Monday, February 11, 2013

Cuti-cuti ke Morib, Selangor

Salam & good day to everyone. 

Mohon maaf banyak2 coz terlalu lama tak update blog. Apart from "bersilat" dgn my busy schedule, kemalasan melanda. Bukan malas apa, cuma malas nak punggah notes utk refresh the details of previous trip to HK & Shenzen. Anyway, utk boost up the motivation, apa kata aku share pasal my short getaway to Morib, Selangor dulu ok? Untung2 pasni sampai lah mood utk update on HK & Shenzen trip tu...;p

The main attraction to Morib, is of course the Morib Gold Coast (MGC). At first, the original plan was to go to Gambang Watercity, Kuantan. Unfortunately, masa tu musim tengkujuh di kawasan pantai timur. So, aku & family diverted our plan to Morib. Tujuan trip ni pun utk entertain the kids, so sesuai lah coz MGC khabarnya ada mini waterpark juga, walaupun tak seluas waterpark Gambang.

As usual as the trip organizer, aku mulalah buat online research baca blogs yg cerita experiences kat MCG ni. So far, reviews nya ok lah. So tanpa buang masa aku buat booking via Agoda.com dengan harapan dapat murah. Tapi since kitaorg pergi tu during peak season, 28-29 Dec 2012, maka mahal jugaklah harganya. So, to those yg nak ke sana make sure jgn pergi during peak season ok because kalau off season boleh dpt harga runtuh dlm RM180 je katanya!!! Kitaorg x de choice, kena byr dlm RM380 ++ tp nasib baik boleh tolak points Agoda.com, so dpt lah murah sket dalam RM362 . Alhamdulillah.

Perjalanan dari Bangi ke Morib mengambil masa dlm sejam. Aku ikut jalan belakang, highway baru yg lengang tp jimat masa. Ada juga lalu kawasan kampung yg meriah dgn stalls buah2an di kiri and kanan jalan. Kalau ikutkan hati mmg nak borong semua buah2an tu. Bila sampai ke pekan Banting, immediately after hospital, ada satu kawasan yg jual kerepek2 yg popular. So kepada yg nak beli kerepek2 yg beranika perisa, bolehlah cari Ros Kerepek. Mmg byk lagi perusahaan kerepek kat area situ tp mata aku tertarik dgn signboard Ros Kerepek yg berwarna merah. Bila dah sampai kat kedai tu, bersedialah utk episod rambang mata nak memilih ye. Tetiber berkobar2 perasaan nak bisnes kerepek!! ;p


Since I was told that the check in time was at 3pm, so kitaorg decided utk lunch dulu. Kami lunch di Sup 88 Utara, yang terletak di jalan ke Pantai Kelanang. To be exact, sup ni kat Taman Sepakat, Kelanang, betul2 opposite sebuah sekolah agama kalau tak silap aku. Memang terbaik sup kat sini! Dua hari berturut2 kitaorg lunch kat gerai ni.


Nasi ayam yg yummy. Nak sedap lg, order lah extra sup ayam.

Bubur nasi ayam

Selepas makan sup, abah and adik aku gi solat Jumaat kat masjid yg betol2 opposite Dataran Morib. Sambil2 tu, boleh aku pusing2 Dataran Morib sambil cari sotong bakar recommended by many people. Byk blogs yg pesan utk rasa sotong bakar kat Dataran Morib ni. Harga RM10 sekotak tp dapat byk helai jugaklah sotong bakar ni. Mmg sambalnya pedas menyengat ditaburi plak dgn serbuk kacang hancur!! Best! Highly recommended!



Sambil2 tu jom jalan2 jap kat Dataran ni..byk perubahan dah Morib ni sekarang. Facilities ok, ada byk kedai2 makan ala2 food court. Ada kawasan budak2 nak berlari2 main layang2. Playground pun ada. Cuma yg x brp best, byk lalat. Nak kata kawasan kotor, tak jugaklah. Tapi mmg ada lalat. Huhuhu..pihak pengurusan perlu buat something to solve this matter. 




