Thursday, March 8, 2012

Europe Trip (Part 4) Amsterdam City Tour (Day 4)

On the 6th April merupakan hari ketiga kami di Amsterdam. Pada hari ni, schedule kami terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, kami spent waktu awal pagi dengan morning walk yg ala2 Amazing Race / menapak (anda bukan salah baca ye, kami mmg menapak a.k.a berjalan kaki) ke segala pelusuk bandar Amsterdam. 

Bahagian kedua pula merupakan trip ke Keukenhof Garden. (Pakej ke Keukenhof garden (3/4 day tour) berharga Euro35) Ref: http://www.viator.com/Amsterdam/d525-ttd


Bahagian pertama: 
Morning Walk with the theme "Exploring Amsterdam - DIY version"

Perjalanan pagi kami bermula seawal 7.30am. Tidak lah awal sgt bagi orang2 di Amsterdam coz Subuh pun dlm pukul 5am lebih.  Di waktu begini sgtlah terasa bahawa aku sedang  bercuti coz time ni org lain semua berpusu2 utk ke pejabat, tp aku berlenggang2 kangkung pegi melawat!

 hahahaha feeling ini lah yg sgt precious utk dirasai!! 
(read: walau di mana ku berada, hati ku tetap tertinggal di ofis jua! Like real!!! ;p )

Sebenarnya matlamat misi morning walk pagi ni ialah utk mencari lokasi I AMSTERDAM. I told kak June, "No matter what, kita mesti cari tempat ni. Mesti x jauh ni. Kita wajib posing kat situ!" Maka, being a very nice and understanding friend, kak June pun support lah hajat & impian murni aku tu walaupun kami mmg ala2 clueless arah mana nak mula dituju.

Perjalanan kami pagi ni mmg btol2 mengikut instinct & canals. Hampir setiap simpang kami perlu meyusuri terusan yg berbeza. Since kami keluar awal pagi, jalan / lorong2 pun agak sibuk jugaklah. Tapi the best part is bukan sibuk dgn kereta sgt, tetapi sibuk dgn basikal. Incident hampir nak accident dgn basikal pun ada. Tapi perlu ke nak citer kat sini kan?

Kat Amsterdam ni, kebanyakan org pegi keje naik basikal. Pakai corporat abis, siap high heels / blazer segala tp naik basikal. Bagus habit ni kan? Selain drp mengeluarkan peluh, ianya juga dapat menjimatkan duit petrol, x de traffic jam & mengurangkan air pollution coz x de asap kederaan sgt. 

Soalan Lazim:
Kenapa lah kita x praktikkan macam ni kat Malaysia ye? Ye lah, harga petrol pun ala2 melantun2 naiknya skrg. 

Jawapan saya yg ala2 rasa nak sepuk org yg bertanya itu:
H.E.L.L.O!!! 
U terlupa kot fakta ni?? 
Cuaca kat Amsterdam ni ala2 berbelas2 darjah celcius je, tp suhu kat Msia tu berpuluh2 darjah celcius! Abis kalau dah mengayuh basikal berkilo2 meter gitu, sampai ofis dah tentu2 lah berpeluh ketiak segala. Harus lah bwk beg sebontel jugak mcm nk lari dari umah (utk letak baju + toiletries + make up + deodorant) coz dh nak kena mandi kat ofis before masuk class utk mengajar kan? 

Nak sgt settle kan masalah air pollution di jalanraya tp nnt dok pollute kan udara di dalam kelas / office dgn B.O. yg terover mengancam plak! Kesimpulan nya, saya x berapa setuju lah dgn saranan itu. Sekian, terima kasih. 

Maaf lah kerana jawapan saya agak emo tp saya rasa x praktikal lah. Jalan kaki / naik basikal di sana mmg best. Mmg x berpeluh walaupun matahari memancar. Suhu mmg nyaman je. So mmg logiklah mereka semua opt to cycle to offices. 

