Showing posts with label Amsterdam. Show all posts
Showing posts with label Amsterdam. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

Europe Trip (Part 4) Amsterdam City Tour (Day 4)

On the 6th April merupakan hari ketiga kami di Amsterdam. Pada hari ni, schedule kami terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, kami spent waktu awal pagi dengan morning walk yg ala2 Amazing Race / menapak (anda bukan salah baca ye, kami mmg menapak a.k.a berjalan kaki) ke segala pelusuk bandar Amsterdam. 

Bahagian kedua pula merupakan trip ke Keukenhof Garden. (Pakej ke Keukenhof garden (3/4 day tour) berharga Euro35) Ref: http://www.viator.com/Amsterdam/d525-ttd


Bahagian pertama: 
Morning Walk with the theme "Exploring Amsterdam - DIY version"

Perjalanan pagi kami bermula seawal 7.30am. Tidak lah awal sgt bagi orang2 di Amsterdam coz Subuh pun dlm pukul 5am lebih.  Di waktu begini sgtlah terasa bahawa aku sedang  bercuti coz time ni org lain semua berpusu2 utk ke pejabat, tp aku berlenggang2 kangkung pegi melawat!

 hahahaha feeling ini lah yg sgt precious utk dirasai!! 
(read: walau di mana ku berada, hati ku tetap tertinggal di ofis jua! Like real!!! ;p )

Sebenarnya matlamat misi morning walk pagi ni ialah utk mencari lokasi I AMSTERDAM. I told kak June, "No matter what, kita mesti cari tempat ni. Mesti x jauh ni. Kita wajib posing kat situ!" Maka, being a very nice and understanding friend, kak June pun support lah hajat & impian murni aku tu walaupun kami mmg ala2 clueless arah mana nak mula dituju.

Perjalanan kami pagi ni mmg btol2 mengikut instinct & canals. Hampir setiap simpang kami perlu meyusuri terusan yg berbeza. Since kami keluar awal pagi, jalan / lorong2 pun agak sibuk jugaklah. Tapi the best part is bukan sibuk dgn kereta sgt, tetapi sibuk dgn basikal. Incident hampir nak accident dgn basikal pun ada. Tapi perlu ke nak citer kat sini kan?

Kat Amsterdam ni, kebanyakan org pegi keje naik basikal. Pakai corporat abis, siap high heels / blazer segala tp naik basikal. Bagus habit ni kan? Selain drp mengeluarkan peluh, ianya juga dapat menjimatkan duit petrol, x de traffic jam & mengurangkan air pollution coz x de asap kederaan sgt. 

Soalan Lazim:
Kenapa lah kita x praktikkan macam ni kat Malaysia ye? Ye lah, harga petrol pun ala2 melantun2 naiknya skrg. 

Jawapan saya yg ala2 rasa nak sepuk org yg bertanya itu:
H.E.L.L.O!!! 
U terlupa kot fakta ni?? 
Cuaca kat Amsterdam ni ala2 berbelas2 darjah celcius je, tp suhu kat Msia tu berpuluh2 darjah celcius! Abis kalau dah mengayuh basikal berkilo2 meter gitu, sampai ofis dah tentu2 lah berpeluh ketiak segala. Harus lah bwk beg sebontel jugak mcm nk lari dari umah (utk letak baju + toiletries + make up + deodorant) coz dh nak kena mandi kat ofis before masuk class utk mengajar kan? 

Nak sgt settle kan masalah air pollution di jalanraya tp nnt dok pollute kan udara di dalam kelas / office dgn B.O. yg terover mengancam plak! Kesimpulan nya, saya x berapa setuju lah dgn saranan itu. Sekian, terima kasih. 

Maaf lah kerana jawapan saya agak emo tp saya rasa x praktikal lah. Jalan kaki / naik basikal di sana mmg best. Mmg x berpeluh walaupun matahari memancar. Suhu mmg nyaman je. So mmg logiklah mereka semua opt to cycle to offices. 