Ok lepas tu barulah kami teruskan perjalanan ke MCG. Tak jauh dah from Dataran Morib tu. Cuaca bukan main panas lagi. Kereta pun banyak, tapi nasib baik lah mmg parking spaces nya luas. As expected, keesokan harinya (Sabtu) lagi lah padat and sesak kat MCG ni. 

Lobby hotel ni biasa2 saja. Tapi ada byk sofa utk guests lepak2 and menunggu. Since aku pegi after Christmas, so decoration Christmas pun masih ada lagi kat situ. Satu yg tak berapa berkenan, ada kawasan yg basah2 coz org lalu lalang from waterpark ke lobby. 

Staff kat counter hari tu nampaknya friendly and agak efficient. Proses check in tak lama sgt, aku requested for a waterpark view room. Pakej kami inclusive of 2 waterpark entrance passes for adult and breakfast for 2 pax. Maka yg bawak anak2 tu, kena lah beli tiket asing ok. Sempat jugaklah snap a few pics kat lobby. Ada beberapa kedai disediakan utk menjual snacks, keperluan basic swimming, toiletries, cyber cafe and mainan!!! So tak pyh lah susah2 nak keluar ke pekan Banting untuk mencari keperluan.







Wristband ini perlu dipakai sepanjang menginap di sini


Masa ni the kids dah meronta2 nak gi waterpark terus. Dah tak nak naik ke bilik dah. Tapi untuk memudahkan urusan, eloklah naik ke bilik dulu. Letak beg, tukar baju segala. Lift ada dua je. Kat lift ni pun mmg ramai org basah2 coz diaorg baru balik from the waterpark. Tapi staff hotel memang non-stop dok mop lantai je aku tengok. So tak lah lantai licin and merbahaya. 

Overall aku rasa MCG ni bukan level hotel tp lebih kepada konsep apartment. Kami dapat bilik di tingkat 8. Bilik mmg luas, ada dua katil single and balcony. Basic necessities mmg tersedia seperti TV, mini refrigerator, alatan utk coffee & tea (walaupun tak bagi sudu utk buat air ;p). Toilet luas and the plus point is ada jacuzzi. However, perabot2 dalam bilik aku ni byk yg dah rosak dan tak diperbaiki. Tak sepatutnya jadi mcm ni coz hotel ni kira baru lagi :(



Excuse lah katil bersepah ni. Masa ni dah nak check out. Terlupa nak snap pic earlier.

Najwa Latif rasanya on TV tu.. ;p


Tengoklah contoh kerosakan yg aku mentioned earlier. Kerosakan blind yg menjadi divider di antara bilik dan toilet ini mmg perlu segera dibaiki!


Tak de option, harus cover dgn towel!

Pintu cabinet tv yg dah tertanggal

Sebelum aku terlupa, pastikan korang bawak kompas ye. Percaya atau tidak, arah kiblat tidak ditunjukkan di dalam hotel ini. Mmg sepatutnya ini tak terjadi. Nampak sgt ketidak perihatinan pihak pengurusan terhadap guests beragama Islam.
Tapi yg bestnya ialah ada jacuzzi. Mmg puaslah berendam dalam ni. The kids boleh pegi berendam kat pool bawah, the adults boleh manja2kan diri dalam jacuzzi ;)





Ok jom tengok the view from the balcony plak. Menjerit2 dah the kids time ni. Kalau boleh nak terjun terus dah! 

Oh! Tak dapatlah the kids nak menahan perasaan!

So setelah selesai urusan beli tiket utk the kids, aku decided utk sewa locker. Senang utk letak bag and brg2 supaya tak kena air nnt. Locker agak banyak tapi tidak disusun mengikut turutan angka. Maka, ala2 game show plak nak cari location locker sendiri ;p 






Secara keseluruhan bagi aku waterpark ni kira oklah. Tak besar sgt tapi cukuplah utk buat the kids happy. Policy pakaian pun flexible, tak perlu lengkap berbaju mandi. T shirt pun dibenarkan, unless kita nak naik slide yg bertutup & berpusing2 tu. Yang itu kena pakai pakaian mandi proper utk mengelakkan dari pakaian kita tersangkut semasa menuruni slides. So, layanlah a few pics yg sempat aku snap ni ye.





