Sunday, March 4, 2012

Europe Trip (Part 1) Msia-Stansted Airport, London

Salam semua,

Sori sgt coz dah lama sgt x update blog ni. Bukan lupa tp mood nk update tu yg x dtg2. Payah jugak lah rupanya nak "seru" mood utk mengarang ni dtg.

Attempt nak type entry ni pun setelah a few days membaca travel blogs org lain yg sgt hebat! Terus rasa malu pada diri sendiri sambil ber monolog "Hishhh .. teruknya blog aku kalau nak compare dgn blog2 org lain." :(


Utk mengelakkan mood tu hilang lagi, maka teruslah select pics yg sesuai plus selongkar balik buku catatan yg x berapa lengkap tu.
Almaklumlah dah setahun punya citer terperam! Mmg tak logik lah nak ingat sumer benda kan?

Trip ni merupakan a duet tour aku bersama sorang lagi kawan, Kak June namanya. Europe trip ni merupakan project kitaorg yg pertama together. Walaupun first project, tp mmg full of adventures. Nasib baik kami mmg sekepala. Sebenarnya, "sekepala" ni criteria yg sgt2 penting utk cari traveling partner!

Camana it was started? Both of us tahu yg kitaorg mmg suka traveling based on pics yg kitaorg uploaded dlm fb. Then, bila sembang2 via YM, kak June yg approached aku dgn idea gempak ni! The best part was, the decision was made in 2 days jek...Gila punya keje..Mmg konpem gila! Rasa mcm mimpi coz mmg since study kat Miami lg mmg aku dah teringin nk gi UK.Unfortunately, tak kesampaian..


To tell you the truth, masa the decision was made tu mmg duit x de pun. Hanya lepas utk byr ticket AirAsia sahaja. Duit utk belanja2 mmg x de! Tapi since kitaorg booked ticket awal, so masih ada byk masa utk penuhkan tabung cap ayam. Namun jauh di situ hati dah berdetik, if aku x de duit jwbnya aku akan lepak airport London je lah nnt sambil tolong susun trolley! Sounds familiar kan scene tu? hehehhe...Janji yg penting, passport dah cop! Hahahahha kamikaze abis ok!

Trip ni dari 3 -10 April 2011, merangkumi London, Amsterdam, Brussels, Edinburgh & London semula. Budget utk trip ni mmg tak mewah. Kami dah cuba sedaya upaya utk pastikan segala expenses tak melebihi RM5K sahaja. Ramai yg terkejut bila dapat tahu budget kami sekecil itu, tp berkat online research & well planning, misi tersebut berjaya! Alhmadulillah.
Pergh, panjang sgt introduction yg agak boring ni kan? Tapi intro ini perlu to set the context of the trip. Betapa trip ni hanya melibatkan kami 2 org perempuan yg kamikaze dgn budget yg ciput saja. Of course, ini salah satu experience yg tak kan dapat saya lupakan sampai bila2. Hopefully, kak June pun begitu :)


On the 3rd April 2011, kami berjumpa di LCCT dalam pukul 12 tghari. Setelah settlekan urusan check-in, kami singgah kat surau utk jamak Zuhur & Asar. Pastu, kami pegi tapau food utk dimakan di Stansted Airport nnt. Aku seludup BBQ Prata & mineral water sebelum departure at 3.30pm. The journey sgt lama, mmg lenguh lah duduk dlm flight. Maka end up aku tidur je lah most of the time coz dah tak tahu apa nak buat lagi dah.
Satu pengalaman yg menarik semasa dlm flight, walaupun jam menunjukkan pukul 7.50pm waktu Malaysia, tapi suasana kat luar masih terang benderang ala2 pukul 4.30pm! Masa tu mmg clueless sbnarnya kitaorg ni dh smp kat ruangan udara negara mana..

Meal pertama was served at 5.30pm waktu Malaysia. Kami makan nasi lemak rendang ayam & mineral water. Sedap jugak lah rasanya. Tapi sebenarnya mata lebih terjeling kat mamat omputih kat sebelah yg makan beef lasagna!! Makdatuk sedapnya!!! Maka both of us dok jeling2 and siku lengan each other sambil bernekad, on the way back to Malaysia nnt harus kita tukar menu pre-order food from Msian to Western food!! ;P

Second meal, Nasi beriyani ayam was served at 3am waktu Msia. Mmg muak lah makan nasi 2 kali kan. Tapi sebenarnya aku bersyukur coz selepas tu kami x sentuh nasi langsung sepanjang the trip sampai lah pulang semula ke Msia nnt!


Alhamdulillah, kami selamat sampai di Stansted Airport pada jam 9.50pm waktu UK (4.50am waktu Msia). Overall, the 13 hours journey was ok. Tak de moment2 suspens. Luggage kami dpt lambat, smpkan agak merisaukan jugaklah. Takut luggage dah terr naik flight pegi Japan ke apa! hehehe.. Since kami sampai dah mlm, kastam x check satu apa pun! Maknanya next time nak dtg sini, boleh lah bawak segala bekalan makanan. Bukan mcm Perth, strict betul kastam nya.

Masa tu gak bateri HP aku flat habis coz rupa2nya aku x betul2 off HP sepjg flight. Boleh mcm tuh? HP Kak June pulak ada masalah roaming. Rupanya nak request roaming service from celcom ni leceh gak. Maxis senang je. Maka, first thing kena pegi cari power point utk recharge HP! Tp sempatlah sms to inform yg kami dah selamat sampai. Sgt penting utk kami sentiasa sms org2 Msia utk update location & keadaan kami kat sini. Al maklumlah, mereka surely risau kan coz kami berdua je nak jelajah Europe ni tanpa ada kenal sesapa kat sini.


Malam tu kami tak tidur hotel. Kami tidur kat airport. Yes! Tidur di Airport. Kenapa? Sebab our next flight to Amsterdam was at 7am. Mesti ramai yg tertanya, apasal tak booking flight terus ke Amsterdam? Hmm..panjang ceritanya!


Plan asalnya, kami akan lepak kat Nottingham coz ada sorang lg kawan study kat sana. Tapi manusia hanya merancang, Allah juga yg menentukan segalanya. Plan tu terpaksa dibatalkan sedangkan tickets dah beli. So kami pun reshuffled-kan-lah itinerary kami dgn took the earliest flight to Amsterdam.


So sesampai nya kami kat airport, selepas
selesai collect luggage segala, kami terus cari EasyJet counter. Since kena check in dlm pukul 4am, kami tak nak nnt baru kelam kabut nak cari counter to check in, so kalau boleh mmg nak tidur depan counter tu jugak. Was informed that EasyJet counter tu akan dibuka jam 3am. So sempat lah kami lepak makan bekalan, solat & tidur2 ayam jap. Don't worry coz mmg x kan terlajak tidur coz dalam pukul 3am dah ada security guards dtg utk kejutkan semua org coz counter dah nak dibuka.

Pesanan pihak penaja: Sila make sure bawak botol mineral kosong utk kegunaan di toilet ye kawan2. Faham2 je lah kan? :)


Ini lah port kami utk malam itu. Nasib baik ada power point so boleh lah recharge HP.



Makanan utk kami alas perut. :) Makanan kami bawa from Msia. Kak June belanja hot choc! TQ Kak June :)


Ramai org tidur kat airport ni. Semua terbongkang mcm kena tembak je. Tapi segan plak nak snap pics byk2..nanti diaorg marah plak kan.

* to be continued.

No comments:

Post a Comment