Thursday, November 15, 2012

Siem Reap Trip - Day 2. Jelajah Angkor Wat

Hari kedua aku di Siem Reap lebih adventure & menarik. So entry kali ni mmg panjang coz aku plan nak cramp kan semua citer pasal experience aku di Angkor Wat dlm satu entry saja. Hopefully, masih ada yg sudi baca ye.

Obviously, tarikan utama pelancong datang ke Siem Reap ni ialah the Angkor Wat itself. Angkor Wat ni kiranya mcm satu area yg bukan saja penting dari aspek keagamaan bagi kaum Hindu, tapi yang lebih aku tertarik ialah seni binanya. Ianya telah dibina sejak beratus2 tahun dahulu. Kagum coz zaman tu bukan nya ada jentera2 nak angkut segala batu ni semua. Bukan juga ada alat2 canggih nak mengukir di dinding dengan penuh detailed and accurate sekali. Camana diaorg buat yek?

Terus terang lah aku cakap, pada asal nya aku mmg x berminat pun nak gi visit Angkor Wat ni. Tapi bila dah plan nak pegi ramai2 ke Siem Reap, aku mula lah surf internet sket2 utk korek2 citer pasal pengalaman org lain ke Angkor Wat. Tanya2 experience kawan2 yg dah datang sini. Belek2 buku berkenaan Angkor Wat. Menarik juga rupanya. At least, it is something different. Tak lah asyik shopping je agenda nya kan? ;p

Untuk make sure korang dapat maximize kan peluang nak visit Angkor Wat ni, korang kena pastikan korang melawat Angkor Wat pada masa2 berikut:
  1. Masa sunrise - Aku pegi!!!
  2. Masa sunset - Aku x pegi. Aku pegi massage ;p

Korang akan dapat capture scenery yg sgt2 cantik, coz time ni lah paling cantik suasana di Angkor Wat. Betul lah seperti apa yg kawan aku cakap, "Se gah mana pun hasil binaan manusia, ianya still nampak kaku tanpa dihiasi matahari ciptaan Allah." Aku sokong 200%!!

Hari kedua kami bermula awal pagi, sejurus selepas Subuh! Subuh kat sana awal, dlm pukul 5am mcm tuh. Utk impak yg lebih adventure (read: lebih murah), kami berangkat ke Angkor Wat menaiki tuk tuk. So ada 2 buah tuk tuk lah utk angkut kami 8 orang. Aku dan 3 org lagi kawan Muslim pilih Nasir sbg our tour guide. Senang sikit nak arrange tempat mkn halal & susun itinerary of the day. Another 4 friends tu non muslim. So mesti diaorg nak lepak lama2 kat each Angkor kan. Kita pun faham lah coz ini kan tempat suci bagi diaorg. Bagi kitaorg group muslim ni, kitaorg amalkan konsep "Snap & Go" je..Janji sampai ke tempat tuh, pose sana sini sket, snap pics apa yg patut, then off we go. All the best to Nasir yg nak melayan kerenah kitaorg.

Bayangkan suasana masih gelap gelita, tapi kitaorg dah meredah embun pagi. Masa ni aku feeling mcm nak pegi menoreh getah pun ada gak! Perjalanan jauh ok, dlm 30 - 40 mins kot. Tapi jangan takut lah, coz memag melambak2 tuk tuk nak ke sana di subuh2 hari tu. Jalan pun dah mula sibuk. Kalau korang bertolak dalam pukul 4am, eloklah bawak torch light bersama ye.

With Sue, roommate yg stylo & best!

Ticket counter. Dah ramai tourists wpun gelap lagi.
Ada pic ye pd ticket USD20 tu. Muka toya lah coz zzzz..
Sampai aje kat ticket counter, cepat2 lah beli ticket ye. Ada beberapa category ticket, tapi kami pilih One Day Pass je. Kena ambik pic on the spot. Ticket ni kena simpan elok2 jgn hilangkan through out the visit dalam Angkor Wat zone ni coz ada org yg akan check ticket from one area to another.

Pas ambik ticket tu, jauh jugak lah perjalanan naik tuk tuk masuk ke dalam kawasan yg penuh dgn pokok2 besar. Sejuk & nyaman jek. Best naik tuk tuk, fresh air!! Bunyi2 cengkerik memeriahkan suasana. Bunyi cengkerik je, bukan bunyi2 pelik yg lain!! Jgn tinggi sgt imaginasi tu ok?

Cantik kan sunrise?