Kena pakai proper swimming attire kalau nak naik ni



Menjelang waktu maghrib, tetiba ada bau yg busuk from arah laut. Itu yg tak best. Tapi mmg byk blogs yg mentioned pasal bau ni. Mula2 tu pelik jugak lah, tapi lepas tu buat bodoh je. 

Waktu malam, suasana di Morib ni mmg mati. Tak ada apa2. Nak cari tempat makan pun susah. So, no choice kami ke Dataran Morib sekali lagi. Ramai betul org makan kat sini. Tapi aku rasa bukan sebab rasa makanan yang sedap sangat tapi lebih kepada kerana tak de byk pilihan nak ke mana pun. 

Lepas dinner, kami terus balik ke hotel. Lepak2 and tgk tv sebelum tidur. Esok pagi, layan the kids mandi pool lagi sebelum check out at 12noon.

On the way back, singgah lunch kat kedai sup tu sebelum singgah jugak ke Restoran Cendol Haji Ibrahim di tengah2 pekan Banting.

Gitu lah experience aku di MCG & Morib. Hope dapatlah dijadikan reference kepada yang nak bercuti ke sana in the future :)








Sunday, December 9, 2012

What's next? InsyaAllah.









Siem Reap Trip - Restoran HALAL



Based on pengalaman aku semasa buat online research sebelum bercuti ke luar negara, satu perkara yg sangat penting ialah utk dptkan info tentang kedai2 makan yg halal. Tambahan pula kalau nak pegi ke negara yg tak ramai org Muslim kan? So dlm entry kali ni (yg dah tertunda berabad zaman lamanya), aku nak share lah sikit info pasal restaurants halal di Siem Reap.



Lunch hari pertama di Siem Reap, aku makan di restaurant milik Haji Musa. Namanya Muslim Family Restaurant, yg terletak di belakang masjid di Siem Reap. Restaurant ni selesa, ada aircond dan food nya pun sedap. Sesuai dgn citarasa aku. Ramai rombongan pelancong dari Malaysia yg dibawa ke sini oleh tour agents mereka. Agak well known kedai ni aku rasa di kalangan pelancong Malaysia.
Sempat posing bersama Ustaz Musa. Muka cover line kebuluran.
Untuk first day ni, Ustaz Musa sediakan hidangan yg mmg malatops! Segala mcm lauk dihidangkan kepada kami. Mula2 tgk lauk2 tu dah risau dah. Mak datok!! Berapa plak harga nak kena byr ni?? As expected, harga utk hidangan mcm ni, mmg lah agak pricy kan. Tapi mmg berbaloi, coz boleh makan  puas2 so that kenyang smp malam! Kitaorg mkn 8 orang, so sorang byr USD6. Tapi harga semahal ini cuma kalau order food level gala2 mcm kitaorg ni. Utk makanan ala carte pun ada, cthnya nasi goreng or mee goreng. Harganya lebih reasonable.

Ayam goreng rempah. Sedap!

Sambal belacan. Mangkuk ni ala2 x berganjak dari sisi ku ;p

Sotong goreng kunyit

Tomyam campur
Dan ada beberapa lauk lain seperti ikan sweet sour, telur dadar etc. yg aku dah x mampu nak snap pic sebab dah lapar tahap gaban! So kalau korang ke Siem Reap, boleh lah singgah makan kat sini ok.

Satu lagi restaurant masakan melayu (serius ok, mcm makan kat Msia je!) yg sedap dan harga berpatutan ialah D' Wau. D'Wau ni terletak next to Sorphoun Villa (budget hotel). Senang lah kalau sesiapa nak duk hotel ni, coz restoran halal is just infront of the hotel. Restaurant ni lebih sempoi dan berkonsep open air. Tak de aircond tapi ada kipas. Restaurant yg ini pun tak kurang popularnya di kalangan pelancong2 from Malaysia. Highly recommended. Harga sgt reasonable dan rasanya sedap.

