Since kepenatan sgt balik from Zaans Schans semlm, mmg kami terus terlena sampailah midnite. Sah2 jetlag so mata tak boleh tidur and perut pulak start lapar. Apa lagi, masak maggi and minum milo panas lah jawabnya pukul 1 pagi! Beginilah yg dinamakan amalan hidup sihat! ;p
Breakfast was served to our room around 9.15am by Mark, the hotel staff. Apa menu breakfast? Beberapa keping roti, butter, telur rebus and yogurt. Kenyang ok! Sempat lagi kami bawa bekalan yogurt utk trip ke Antwerp & Brussels. Pas makan, dalam pukul 9.30am kitaorg dh mula berjalan ke Lindbergh office again.
No passport / immigration check was required. Sedikit frust coz x de cop Belgium kat passport!!! hahahahhaha pathetic ;p
Sebenarnya Kak June yg nak sgt ke Brussels coz dia dah lama admire the Atomium. Aku plak bila sebut je the word Antwerp, aku terus teringat movie The Sound of Music. Jangan tanya kenapa or apa connection nya coz aku sendiri x sure. ;p
Dalam bus kami diberi briefing pasal sejarah perang2 Eropah zaman dulu oleh the tour guide, Annie (kalau tak salah lah, nama dia Annie rasanya). She was a tall and very friendly lady.
Ok ini serba sedikit latar belakang sejarah Eropah yg aku nak share dgn korang. Eh, jgn lah bosan dulu, coz salah satu nawaitu nak pi jalan2 tgk tempat org ni adalah utk menimba lebih ilmu pengetahuan, setuju tak?
According to Annie, zaman dulu Spain kingdom, Holland and Belgium were together. Then Belgium asked for independence and became kem askar utk Spain Kingdom.
Belgium ni terbahagi kepada dua zon: Utara (terdiri drp org2 French & Dutch yg kaya raya & serious) & Selatan (org2 miskin). Brussels yg terletak di tengah2 pulak dipenuhi dengan international immigrants. Part ni mmg sgt obvious smp sekarang coz aku tgk ramai btol org muslim kat sini.
Dalam pukul 11.30am kami sampai ke sempadan Belgium. The indicators were the modern windmills yg belang2 putih & orange. Perbezaan ini sgt obvious coz windmills di Holland ala2 traditional and diperbuat daripada kayu.
Once masuk ke Belgium, terus jem macam nak rak! Kenapa? Coz byk lori kontena nak ke harbor.So journey kami tetiba menjadi sgt perlahan dan of course agak bosan lah sbb dah terperangkap dlm traffic jam kan?
Dalam pukul 12noon kami sampai di Antwerp yg merupkan bandar bersejarah. Kat sini penuh dgn bangunan tinggi2 yg kaya dgn senibina hebat. Agak tercengang jugak lah bila berdiri di tengah2 Antwerp Square ni. Masa tu mmg terdetik dlm hati, kalau lah aku ada camera yg hebat, mesti pics kat sini lebih malatops! Anyway, kita harus bersyukur dgn apa yg kita ada & make full use of what we have. Not bad jugak hasil nya kan?
Papan tanda kat sini mmg sgt lah aku x faham bahasanya ye..Maka just refer to the symbol je lah.
Cuaca sgt sejuk masa ni coz hujan renyai2. Bayangkan lah betapa berasap nya mulut kitaorg bila bercakap. Nasib baik mmg dah get ready pakai baju 4 lapis ok. (Saja aku ulang fakta ni byk kali coz nak justify knp dlm pics kat Europe ni aku ala2 santa claus sizenya! hehehehhe). Tapi ndak x hendak, kena posing jugak! Kena explore jugak coz pasni x tau lah bila plak nak mai sini lagi?
Satu perkara yg aku x puas hati ialah masa kitaorg gi sana ni byk sgt constructions / renovations of building sedang dijalankan. So agak cacat jugaklah pics. Frust betul lah. Boleh tak publish schedule construction ni kat website mana2 so that next time senang lah org2 nak plan bila waktu yg sesuai nak dtg. @#$%^^&*!
The map |
Cacatlah pic ni coz ada construction tuh! |
Lebih byk yg x faham drp yg faham |
Dah sah2 kami pegi tempat bersejarah, so byk lah citer sejarah yg aku nak share kat sini. Menurut Annie lagi, Antwerp bermaksud "Throw the Head." Pada zaman dulu, ada seekor giant (ok jgn gelak plak, ini lah mitos ke lagenda ke citer rakyat org Belgium) ni keje nya mengutip hutang / tax ke atas sesapa yg nak melalui jalan2 kat sini. Sesapa yg x nak byr tax, kepala nya akan dipancung dan dicampak ke dalam sungai. Giler hebat enforcement undang2 masa tu kan? ;p
So, pada suatu hari tu ada le seorang mamat ni ala2 hero dtg lalu menyerang si giant (kenapa tetiba aku terasa mcm tgh citer psl doremon yek?) dan memotong kepala giant dan campak ke dlm sungai, sebijik mcm apa yg giant ni duk buat kepada beribu2 org dulu. Tragis sungguh nasib si giant ni. So, kat bawah ni lah pic the Giant Castle. Sori lah since aku snap pic ni from a distance, tak dpt lah nak focuskan kpd statue si giant & si hero itu.
Nampak tak statue giant tu? |
Another distinct fact pasal tempat ni ialah ianya sgt aman, damai dan tenteram. Tak tahu lah mana pegi semua org masa ni? May be area ni hanya dikunjungi oleh tourists saja kot.
Annie ada jugak bwk kami ke kedai coklat. Coklat Belgium kan glamer seantero donia kan u ols? Tapi kitaorg x beli pun. Was2 jugaklah part halal ke haram ke, so baik x pyh beli lah. Kita snap pics saja as kenangan.
Ok enjoy lah some pics yg sempat aku snap kat Antwerp ni. Time ni bateri kamera aku dah almost flat le plak. Nasib baik kamera Kak June ada.
Nampak tak tent color putih tu? Tgh nak wat renovation le tu. |
Lukisan building2 yg ada kat sini oleh pelukis tersohor |
Kedai DE KAT tp jauh ;p |
Next destination adalah favorite Kak June, iaitu Atomium. Ok kita sambung kat next entry ok.
* to be continued.
No comments:
Post a Comment