Tuesday, November 13, 2012

Siem Reap Trip - Day 1 Half day trip to Tonle Sep yg penuh emosi

After freshened up ourselves kat hotel, dalam pukul 10.30am kami berangkat ke Tonle Sep menaiki van Ustaz Musa. Nasir pun ada sama bagi memeriahkan trip (padahal Nasir tu punyalah pendiam ;p ). Hati aku berbunga2 rasanya coz pada hari ni segala amanah & sumbangan akan disampaikan terus kepada yg memerlukan. Face to face. Tak de org tengah. 

Jauh jugaklah Tonle Sep ni dari hotel. Utk first timer yg pegi, aku rasa trip memakan masa dlm 30 - 40mins. Tapi kalau dah selalu ulang alik ke sana, surely rasa dekat je. Bak kata abah aku, "On the way pergi ke mana2, pokok2 sumer bagi salam. So kita lambat sikit sampai coz kita kena jawab salam2 tu. Tapi hala balik, pokok2 dah x bg salam dah. So pasal tu lah kita cepat sampai." Tak tahu lah ini mitos ke rekaan dia semata2 ke or mmg hakikatnya begitu.Tapi mmg ini lah yg selalu dia bgtahu pada aku sejak kecik dulu.

Perjalanan kami melalui jalan pekan dan jalan kampung. Cuaca mmg panas sgt. Suhu mencecah 40 celcius. Nampak suasana kering kontang sepanjang jalan. Jalan berdebu2. Mengikut kata Ustaz Musa, April merupakan bulan terpanas di Siem Reap. Oh ye ke? Maka bersedia lah utk ala2 "sun bathing" sepanjang di sini ye. Nasib baik aku bawak topi besar itu!

Tonle Sep tu apa? Special sgt ke? Tonle Sep ni merupakan satu tasik yg sgt luas. Tasik ni pertembungan sungai. Kalau nak tau lebih detail, silalah google k. Aku ni part geografi hampeh sket nak citer lelebih pun. Kat sini ada perkampungan atas rakit  and kebanyakan yg tinggal kat area ni dhaif sgt. Tapi memandangkan aku pegi musim kemarau, so paras air tak lah naik tinggi sangat. In fact kebykan paya yg dipenuhi pokok bunga teratai pun nampak kering je. 

Lotus hidup di tanah gersang

Rumah2 mereka ni mengingatkan aku kpd rumah2 org asli di sepanjang jalan mendaki Cameron Highlands. Mmg super duper basic ala2 pondok tempat tunggu buah durian kat dusun je. Sedih sgt. Tengok je lah scenery di sepanjang perjalanan yg mampu menyentuh emosi. Kalau sesapa yg tak tersentuh tu, konkrit btol hati kamu ye?

Scenery  sepanjang jalan.

Kering.

Sebuah rumah di Tonle Sep. Begini lah rupa kebykan rumah lain pun..

Rumah2 kat sini bertiang tinggi coz masa musim banjir, air akan naik ke paras tiang tu.
Sumpah aku x berani nak jejak sebelah kaki pun ke rumah ni. Takut rumah roboh! :(
Kalau ada pun rumah yg elok sikit, ianya adalah tajaan pihak luar.
Masa aku contact Ustaz Musa via email, mmg specifically aku requested utk menyampaikan sedikit sumbangan kepada masyarakat Islam di area Tonle Sep. Kenapa? Sebab aku dipengaruhi oleh pics yg seorang kawan aku uploaded kat FB. Terusik betul hati tgk betapa susah nya org2 kat Tonle Sep ni. Terima kasih lah Ustaz kerana telah merealisasi kan hajat kami. 

Tiba2 pandangan mata aku tertumpu kepada sebuah masjid yg cantik! Macam out of place pun ada gak. Kawasan sekeliling punya lah dhaif, tetiba ada sebuah masjid yg cantik mcm kat Msia. 