Sebahagian menu yg ada
Menu
Kawasan sekitar restaurant D'Wau
Aku order nasi goreng ikan masin.



So cerita pasal pengalaman aku di Siem Reap berakhir di sini. Lama betul aku ambik masa nak complete kan entries psl Siem Reap ni. Terima kasih kepada yg sudi baca ye.

Walaupun entry ini pendek je tapi harap2 nya ianya dapat dijadikan reference ye. InsyaAllah.



Saturday, November 17, 2012

Siem Reap Trip - Day 3. Silk Farm, War Museum & Killing Field


Hari ketiga di Siem Reap. Agenda aku masih penuh. Ada 3 tempat utama yang aku pegi.

  1. Silk Farm 
  2. War Museum
  3. Mini Killing Field

 Kalau ikut logik akal, aku tak sepatutnya lah cramp semua cerita ni dalam satu entry coz akan nampak bercelaru. Tambah awkward coz Silk Farm tu lembut je in nature kan? Tapi War Museum & Mini Killing Field tu horor giler bunyi nya! Tapi memandangkan kitaorg covered sumer tempat ni in one day, so aku pon malas nak buat byk2 entry sgt. Maka para pembaca budiman, korang pasrah je lah baca entry aku kali ni ok? :)


Tuk Tuk yg setia bersama kami berempat di Siem Reap
 Utk mengelakkan kecelaruan emosi, eloklah aku segmentize kan entry ni mengikut subtitle ok? Hope it will ease your reading experience.

1. The Silk Farm

Hari ini kami berjalan berempat lagi satu tuk tuk. Nasir masih setia melayan kami berjalan2. So lepas breakfast kat hotel, kami pun mulakan journey kami ke Silk Farm dulu. Kenapa aku nak pegi Silk Farm? Based on online research aku buat before the trip, tak ramai tourists especially from Malaysia yang visit farm ni. Tapi aku rasa tempat ni akan provide a different exposure and knowledge kepada aku & kawan2. Aku belum pernah lagi pegi ke mana2 silk farm sebelum ni, so mmg curious lah camana lah silk ni dibuat. Bila aku suggest tempat ni kpd kawan2 yg lain, diaorg ikut je. Basically, aku lah mastermind nya ;)

Perjalanan dari hotel ke Silk Farm ni jauh! Lebih jauh dari hotel ke airport. May be ada dlm 45 mins naik tuk tuk. So dapatlah aku tgk scenery di kawasan luar pekan Siem Reap. Nampak rumah2 kampung di kiri kanan jalan. Ada jugak khemah2 kenduri kahwin di dua tiga buah rumah. Lebih kurang je mcm kenduri kahwin di Malaysia. 

Best woo!! Berangan sambil ditiup angin sepoi2!
Pengalaman di Silk Farm ni sgt menarik. Kami sampai je di pintu utama, terus disapa oleh seorang staff lelaki. Dialah tour guide kami yang akan membawa kami tour ke seluruh silk farm ni. English nya OK, so x de masalah communication lah. Silk Farm ni entrance nya free, cuma kita bagi lah tips to the tour guide sbg tanda terima kasih.

Utk cerita pengalaman kat sini, sila refer pics yg byk2 kat bawah ni ok. Kali ni rekod bergambar aku sgt lah lengkap, pendek kata I didn't miss a thing, except lupa nak snap pic tour guide tuh! Eh, perlu ke kan? Hehe..
Tak tahu lah apasal aku snap semua pics, feeling2 host Majalah 3 kot? ;p


Ini ialah sejenis pokok beri. Daun ni lah makanan favorite ulat sutera tuh!
Daun2 beri ni dihidangkan utk santapan ulat2 sutera dlm konsep "Nasi Ambang" a.k.a. mkn dalam talam ;p
Bila dah kenyang kebuntat, ulat2 akan transformed menjadi mcm ni & produce kapas2 yg banyak
Selepas ulat2 tu semua kenyang dan gembira, mereka akan menghasilkan kapas2 putih macam dalam pic di atas. Kapas2 putih tu nanti lah akan diasingkan daripada selaput kuning, dan diproses menjadi benang sutera. Actually, selaput kuning tu pun akan dijadikan benang sutera jugak. So benang from kapas putih lebih mahal & lembut daripada benang from selaput kuning. Magik kan?