Ok sudah2 lah membebel pasal ni coz nnt sure ada yg ckp, "alaa..kalo nak seribu daya!" Jomlah kita tgk apa yg kitaorg jumpa di sepanjang perjalanan kitaorg ni. 

 Tak jauh dari hotel kitaorg, ada kedai cupcake ni. Terus snap pic ni coz aku teringat kat dua org kawan aku yg merupakan bakers yg hebat! Balik Msia je terus aku tagged both of them kat pic ni dlm FB. Ini lah tanda ingatan seorang kawan yg tulus mulus x kira di mana saja ku berada! ;p

Ini canal pertama yg kitaorg lalui pagi ni. Kat sini ada boat house katanya. Mula2 plan nak 
 jugak lah menjengah masuk. Tapi pas tgk betapa sedih  & keciknya boat house tu, terus kitaorg cancel je. Lagi pun masih awal pagi lg, so owner boathouse tu pun ntah2 still berdengkur tarik selimut tebal kot? 

So kami pun teruskan lagi operasi ala2 merentas desa kami sampailah terberenti melangkah. Kenapa? Coz aku terpikat kat tingkap2 ni. Cantiknya contra colors tingkap and dinding ni kan? Suka sgt!

I love these windows!
The Boat House


Perjalanan diteruskan utk mencari I AMSTERDAM. Tak nampak pun bayangnya lagi, tp jauh di sudut hati terdetik mesti tempat tu tak jauh lagi coz kitaorg dah jauh dah berjalan ni! :) Logik kan?

Signboard pun ala2 faham x faham je kan. Naluri merupakan GPS kitaorg masa tu. Kat sini byk museums. Unfortunately, both of us x berapa nak "into-it"sgt lah. So we decided just to snap pictures jek. Lagi pun kitaorg kan ala2 Amazing Race, coz dlm pukul 11am dah nak ke Keukenhof Garden plak. 

Antara museums yg kitaorg sempat "Snap & Go" ialah seperti berikut:


Camno nak pronounce nama museum ni?






Ini plak di antara tempat2 yg kitaorg berehat & melepak kerana penat + clueless. 

Ada satu tempat tu kitaorg mmg duduk kat bangku kat simpang 3 yg sibuk. Lama gak le dok observed perangai and gelagat org2 bz nak ke office sambil berkata" Sure geng2 kita kat Msia tu tgh kelam kabut nak gi ofis skrg kan?" Oppss!!! Sorry ;p


Di persimpangan dilemma

 Akhirnya tempat yg kitaorg cari2 sepanjang pagi ni telah ditemui juga! Syukur Alhamdulillah.  

Tanpa buang masa, kitaorg pun sakan lah berposing sepuas hati coz kaki pun dah naik lenguh semacam. Memang jauh sgt kami berjalan rasanya. 

Kalau boleh nak posing kat celah2 setiap alphabet kaedahnya! Susah gila kot nak cari tempat ni! Hahahaha.. Masa kitaorg smp kat I AMSTERDAM ni ada a group of lelaki and perempuan muda (students kot) from Msia yg bz berposing segala. Eh, kerek btol lah plak, senyum pun tak, inikan plak nak tegur. Perlu ke nak kerek dik oii?



Silalah layan pics ni semua yg kawan2. At least berbaloi lah kami ala2 walkathon mencari tempat ni. Oh ye, kat area ni jugak ada Diamond Exhibition Centre. Tapi as expected, kitaorg x singgah pun. Sorry lah, we ols bukan minah bling bling please! ;p

Oleh kerana kami kesuntukan masa (padahal dh nak tercabut kaki), kami decided to take the tram back to hotel. Harus bergegas mandi segala coz perjalanan hari ni masih panjang lagik.

Patutnya aku singgah sini borong diamond setongkol dua kan?
Kiosk jual air & food yg x halal
Mural yg sgt halus buatannya


Nest time, if naik tram sila stop di station ni
 

Tram station

Aktiviti di depan Grand Palace yg under construction :(
Ini lah bangunan hotel kami





* to be continued










Monday, March 5, 2012

Europe Trip (Part 2) Amsterdam (Day 1) - Zaans Schans

After checked in at 11am, kitaorg lepak2 jap kat bilik hotel yg comel tu sampai pukul 1pm.  We decided not to waste any time so terus kitaorg berjalan kaki ke Lindbergh Tour Agency, which is located in Damrak Street.