Masjid Ar-Rafee'ah nama diberi


Cantik kan?
Ustaz Musa cakap, kat sini lah perjumpaan akan diadakan di antara ahli2 rombongan kami dgn lebih kurang 50 penduduk Islam Tonle Sep. Tambah membanggakan lagi, rupa2nya owner masjid ini ialah seorang hamba Allah dari Malaysia yg mahu identiti nya dirahsiakan. Alhamdulillah. Nak tgk bahagian dalam masjid ni? Cantik!

Masjid ni baru je siap

Selain tempat beribadat, masjid ni jugak tempat belajar agama
So apa lagi, jom lah angkut kotak2 dan bawak masuk ke dalam masjid. Dah tak sabar rasanya! Kesian diaorg tu tunggu dah lama.

Kotak2 diangkut masuk ke dalam masjid
Penerangan oleh Ustaz Musa dalam bahasa Cambodia.
Pada asal nya kami ingat penyerahan akan dijalankan dalam suasana informal saja. Tapi Ustaz dah planned semua menjadi formal. Aku as ketua kumpulan (tak pasal2 jadi ketua kumpulan ;p) pun telah dijemput utk memberikan sedikit ucapan. Since mereka ni x faham bahasa melayu, so Ustaz Musa jadi interpreter jap.

Bila tgk muka mereka especially the kids, memang hati jadi sayu. Nampak mereka sgt behave walaupun anxious nak tahu apa barang2 yang kami bawa. So sesi bukak kotak pun bermula. Ustaz cakap, kami kena agih2 kan utk mengelakkan daripada terjadi nya episod rebut merebut. Seronok sangat masa ni sebab mereka sangat happy and appreciative! Tgk lah pics ni reaksi mereka especially the kids!

The fun begins!
Sumbangan ikhlas dari rakan2 di Malaysia utk mereka


The kids sgt behave themselves.
Jom distribute buku dulu for the kids


One of my friends tolong distributed pencil color

Pencil color lagi
Masing2 dah seronok dgn buku, pencil color & pencil box masing2

Sedikit cenderata mata daripada pihak univ.

Simpan buku tu elok2 ye. Belajar rajin2!

Instant mee sanggul pun kami bawa.


Meriah sgt suasana masa ni :)

Si kecil ni baru dapat baju baru. Excited nak pakai terus.

Si cilik ni namanya Rista
Sgt sesuai baju niece kawan aku ni utk Rista kan?


Bye Bye Rista!

Comel kan?


Utk golongan perempuan, ada jugak sikit baju2 and tudung utk dipilih.

Penuh sabar.
Alhamdulillah.
Program kami berakhir dalam pukul 1pm. Ringan rasa bahu bila amanah2 org telah selamat ditunaikan. Selepas ni, kami naik cruise menyusuri Tonle Sep di tengah hari buta yg sgt terik cuaca nya!


Note:
Sekiranya ada mana2 pihak yg mahu organize charity program di Siem Reap ni, aku ada beberapa tips utk dikongsi.

  1. Contact Ustaz Musa via email at musasoleh@yahoo.com. Beliau sgt helpful. Bukan sahaja beliau boleh tlg arrange kan program CSR u all, tapi beliau juga ada restaurant makanan Islam di belakang masjid Siem Reap. Ada juga perkhidmatan van & tuk tuk utk disewa.
  2. Daripada observation aku, these people need food supplies. Elok juga if u all bawak cash, then beli beras berkampit2 kat sana utk diagihkan kepada mereka. Selain beras, bahan makanan asas yang lain juga sesuai diberikan.
  3. Sila check cuaca coz di Siem Reap ni kalau panas, panas melampau. Kalau hujan, akan banjir pulak. So pilih musim yg bersesuaian.
  4. Kalau nak bagi baju, diaorg ni majority bersaiz kecil & sederhana. Payah lah nak cari yg bersaiz besar. So make sure u all bawak pakaian yg bersesuaian ok.
Hopefully, experiences dan info yg aku share ni memberi manfaat. InsyaAllah.



Siem Reap Trip - The Hotel

Ok dalam entry kali ni aku nak citer pasal hotel je. Mana lah tahu kot2 info ni semua boleh dibuat reference utk sesiapa yg budget ciput tp nak makan angin ke Siem Reap kan?