Ini bukan deco ye, tapi bila letak ulat2 ni atas benda ni, lebih byk kapas akan terhasil
Agak geli jugak lah tgk byk sgt ulat dalam bilik ni!



Pastu selaput2 kuning ni pun dijemur
OK dah faham camana proses ulat sutera produce kapas2 putih? Next, kami dibawa ke bahagian membuat benang sutera daripada kapas2 putih & selaput kuning tu pulak. Banyak gak proses nya. Sempat jugak kitaorg sentuh benang kapas ni, memang lah sgt teguh ok! Tak putus!! Pas aku tgk proses nak produce kain sutera ni step by step, baru lah aku faham kenapa lah harga sutera asli ni mahal. Mmg renyah membuatnya!

Jom masuk utk tengok apa ada kat dalam.
Selaput kuning benang sutera kasar, kapas putih jadi benang halus
Yg berpintal ni ialah benang drp kapas putih tadi

Benang diwarnakan merah or apa2 color yang diperlukan

Benang berselirat menghubungi mesin ni ke mesin besar 
Pic ni lebih sesuai utk gambarkan apa yg aku try to explain kat caption pic atas ;)

Nampak staff yang bekerja kat sini mmg dah cekap sgt. Macam senang je diaorg buat keje. Padahal benang berselirat menghubungi dari satu mesin ke mesin yang lain.Berselirat mcm pancaran laser. 

Ok masa ni aku terbayang mcmana Catherine Zeta Jones duk melentuk2 kan diri utk melepasi pancaran laser dalam filem apa ntah. Lupa plak title movie tu. Mesti korang tertanya2, apa kena mengena plak scene tu? Tapi mmg itulah analogy paling sesuai aku nak describe betapa berselirat halusnya benang2 tu.

Zaman moden ni, mereka dah gunakan pewarna moden. Tapi zaman dulu, semua warna terhasil naturally. Impressed betul aku bila figured out benda2 di bawah ni boleh mengeluarkan warna2 yg cantik sangat! Moral of the story, jgn underestimate!

Kayu pokok nangka = kuning
Serpihan kayu, buah hutan


Apart from bahan2 tumbuhan, rupa2 nya besi karat pun mampu hasilkan warna2 yg mengancam ye! Memang tak pernah aku terfikir plak pasal benda ni. Hebat discovery orang dulu2.

Besi karat = Merah Pink

Sabut kelapa = Coklat

Morning glory flower = Purple
Selepas dah pilih color benang apa yg diperlukan, proses seterusnya ialah menenun. Aiyoh, bagi aku keje ini sgt stressful. Seratus kali lebih stressful drp jadi lecturer! Lain mcm level of multitasking nya ok! Kaki tangan semua kena gerak, at the same time kena fokus utk pastikan design accurate and benang2 yg berselirat itu tidak bergumpal!! Ok sumpah, kalau aku apply keje sini, mmg tak kan dapat kot. Kesabaran pekerja2 sini mmg berada pada tahap tertinggi. If hanya satu benang tersilap tenun, abiskan quality kain sutera itu. Rejected! Sure sedih!! I think that was why staff diaorg ni mahal dgn senyuman. Terlebih fokus katanya ;p

Memang halus tenunan nya
Hasil tenunan pekerja di sini dapat dilihat di Exhibition Hall. Memang menakjubkan! Especially gaun pengantin di bawah ni. Sutera asli gaun ni. Ada yg interested nak tempah? Haruslah wedding korang nnt akan jadi Wedding of the Year!

Gaun pengantin sutera
Pakaian penari2 Aspara

Penari2 Aspara wanna be ;p
 Sapa2 yg berminat nak beli sutera, boleh beli kat sini. Tapi kitaorg satu apa pun x beli! Mahal!! Tapi Artisan Silk Farm ni mmg yang terbaiklah di Siem Reap. So if korang berhajat nak borong sutera yg mmg pure, kat sini lah port nya.



