Tuesday, March 6, 2012

Europe Trip (Part 3) Brussel, Belgium (Day 3)

Perjalanan kami diteruskan ke Atomium. This is another outstanding trademark of Belgium. Atomium ni ala2 menara tapi rekabentuk nya unik sgt. Sebelum preparation utk trip ni, aku sebenarnya x pernah tahu pun kewujudan Atomium ni. Hish betapa katak di bawah tempurung nya aku! 

Setiap unit "atom" tu khabarnya merupakan exhibition hall. Atom yg atas sekali yg ada flag tu ialah restaurant. Itu kata org lah, coz aku x berpeluang nak naik ke atas tu pun sbb kami hanya diperuntukkan 5 MINIT utk berposing2 di kawasan ini.

Kerana terlalu excited dan ala2 lupa diri pun ada, kitaorg leka dgn masa. Tak tahu apasal yg jadi taksub sgt dgn Atomium ni.Galak sgt plak berposing ala2 nak wat photoshoot majalah gayanya! Sedar2 semua geng2 bas sekolah, eh silap. Geng2 bas pelancong kitaorg semua dah naik bas, cuma tinggal 2 org awek yg over acting ni and 1 couple pakistan kot  yg blom2 naik bas lagi. Ya Allah, malu btol rasanya masa tu. 

Moral of the story, ini Belgium ok!  Bukan Malaysia. Kalau dah diberi 5 MINIT tu, make sure mmg tepat2 5 MINIT and BUKAN 15 MINIT! Serious, I've learned my lesson. Kelam kabut naik bas and apologized to semua org. Diaorg tak marah pun, cuma kita sendiri lah naik segan buat org lain tunggu. :(

Alang2 dah posing beria2 sgt, meh lah aku letak 3-4 pics of Atomium ni kat sini bagi puas hati! Hahahaha..Itu pun kira oklah kitaorg x golek2 kat padang tu ala2 hindustan tau! 

On the way to Brussels, byk lah jugak bangunan2 yg significant kami nampak. Antaranya yang menarik tapi ala2 out of place ialah Japanese temple (Jgn ingat kat Belgium x de Japanese temple ok) and Chinese Tea House.  Salah satu daripada bangunan di atas tu (aku dh confused ni baca handwriting sendiri yg sgt azab ok dlm notes ni!) adalah hadiah daripada raja kepada permaisurinya. OMG Romantik sgt kan? Sweeettttt sgt!

Tak tahu lah yg ni Japanese Temple ke Japanese Tea House ;p
Dalam pukul 3pm baru kami sampai di Brussels. 

Berdasarkan pembacaan, ada 2 must-do-things kat sini iaitu:

1. Menneken Pies - patung budak lelaki yg sedang buang air kecil dgn
    megahnya

2. Waffle yg katanya paling sedap dlm donia


So jom kita fokus kepada item #1 dulu : Menneken Pies

Sebelum aku bercerita panjang pasal Menneken Pies ni, cuba korang tgk pic kat bawah. Dua benda yang sgt2 berbeza yang berasal dari negara berbeza tp mempunyai nama yg seakan-akan sama! Apa kaitan di antara kedua2 nya? Wallahualam. So, jangan confuse ok? :)

Menneken Pies di Begium

Manneken Pis di Holland












Apa significant nya patung budak kecik ni? 

Memang itu satu soklan yg menarik utk kita tanya. Mula2 aku pun naik blur, perlu ke aku posing dgn patung ni? Agak 18sx lah sgt.Tapi kalau korang nak tahu, berkerumun org tunggu turn nak posing kat sini. Pastu di merata2 tempat di sini, patung ini wujud. Ada plak masa2 tertentu, patung kecik ni akan dipakaikan costume sejak abad ke 15 lagi. Perghh glamer abis!



Mengikut penerangan Annie, the tour guide, ada 2 version cerita tentang patung comel ni.

Version 1 -  Anak kecil ini dianggap sbg hero / wira kerana telah menyelamatkan Brussels daripada kebakaran yg dasat. Dia telah memadamkan api dgn cara membuang air kecil ke atas api itu (dramatic sgt bunyi!). 

Persoalan yg tersekat di benak fikiran aku masa dgr citer tu ialah " Berapa tan plak lah bekalan air kencing yg diperlukan utk memadamkan api dari sebuah kebakaran yg dasat?" Sumpah x logik ok, kecuali lah mmg miracle.

Version 2 - Anak kecil ini telah hilang dari pandangan bapanya. Setelah puas mencari serata alam, dia telah dijumpai ketika sedang membuang air kecil. Mak aiii, lagi lah x significant kalau ini je lah sebab nya kenapa patung ni menjadi kegilaan ramai kan?

So tak tahu lah yg mana satu betul. May be dua2 citer pun x betul. Saja nak propa lebih! ;p Tapi apa yg nyata, si kecil ni ssssssgggggggggggtttt glamor!

Aku: Ok lah snap je lah (dgn muka blur)

K. June: Alang2 dh smp, posing je lah!

Ok now kita meneruskan misi utk item #2 iaitu makan waffle.

Tak payah nak citer panjang lah pasal waffle ni, apa kata korang layan je pics ni semua ok?

Banana Choc & Strawberry. Murah je Euro1 each.
Dah tau x suka manis, beli gak!
Muka puas hati dapat mkn waffle




Since hujan masih renyai2 masa ni, kami just keluar masuk kedai souvenirs je lah. Sempat bersembang dgn sorang chinese lady from Pahang. Dah lama dia duk kat Belgium ni, tapi masih fasih lagi cakap melayu. So, sambil membelek2 souvenirs yg mahal tu, best gak le sembang dgn dia. Memandangkan budget ciput, maka aku hanya beli fridge magnet and piring2 hiasan kecil je sbg souvenirs. 

Baju kuning tu lah Chinese lady from Pahang tu
Cantik2 lace kat sini, tp mahal
Kat Brussels ni pun ada tempat ala2 mcm London 











 





Court, tapi kat sini dipanggil sebagai Galeries Royal St. Hubert. Barang2 kat dlm ni mcm high class jek. Kita je snap pics je, lgsg x masuk ke dlm kedai..Ala2 x mampu je rasanya.

Sepanjang hari di Brussels ni, kitaorg mmg x makan apa2 pun melainkan waffle and secawan hot choc. Nak berjalan punya pasal, sanggup x makan ok. Tapi sebenarnya x lapar sgt pun.

Since it was 1 day trip, mmg letih sgt lah. Naik bas tido je sepanjang jalan. Kami sampai semula di Damrak Street pada jam 9.40pm. Masa tu baru lah mula rasa lapar sgt, so terus singgah beli Chicken Dona set ala2 kebab gitulah. Then, dengan keletihan di tahap maksima, kami pun berjalan balik ke hotel utk berehat. 

Berakhir lah satu hari yang panjang tapi penuh pengalaman baru. Esoknya kami ke Keukenhof garden yg penuh warna warni! Best!




No comments:

Post a Comment