 

 So excited coz our first destination is Zaans Schaans, sebuah perkampungan nelayan Belanda yg ada kilang cheese, kilang membuat kasut kayu and of course the windmills. Tour package ini berjumlah Euro34 per person. 

Ini mmg something yg aku nak sgt experience coz byk good reviews yg aku dah baca dlm internet about this place. Another reason was, Chef Wan pernah buat shooting kat tempat ni dulu dlm one of his rancangan masak2.. (Ok aku tau agak pelik justification aku tuh! Tp x kira, aku nak pegi jugak).


So, Kak June dgn baik hati nya dah wat research pasal tempat ni and we decided to purchase 1/2-day-package. For more info, kindly refer to http://www.viator.com/Amsterdam/d525-ttd

The trip was scheduled at 2.30pm and it took us less than one hour to arrive at the destination. Kami pergi naik bas bersama2 pelancong2 dari negara lain. Ada juga kami jumpa 1 couple from Malaysia masa lepak2 kat perkampungan tu. 

 This is the map of Zaans Schans yang agak besar juga kawasannya.  Byk benda menarik yg kita boleh experience kat sini.

Antara aktiviti menarik:
1. Melawat kilang cheese
2. Melawat kilang kasut kayu
3. Shopping souvenirs yg kebykannya hasil kraftangan org tempatan
4. Naik cruise ke perkampungan nelayan
5. Berposing dgn berpuluh2 windmills yg ada kat sini





Turun saja dari bus, aku nampak windmill ini dulu! Wahhhh..jakunnya! Terus terbayang iklan susu cap junjung, ada pompuan duk junjung bekas bersusu di atas kepala. Tak tahu lah kenapa iklan itu plak yg tetiba menjelma di kotak fikiran.  Tak de plak iklan yg lebih recent & glamor yg aku nak ingat time tu kan?



 Pastu ada photographer suruh both of us berposing2 and snapped our pic. Dah tahu dah, nnt bila nak keluar sah2 kena beli pic tu from them. Ntah brp euro plak lah tu harganya. Last2 mmg kami beli jugak pic tu. Ok lah frame pic tu ialah calendar 2012. Worth it jugaklah nak beli kan? 

So kami pun terus masuk berjalan2 sambil kesejukan coz tempat ni tepi laut kan, so mmg lah angin kuat semacam. Aman damai tenteram dan cantik perkampungan mereka ni. Bersih!

 
Experience menarik kat sini ialah melawat kilang membuat cheese. So ada le staff yg siap berpakaian ala2 mcm pompuan dlm iklan susu cap junjung tu (iklan tu lagi??) bagi briefing tentang cara2 membuat cheese and pelbagai jenis cheese yg terdapat kat sini. Based on her briefing, baru lah aku tahu cheese yg dah diperam selama setahun sgt mahal harganya! Kat sini jugak sapa yg "hantu cheese" bolehlah borong cheese sebyk mana yg korang minat & mampu. Kitaorg x beli seketul pun..hahahhaha buat berat beg jek! 

Inilah antara cheese yg terdapat di sini. Ada mcm2 flavor tuh. Sgt striking color kan? Menarik jugak utk diberi sbg souvenirs. 

Kat bawah ni replika cheese tau, bukan cheese betul! :)
 
 OK selepas ala2 mabuk cheese, kami dibawa pulak ke kilang pembuatan kasut kayu. Demonstration mcmana proses wooden shoes ni dibuat menggunakan machine sgt menarik. Al kisahnya, orang dulu2 tak de duit kan nak beli kasut mahal2, so mereka gunakan kayu utk buat kasut. Tapi sekarang design kasut2 ni semua dah makin cunn ala2 croc!


Memang menariklah kat tempat ni. Kasut2 ni pun sesuai utk dijadikan souvenirs. Tapi kami x beli jugak coz kasut2 ni space consuming! Lagi pun nak pakai pegi mana? Hahahahha tak practical rasanya. 