Nama hotel ni Im Malis hotel. Rasanya hotel ni setakat 2 stars je kot. Kenapa aku pilih hotel ni? Sebenarnya, ada sorang kawan yg recommend kan hotel ni berdasarkan beberapa faktor. Banyak jugaklah hotels yg aku short listed kan tp nampaknya hotel ni yg paling sesuai. Sebelum aku explain apasal aku pilih hotel ni, jom kita layan pics dulu k.

Front view of the IM Malis hotel. Ignore mamat yg tgh bergayut kat hp tu plis!
Hotel staff yg friendly & accomodating
Kat sini lah meja favorite!

Tempat nak lepak2 depan hotel sementara tunggu tut tut sampai

Our room


Oklah kan?  Ada tv (wpun program dlm bahasa cambodia sumer!) & mini peti ais

Ada internet facility
Our breakfast. Kalau non muslim, boleh lah order daging ke apa.
Kenapa aku pilih hotel ni?

  1. Location yg strategik. Boleh jalan kaki je nak gi Angkor Nite Market & segala nite markets yg dalam almost di 10 lorong berbeza, Pub Street, KFC (Halal), saloon rambut & tempat massage.Tuk tuk pun byk nya melepak2 dpn hotel.  
  2. Harga murah tapi selesa. Hanya USD18 per nite per room (so share dua org per room, sorg USD9 je). Overall mmg selesa. Aircond sejuk. Bilik luas. Ada tv, peti ais. Lagi pun bukan nak memerap dlm hotel, sah2 merayau sakan.
  3. Free Khmer massage di bilik. Part ni mmg best kot!! Sejam massage free di bilik u ols!   
  4. Setiap kali kita balik ke hotel, ada free iced water plus cold wet towels to freshen ourselves. Hotel yg lebih berbintang2 pun kadang2 x de service ni ok?
  5. Internet & wi fi facilities are available. Tp blackberry aku buat hal plak x bleh connect to Wifi. Roommate aku OK je.
  6.  Free tuk tuk service ke airport
  7. Friendly staff yg akan try fulfill apa2 yg kita require, asalkan of course yg x melampaui batas laa..
  8. Free air panas, tea or coffee 3 in 1 and banana 24 hours tersedia kat ruang makan hotel. Siap aku angkut lagi seteko air panas bawak naik bilik.  
So, logik kan kenapa aku pilih hotel ni? Alhamdulillah. Kalau berminat, boleh lah google website hotel ni ye. 

Note: Review ini based on experience aku stay kat hotel tu from 24 -27 April 2012.

Siem Reap Trip - Day 1 (Lcct - Siem Reap Airport)

AK1480 LCCT to Siem Reap

Lepak2 kat airport before depart

Sempat je posing

Alhamdulillah, sampai sudah!!!
Entry ini entry tertunggak! Bukan calang2 punya tertunggak ye. Dah 7 bulan tertunggak! Tapi bak kata pepatah omputih, better late than never, ye tak? :) Statement nak sedapkan hati sendiri.

So flight aku ke Siem Reap was on 24th April 2012 pepagi buta. Departed from LCCT pukul 6.50am. Mmg utk melancarkan urusan, aku dan geng2 dah checked-in via website. Ini satu kemudahan yg x patut kita ignore. Sgt2 membantu coz x perlu lah bersesak2 di airport lagi. Hanya perlu check in luggage saja nanti. As simple as that!

Impian sangat!!!! 

Tidak bersesak2 di airport katanya? Hahahaha...bila pernah lah LCCT tu tak sesak? Ramalan ku sama sekali meleset, so next time jgn underestimate! 

Aku sampai terlambat sikit dari yg lain. Tapi masih byk waktu lagi. Walaupun Subuh pun blom masuk waktu lagi, tp manusia dah padat. Beratur lama jugaklah utk check in luggage. Jgn lupa, kami bukan saja bawak beg2 pakaian, tp jugak berkotak2 barang2 sumbangan. Tak henti2 berdoa dalam hati semoga urusan kami berjalan lancar. Alhamdulillah, tak de apa2 complication di counter AirAsia LCCT. Pastu x henti2 jugak berdoa semoga dipermudahkan urusan di airport Siem Reap nanti. Itu yg paling suspens sekali!