2. War Museum

 Sebenarnya War Museum tak masuk dalam agenda asal for the day. Tapi bila dah nampak signage tepi jalan, so why not singgah je. Bak kata orang, alang2 dah sampai kan? War Museum ni sunyi sepi je masa kitaorg datang. May be bcoz of off season so x ramai tourists. War Museum ni ada entrance fee. Tak ingat lah berapa kena double check balik. May be dlm USD5 kot. Tak sure. 

Selamat datang!
Worth it ke nak pegi sini? 

War Museum ni mempunyai artifacts and content yg menarik dan tinggi value nya. Unfortunately, tempat ini tak diselenggarakan dgn baik. Memang macam hangat2 taik ayam je diaorg ada kan tempat ni. Senang betul keje kalau setakat nak lambak kan aje kereta kebal, meriam2, helikopter tanpa maintenance yang rapi. Information counter ada, tapi brochures tak ada. Serious macam hidup segan, mati tak mau. Kalau management improve kan ambience tempat ni, mesti lagi ramai tourists akan datang. 

Conclusion aku, personally aku rasa kalau kena bayar, macam tak worth it kot. Bila bayar, of course expectation aku jadi lebih tinggi! Hopefully, management akan improve kan lagi museum ni in the future.

Anyway, layan lah pics yg aku sempat snap ni ye. 

Salah satu meriam yg dipamerkan. Serious, byk giler meriam!!!
Kereta kebal yg digunakan pada zaman perang
Lagi kereta kebal. Macam2 jenis kereta kebal ada!
Salah satu scene dlm citer Airwolf! ;p
Tetiba teringat citer Bukit Kepong
Ni bukan lemang tau!

Barisan senjata
Set Corelle, Noritake etc.

Sedih! Emo aku tgk pic ni!
Jasa perwira cilik
Masa aku melawat museum ni, aku mmg terbayang description perang seperti yang aku baca dalam novel First They Killed My Father tu. So, touching jugaklah perasaan masa tu. Mungkin begini lah jugak keadaan negara kita pada zaman penjajah. Ini lah jugak experience yg arwah atok aku (polis) kena hadapi. Bersyukur sgt di atas keamanan & kebebasan yang kita kecapi sekarang. Tanpa pengorbanan mereka dulu, tak tau lah apa jadi pada kita. (Mode: Insaf)


3. Mini Killing Field

Misi hari ketiga diteruskan lagi. Kali ni kami dibawa ke Mini Killing Field. Kenapa plak mini? Sebab Killing Field yang besar terletak di Phnom Penh. Kat sana lebih menarik, ada penjara, terowong rahsia segala, katanya. Kat sini hanyalah ada sebuah ruang berkaca yg menempatkan segala serpihan tengkorak & tulang2 manusia yang telah dibunuh. Sebelum ruang berkaca tu dibina, tulang2 dan tengkorak tu bersepah2 di tanah saja. Sabar je lah.

Gambar2 mangsa pembunuhan

Info2 pasal mangsa

Korang nampak tak apa yg ada kat dalam ruang kaca tuh??

Bahagian sana tengkorak, bahagian sini tulang2.

So basically, ini lah berakhirnya agenda kami untuk hari ketiga. Aku sgt berpuas hati coz selama beberapa bulan hanya duk baca pasal tempat2 ni via internet, finally berjaya juga menjejakkan kaki ke sini. Banyak pengalaman and knowledge baru yg aku acquired sepanjang trip ni. Tapi mcm biasalah, sejauh mana pun aku pegi, tak kan ada tempat yang sama macam tanah tumpah darah sendiri. 

Hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri. 
Camana best pun tempat orang, hati tetap sentiasa di sini.



Kami sempat posing bersama Nasir sebelum say Good Bye :)
Terima kasih banyak kerana sudi baca sampai habis. Harap2 nya tak de lah yg menghadapi kecelaruan emosi lepas baca entry ni ok?


 Next entry: Restoran makanan halal di Siem Reap. InsyaAllah.