Satu lagi yg menjadi lambang Holland ialah bunga tulip! Tapi kat perkampungan ni byk bunga tulip kayu sahaja. Bunga tulip hidup nanti aku upload pics di Keukenhof Garden. Meriah abis kat sana! 



Next, kitaorg pegi tengok each "rumah" yang display & jual pelbagai jenis kraftangan. Aku happy coz finally aku sampai ke "rumah" nenek tua yg menjual barang2 antik yg pernah appeared dlm rancangan masakan Chef Wan! Aku ingat sgt Chef Wan cakap barang2 dlm kedai ni seantik tuan punya kedai! hahahhahaha..mulut x de insurance betul kan? Friendly nenek tu, dia ok je aku nak snap pics brg2 display dia. Ok masa kat sini, kitaorg ada terjumpa a group of Malaysian girls. Diaorg pun x beli apa2 aku tgk..Masing2 duk belek2 je benda2 antik ni semua. Kalau aku jadi nenek tu, mmg nyampah gak le nak layan kan? ;p

Dah abis sesi melawat2, kitaorg naik cruise plak utk ke perkampungan nelayan. Mula2 tu gigih sgt lah nak duduk kat roof top kan? Tapi x sampai 5 minit, kitaorg turun masuk dalam boat coz dah menggeletar kesejukan di tahap maksima dah! Masuk dlm bot tu kitaorg bersembang sakan dgn 1 couple veteran ni. Sweet sgt coz both dah tua, tp spend time together pergi vacation serata pelusuk alam. Best kan mcm tu? 

Sampai di perkampungan nelayan tu, x de apa lah aku nak beli pun. So duduk je lah melepak sambil bersembang sgn satu mamat omputih hensem! Mamat ni keje apa ntah lupa plak tp pernah keje kat Kelantan u ols! Maka mcm2 lah bersembang just to kill time. Lagi pun muka dia hensem, jadi rajin terlebih lah nak melayan kan? Kak June dah jeling2 tu coz dia ckp jgn friendly2 lelebih sgt coz kita bukan tau background mamat tuh. Dah lah mamat tu from one of the countries kat South America kot2 jual dadah ke apa..hahhahaha... Ok! Kena control sket lah nmpknya..padahal x de sembang lebih2 pun. Pastu ada satu pic ni mamat ni tolong snap kan, maka aku rasa kitaorg tetiba jadi terlebih comel dlm pic tuh! Muhahahahhaha jgn muntah dulu kengkawan ye! ;p 

 Kat sini lah kami naik cruise tu..and depan kedai souvenirs lah kami bersembang panjang dgn mamat tuh!Nostalgia le plak bila teringat! Tapi x de snap pic dgn dia. Rugi! ;p


And kat bawah ni lah pic yg mamat tu tlg snap kan! Comel kan? Hahahahaa perasan abis! 


Ok by 6pm kami bertolak balik ke Damrak Street. Kami tapau kebab and terus balik hotel kepenatan! Tapi trip hari ni mmg best! I had so much fun!

* to be continued.






Europe Trip (Part 2) Amsterdam - The Canals

Ramai org akan relate Amsterdam to canals. Mmg tak dinafikan byk sungguh terusan air di Amsterdam ni. Boleh dikatakan setiap lorong dipisahkan oleh terusan.

Cantik mmg cantik tp bagi aku ianya agak over rated sket. Tak tahu lah knp, tp aku mmg x de berkeinginan langsung nak naik cruise menyusuri canal ni semua. Again, I think it is the power of media positioning & marketing!

Tapi berjalan kaki mengelilingi bandar Amsterdam sambil menyusuri terusan agak menarik juga. Elemen air tu membuatkan keadaan nyaman, tambah plak cuaca mmg sejuk! Pakai baju 3-4 lapis pun masih rasa ala2 nak beku!


Kalau orang tanya saya rekomen tak utk naik cruise, selalu saya jawab terpulang lah pada masing2. Kalau ada byk masa terluang & byk duit extra, boleh saja utk experience the cruise.