Ok masih awal so sempat lah solat Subuh dulu and makan hot & roll sebelum depart. Cute jugak mamat yg jual hot & roll tu, tp of course baya2 students kitaorg je. Hehehe..borong jugak roti2 from Baker's Cottage utk bekalan. Baru bukak kedai ni coz masa gi London dulu belum wujud lagi. Favorite!! Suka sgt! Berbondot2 membeli, bak kata org..sediakan bekalan sebelum kebuluran ;p

Alhamdulillah flight berlepas as scheduled. Perjalanan pun lancar, I supposed! Sah2 aku tido sepanjang journey coz mengantuk giler. Tak de la episod2 gegaran ke apa, so bravo Mr. Pilot! U've done a great job! We had a smooth 2 hours journey :)

Sampai di Siem Reap masih awal pagi, so kat airport pun masih aman damai. Urusan di immigration counter pun ok tak de masalah. Barang2 kami yg berkotak2 tu pun selamat. Menolak troley ke custom counter sgt suspens. Mmg dalam hati x henti2 berdoa, permudahkanlah urusan kami Ya Allah! Jeng..jeng..jeng!!! Betullah strategy kami utk sampai awal. Syukur sgt coz x de pon pegawai kastam yg counter kastam itu!!!! Diaorg belum sampai le tuh! Thank you Allah!! Urusan airport kami dipermudahkan lagi sekali. 

Posing while waiting for Ustaz Musa to pick us up

Bila semua dah berkumpul kat luar airport tu, masing2 tercari2 hotel representative dgn kad yg tertulis nama kami. Eh, tak de plak. Ok panik jap! Call hotel, rupa2nya ada miscommunication. Diaorg baru nak send rep to pick us up. Nasib baik lah aku buat arrangement utk 2 van. 1 from hotel, another one from Ustaz Musa utk bawa barang2 dlm kotak. Dalam 15 mins, Ustaz Musa sampai bersama En. Nasir. Bincang punya bincang, last2 Ustaz cakap jom semua naik van dia je. Tak pyh lah tunggu van from hotel. Memang nak kena tau hotel ni. Hari tu dlm email bukan main lagi janji manis segala.

Ini lah Ustaz Musa yg byk membantu bg merealisasikan projek ini

Ustaz Musa ni nampak muda kan? Tapi dia bukan calang2 org kat Siem Reap ni tau. Dia Imam besar Sieam Reap & merupakan ketua kaum Muslim di Siem Reap. Sungguh berbesar hati sgt dapat berurusan dgn Ustaz. Finally dapat juga berjumpa selepas hanya communicated via email & sms. Yang paling best, ustaz fasih cakap Melayu! Ustaz cakap dia pernah belajar kat Malaysia and byk kali gak dtg Malaysia.

Maka, off we go to hotel dulu utk check in and berehat. Hotel kami Im Malis Hotel ni letaknya dlm 20 mins drive from the airport. Hotel murah je tp service nya amatlah memuaskan hati. Sepanjang jalan ke hotel tu, riuh rendah lah bersembang dgn Ustaz. Aku rasa pening gak Ustaz nak melayan cerita 8 org Cik2 Kiah ni semua. 

Kiri kanan jalan mmg byk sgt hotels! Ada hotel kecil and byk jugak lah hotel yg grand. Obviously, tourism mmg penting utk Siem Reap. Ada sorg kawan aku yg from Melaka tu cakap, scenery dari airport ke hotel tu mcm jalan2 kat Melaka :) Cuma aku perhati kan, sama mcm Thailand, diaorg naik jenis berasak2 naik kenderaan mcm sardin. Sabar je lah.

Berapa sen tambang agaknya kan?


Ok kita sambung entry pasal hotel lepas ni ok.