat sini, kitaorg kena byr GBP20 utk extra bag masuk luggage.

Maka moral of the story kawan2, sgt penting ada budget allocated utk contingency ye..kita tak tau, macam2 boleh jadi NOT according to our original plans. Suspens coz byk hari lagi nak kena lalui ni! Relax..cool..

Another experience kat airport ni ialah immigration /security check nya sgt lah strict!!! Sampaikan tali pinggang and kasut pun kena dibuka ye. Perghhh... first time kot kena bukak kasut & belt segala. Sabar je laaa... Tapi mmg semua org pun aku tgk kena buat mcm tu. So okaylah, bak kata org..masuk kandang kambing haruslah mengembek kan? Layankan saja, janji aku sampai ke Amsterdam!

Banyak kedai2 perfume, make up etc kat airport ni. Tapi kitaorg x shopping coz plan nak shopping hala balik nnt. Al maklumlah baru je sampai kan, nak save duit utk byk benda lagi. Tak tahu apa lagi benda nak jadi nnt. So, byk2 kan lah bersabar wpun dlm hati mmg dh tergedik2 nk beli mcm2!

Lama sgt kena tunggu sebelum kitaorg dpt tahu nak ke gate number brp. Bosan gila kot. Penuh org kat airport ni, ramai jugak yg selfish siap tido berbaring atas 3 kerusi sekali gus! Sabar je. Finally, kitaorg naik train utk ke Gate 6.

Departure dlm pukul 7am sharp. Lapar punya pasal, kitaorg ordered 1 set of egg sandwich & mineral water utk kongsi 2 org dlm fight. Itu pun dah GBP5. Mmg x perlu lah nak convert segala expenses kat sini coz mmg mostly benda2 mahal. Kalau convert jugak, takut nnt apa pun x beli. Flight from Stansted to Amsterdam sekejap je dlm 50 minutes.

Shipol Airport ni agak besar juga. Immigration officer was ok. Dia just tanya brp hari nak stay kat Amsterdam? Duk hotel mana? Datang brp org? Tu je..pastu terus dia ckp "Have a nice holiday!" Oh ye, waktu kat Amsterdam ni awal sejam drp London. Ok mmg dah pening dah masa ni. Byk kali sgt tukar2 waktu jam. Tapi aku make sure kat HP masih set waktu ikut jam di Msia.

















From the airport, kami kena naik train utk ke Central Station coz hotel kami terletak near to Damrak Street yg popular kat Amsterdam tu. Ok agak meredah jugaklah mencari counter ticket train. Ticket train utk ke Central Station costs us Euro4.20 .. Kat sini guna matawang Euro plak.

Dgn maths skill aku yg dah sememangnya "hebat" ni kan, korang faham2 je lah betapa fening nya aku nak manage duit! hahahaha.. (sedangkan duit ringgit pun aku gagal nak manage kan? ;p )

Tak ingat plak lah brp lama naik train ni..tp rasanya kejap je x smp sejam pun kot. Dah sampai kat Central Station tu, kitaorg duk singgah kat Tourist Info Center utk tanyakan direction to our hotel. Katanya walking distance je.





Masa tu baru lah rasa mcm nak tampar2 pipi coz finally aku dh sampai Amsterdam! This is real ok! Bukan mimpi! Bukan berangan! Ok cubit pipi byk2 kali please! Excitednya! Alhamdulillah!





Sila ignore tudung yg dah senget benget and muka yg dh mcm belacan itu! Peduli apa kan? Janji, Amsterdam, here I am! Masa ni sebenarnya tgh sgt clueless x tau jalan mana nak tuju!

Masa ni jugaklah ada another incident yg sgt bahaya. Duit kak June yg dia letak dlm envelope tercicir! Nasib baik aku perasan..Ya Allah, kalau tidak tak tahu lah mcmana kami nak survive? Since kami pegi byk tempat, kami mmg dah asingkan duit according to tempat2..coz ada duit GBP & Euro. Lagi satu kami asing2kan duit tu coz katanya kat Amsterdam ni bahaya. Byk pencopet. So kalau kena ragut pun, x lah duit hilang semua sekali gus. Tp Alhamdulillah, kami ok saja kat sini. Tak de plak incident kecurian etc.

Ini lah bangunan pertama yg kitaorg nmpk as soon as kitaorg keluar dari Central Station. Cross jalan besar tu je, kami dah sampai ke Damrak Street.

OK first impression pasal Amsterdam ni pada aku ialah.."Ini je ke Amsterdam???" Serious! That was my first impression. May be expectation aku terlalu tinggi. Tapi bila sampai sini aku tgk bandar ni kotor, sampah bersepah2 gak laaa... pastu bangunan2 lama mcm buruk2..hahahhaa..jahat mulut aku! Tapi itu was my first impression je, tp lepas duduk sana 4 hari 3 mlm, aku jadi suka jugaklah tempat ni. Kat sini kena sgt berhati2 dgn basikal ye. Diaorg kayuh basikal ala2 nak merempit pun ada, cilok sini sana sesuka hati. The best part is, pakai brek kaki! So kat sini accident byk berlaku di antara basikal & tourists!

From the Central Station, it took us about 20 minutes to reach the hotel. Since kami sampai awal pagi, maka bandar ni belum bz lagi. Sempatlah berposing on the way to the hotel.


Inilah Damrak Street yg fofular itu!




Lengang kan? Tengoklah cara diaorg parking basikal diaorg? Sesuka hati je.



Manneken Pis ni kedai jual Holland Fries yg sgt besar & godang!! Kena cuba makan fries ni tau! Time ni awal pagi sgt lagi, so kedai pun tutup. Pic kat atas aku snap later..terkejut badak sekali tgk besar sgt le plak! Kitaorg share duaorg mkn smp pagi esok pun x abis2 lagi!




Kedai souvenirs..Hish byk souvenirs yg 18sx jek kat dlm ni..Sabo je laa..

Museum ni pun ada...Tapi kitaorg x masuk lah kan. Malas lah nak masuk pun. Tak de faedah pun. Membazir duit and masa jek. On the way to our hotel, lalu Madam Tussaud gak. Maka hari2 lah kitaorg duk lalu je kat situ tp x masuk gak. Not so into it lah museum2 ni.





* to be continued.























3 comments:

  1. Leen. This is a good traveling log. When reading it we feel like traveling with you.

    This is a good reference and guide for those who want to travel. You tell the truth..hehehe what to expect... hmm with the budget..food and traveling period.. memang bagus lah blog ni.

    Keep on writing my friend.
    Hasnita.mj and nazmi

    ReplyDelete
  2. Wakakakaka...i like your first impression....


    Hasnita.mj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for supporting!

      Ada yg suruh i documented experiences berjalan2. Hopefully, boleh lah esok2 bila dah lebih tua (skrg pun dh mmg tua!) i baca balik blog ni to refresh memories.

      Really appreciate your comments Has & Nazmi.

      Delete