Ok sudah2 lah membebel pasal ni coz nnt sure ada yg ckp, "alaa..kalo nak seribu daya!" Jomlah kita tgk apa yg kitaorg jumpa di sepanjang perjalanan kitaorg ni. 

 Tak jauh dari hotel kitaorg, ada kedai cupcake ni. Terus snap pic ni coz aku teringat kat dua org kawan aku yg merupakan bakers yg hebat! Balik Msia je terus aku tagged both of them kat pic ni dlm FB. Ini lah tanda ingatan seorang kawan yg tulus mulus x kira di mana saja ku berada! ;p

Ini canal pertama yg kitaorg lalui pagi ni. Kat sini ada boat house katanya. Mula2 plan nak 
 jugak lah menjengah masuk. Tapi pas tgk betapa sedih  & keciknya boat house tu, terus kitaorg cancel je. Lagi pun masih awal pagi lg, so owner boathouse tu pun ntah2 still berdengkur tarik selimut tebal kot? 

So kami pun teruskan lagi operasi ala2 merentas desa kami sampailah terberenti melangkah. Kenapa? Coz aku terpikat kat tingkap2 ni. Cantiknya contra colors tingkap and dinding ni kan? Suka sgt!

I love these windows!
The Boat House


Perjalanan diteruskan utk mencari I AMSTERDAM. Tak nampak pun bayangnya lagi, tp jauh di sudut hati terdetik mesti tempat tu tak jauh lagi coz kitaorg dah jauh dah berjalan ni! :) Logik kan?

Signboard pun ala2 faham x faham je kan. Naluri merupakan GPS kitaorg masa tu. Kat sini byk museums. Unfortunately, both of us x berapa nak "into-it"sgt lah. So we decided just to snap pictures jek. Lagi pun kitaorg kan ala2 Amazing Race, coz dlm pukul 11am dah nak ke Keukenhof Garden plak. 

Antara museums yg kitaorg sempat "Snap & Go" ialah seperti berikut:


Camno nak pronounce nama museum ni?






Ini plak di antara tempat2 yg kitaorg berehat & melepak kerana penat + clueless. 

Ada satu tempat tu kitaorg mmg duduk kat bangku kat simpang 3 yg sibuk. Lama gak le dok observed perangai and gelagat org2 bz nak ke office sambil berkata" Sure geng2 kita kat Msia tu tgh kelam kabut nak gi ofis skrg kan?" Oppss!!! Sorry ;p


Di persimpangan dilemma

 Akhirnya tempat yg kitaorg cari2 sepanjang pagi ni telah ditemui juga! Syukur Alhamdulillah.  

Tanpa buang masa, kitaorg pun sakan lah berposing sepuas hati coz kaki pun dah naik lenguh semacam. Memang jauh sgt kami berjalan rasanya. 

Kalau boleh nak posing kat celah2 setiap alphabet kaedahnya! Susah gila kot nak cari tempat ni! Hahahaha.. Masa kitaorg smp kat I AMSTERDAM ni ada a group of lelaki and perempuan muda (students kot) from Msia yg bz berposing segala. Eh, kerek btol lah plak, senyum pun tak, inikan plak nak tegur. Perlu ke nak kerek dik oii?



Silalah layan pics ni semua yg kawan2. At least berbaloi lah kami ala2 walkathon mencari tempat ni. Oh ye, kat area ni jugak ada Diamond Exhibition Centre. Tapi as expected, kitaorg x singgah pun. Sorry lah, we ols bukan minah bling bling please! ;p

Oleh kerana kami kesuntukan masa (padahal dh nak tercabut kaki), kami decided to take the tram back to hotel. Harus bergegas mandi segala coz perjalanan hari ni masih panjang lagik.

Patutnya aku singgah sini borong diamond setongkol dua kan?
Kiosk jual air & food yg x halal
Mural yg sgt halus buatannya


Nest time, if naik tram sila stop di station ni
 

Tram station

Aktiviti di depan Grand Palace yg under construction :(
Ini lah bangunan hotel kami





* to be continued










No comments:

Post a Comment