Apa2 pun lain orang, lain pendapatnya kan? Tepuk dada, tanyalah selera masing2.





Kalau nak naik cruise, boleh lah berurusan kat jeti ni. Jeti ni betul2 letaknya berhadapan dgn Damrak Street.






* to be continued.

Sunday, March 4, 2012

Europe Trip (Part 2) Amsterdam - Day 1

Hi, sementara masih ada mood ni, elok jugaklah aku proceed je to the next entry of the Europe trip kan?

So on the 4 April 2011, dalam pukul 3.30am, datang lah sorang mak guard ni kejutkan semua org yg tgh tidur kat depan EasyJet counter tu. So dalam keadaan mamai, kami kenalah bersiap2 sambil take turn utk ke toilet. Tak boleh lah nak pegi together coz sapa plak nak jaga brg2 kitaorg tu kan? So setakat basuh muka and gosok gigi je lah nampaknya ye. Nak mandi macamana kan? Tawakal je lah sambil spray perfume utk meningkatkan keyakinan diri! hehhhehe..

Kami checked in at 4.30am. Lama jugaklah nak kena beratur. Ok since aku guna beg ala2 back packers yg byk bertali tu2, so beg aku kena pegi ke special counter ok.Tak boleh nak check in kat counter biasa. Pulak dah?!

Satu lagi kesilapan kitaorg ialah, kitaorg only booked for 1 bag to be checked in, coz we planned beg kak June tu nk dijadikan hand luggage. Unfortunately, tak boleh jugak begitu coz size melebihi drp yg ditetapkan. End up 2 beg kena checked in. Hand luggage strictly1 bag saja person. Aku kena masukkan handbag ke dlm hand luggage tu to make it only 1 bag. So kat sini, kitaorg kena byr GBP20 utk extra bag masuk luggage.

Maka moral of the story kawan2, sgt penting ada budget allocated utk contingency ye..kita tak tau, macam2 boleh jadi NOT according to our original plans. Suspens coz byk hari lagi nak kena lalui ni! Relax..cool..

Another experience kat airport ni ialah immigration /security check nya sgt lah strict!!! Sampaikan tali pinggang and kasut pun kena dibuka ye. Perghhh... first time kot kena bukak kasut & belt segala. Sabar je laaa... Tapi mmg semua org pun aku tgk kena buat mcm tu. So okaylah, bak kata org..masuk kandang kambing haruslah mengembek kan? Layankan saja, janji aku sampai ke Amsterdam!

Banyak kedai2 perfume, make up etc kat airport ni. Tapi kitaorg x shopping coz plan nak shopping hala balik nnt. Al maklumlah baru je sampai kan, nak save duit utk byk benda lagi. Tak tahu apa lagi benda nak jadi nnt. So, byk2 kan lah bersabar wpun dlm hati mmg dh tergedik2 nk beli mcm2!

Lama sgt kena tunggu sebelum kitaorg dpt tahu nak ke gate number brp. Bosan gila kot. Penuh org kat airport ni, ramai jugak yg selfish siap tido berbaring atas 3 kerusi sekali gus! Sabar je. Finally, kitaorg naik train utk ke Gate 6.

Departure dlm pukul 7am sharp. Lapar punya pasal, kitaorg ordered 1 set of egg sandwich & mineral water utk kongsi 2 org dlm fight. Itu pun dah GBP5. Mmg x perlu lah nak convert segala expenses kat sini coz mmg mostly benda2 mahal. Kalau convert jugak, takut nnt apa pun x beli. Flight from Stansted to Amsterdam sekejap je dlm 50 minutes.

Shipol Airport ni agak besar juga. Immigration officer was ok. Dia just tanya brp hari nak stay kat Amsterdam? Duk hotel mana? Datang brp org? Tu je..pastu terus dia ckp "Have a nice holiday!" Oh ye, waktu kat Amsterdam ni awal sejam drp London. Ok mmg dah pening dah masa ni. Byk kali sgt tukar2 waktu jam. Tapi aku make sure kat HP masih set waktu ikut jam di Msia.

















From the airport, kami kena naik train utk ke Central Station coz hotel kami terletak near to Damrak Street yg popular kat Amsterdam tu. Ok agak meredah jugaklah mencari counter ticket train. Ticket train utk ke Central Station costs us Euro4.20 .. Kat sini guna matawang Euro plak.

Dgn maths skill aku yg dah sememangnya "hebat" ni kan, korang faham2 je lah betapa fening nya aku nak manage duit! hahahaha.. (sedangkan duit ringgit pun aku gagal nak manage kan? ;p )

Tak ingat plak lah brp lama naik train ni..tp rasanya kejap je x smp sejam pun kot. Dah sampai kat Central Station tu, kitaorg duk singgah kat Tourist Info Center utk tanyakan direction to our hotel. Katanya walking distance je.





Masa tu baru lah rasa mcm nak tampar2 pipi coz finally aku dh sampai Amsterdam! This is real ok! Bukan mimpi! Bukan berangan! Ok cubit pipi byk2 kali please! Excitednya! Alhamdulillah!





Sila ignore tudung yg dah senget benget and muka yg dh mcm belacan itu! Peduli apa kan? Janji, Amsterdam, here I am! Masa ni sebenarnya tgh sgt clueless x tau jalan mana nak tuju!

Masa ni jugaklah ada another incident yg sgt bahaya. Duit kak June yg dia letak dlm envelope tercicir! Nasib baik aku perasan..Ya Allah, kalau tidak tak tahu lah mcmana kami nak survive? Since kami pegi byk tempat, kami mmg dah asingkan duit according to tempat2..coz ada duit GBP & Euro. Lagi satu kami asing2kan duit tu coz katanya kat Amsterdam ni bahaya. Byk pencopet. So kalau kena ragut pun, x lah duit hilang semua sekali gus. Tp Alhamdulillah, kami ok saja kat sini. Tak de plak incident kecurian etc.

Ini lah bangunan pertama yg kitaorg nmpk as soon as kitaorg keluar dari Central Station. Cross jalan besar tu je, kami dah sampai ke Damrak Street.

OK first impression pasal Amsterdam ni pada aku ialah.."Ini je ke Amsterdam???" Serious! That was my first impression. May be expectation aku terlalu tinggi. Tapi bila sampai sini aku tgk bandar ni kotor, sampah bersepah2 gak laaa... pastu bangunan2 lama mcm buruk2..hahahhaa..jahat mulut aku! Tapi itu was my first impression je, tp lepas duduk sana 4 hari 3 mlm, aku jadi suka jugaklah tempat ni. Kat sini kena sgt berhati2 dgn basikal ye. Diaorg kayuh basikal ala2 nak merempit pun ada, cilok sini sana sesuka hati. The best part is, pakai brek kaki! So kat sini accident byk berlaku di antara basikal & tourists!

From the Central Station, it took us about 20 minutes to reach the hotel. Since kami sampai awal pagi, maka bandar ni belum bz lagi. Sempatlah berposing on the way to the hotel.


Inilah Damrak Street yg fofular itu!




Lengang kan? Tengoklah cara diaorg parking basikal diaorg? Sesuka hati je.



Manneken Pis ni kedai jual Holland Fries yg sgt besar & godang!! Kena cuba makan fries ni tau! Time ni awal pagi sgt lagi, so kedai pun tutup. Pic kat atas aku snap later..terkejut badak sekali tgk besar sgt le plak! Kitaorg share duaorg mkn smp pagi esok pun x abis2 lagi!




Kedai souvenirs..Hish byk souvenirs yg 18sx jek kat dlm ni..Sabo je laa..

Museum ni pun ada...Tapi kitaorg x masuk lah kan. Malas lah nak masuk pun. Tak de faedah pun. Membazir duit and masa jek. On the way to our hotel, lalu Madam Tussaud gak. Maka hari2 lah kitaorg duk lalu je kat situ tp x masuk gak. Not so into it lah museum2 ni.





* to be continued.