Panorama dari atas tuk tuk

Mentari Merah di Ufuk Timur, bak kata Amy Search

Kualiti pic x bagus, faham2 lah coz aku guna camera lama je..



Nasir tinggalkan kami kat area utama Angkor Wat tu. This is the best place to witness sunrise. Btol lah apa yg Nasir cakap tu coz dah kelihatan ramai manusia berpusu2 kat area tu. Mula2 tu ala2 blur jugak bila Nasir cakap after a few hours nanti dia dtg to pick us up. Mak aiii...apa nak buat lama2 sgt kat sini? So tanpa melengahkan masa, jom lah kita ikut je org2 semua ni berjalan masuk ke komplek Angkor Wat. Bak kata org, masuk kandang kambing mengembek..

Jom kita tgk apa yg ada kat dalam tuh?

Berduyun2 manusia dah mula berkumpul kat satu area ni. Masing2 dgn camera yg canggih segala. Area tu berhadapan sebuah kolam and Angkor Wat tersegam megah di sebelah sinun. Oooohhh.. kat sini lah spot nak tgk sunrise! Mmg cantik lah ambik pic sunrise from this angle. Most of the pics published / postcards mmg konpem ada gambar scenery sunrise kat sini.


Mereka berkumpul kat area ni sejak suasana masih gelap lagi

Sebahagian daripada saksi2 sunrise pada pagi itu
Cantik nya ciptaan Allah!

Ini lah scenery yg mereka nak saksi kan







Tak tahu lah brp ratus pics diaorg snap dari suasana gelap smp lah terang. Look at the reflection in the water!
Tapi aku dgn geng2 tuk tuk aku ni tak lah se fanatik mereka tu semua (Read: Since camera pun camera lama, mana lah sekufu nak lepak2 dgn camera2 canggih tu sumer? hehehe..). Kami decided not to join the group yg bersesak2 tu. Agenda kami masa tu ialah posing2 di kawasan sekitar. So obviously lah korang tahu bahawa gambar2 cantik sunrise di atas confirm lah bukan dari camera lama aku. Gambar2 cantik tu semua were captured by one of my friends yg naik another tuk tuk. Dia ada camera canggih sebab tu cantik2 belaka pics nya :)

Posing aje lah keje, apa nak buat lagi kan?
Kat sini pun ramai org melepak2 posing2

Hot air balloon pun ada. Tapi x confident le plak nak naik :)
Byk org jual2 topi, cenderamata, novels, air etc kat kawasan ni. Aku beli postcards & novel pasal Khmer Rouge Regime
Pas dah puas posing2 kat bahagian luar tu, kami pun teruskan perjalanan to the main building. Nak tgk jugaklah apa ada kat dalam tu yek?Berduyun2 sangat org masuk. Curious lah pulak!


Penerangan pasal Angkor Wat

Aku mmg paling menyampah bila aku visit a place yg tgh dalam renovation :(

Tangga utk naik ke main building

View dari dalam building utama ke luar
Basically kat bahagian dalam bangunan utama ni gelap and suram. Byk anak2 tangga kecil2 and lorong2 kecil menghala ke beberapa bahagian terpencil. Pendek kata, jangan lah leka & elakkan lah dari tersesat or terpisah daripada geng masing2. Bila tersesat, kita pun x tahu nak mengadu pada siapa. Information counter mcm x wujud je. Staff yg bertugas pun tak tahu yg mana. Cuma yg kelihatan hanyalah tour guides & ahli2 rombongan saja. Language barrier sgt lah membataskan communication kami di sini. Kalau boleh, make sure semua ahli rombongan subscribe roaming service. At least, kalau terpisah pun, masih boleh call each other.

Ada a few tempat2 menarik di bahagian dalam bangunan ni yg sempat aku captured. Layan pics lah ye coz nak terangkan fungsi area2 ni pun aku tak sure. Tak de apa2 signages pun. Kalau berminat, boleh lah beli buku2 bergambar tentang Angkor Wat. Explanation nya mmg sgt detailed. 

Ukiran awek2 sexy ni mmg sgt popular & berleluasa di sekitar area ni.
Sekodeng "dayang-dayang" sexy ;p

Binaan ni terdapat di bahagian atas bangunan utama. Ada satu kawasan terbuka kat situ.

Salah satu tempat favorite aku

Kenapa aku suka? Ntah lah, may be coz ada unsur2 Rome gitu! ;P




Selepas lepak kat bahagian dalam, kitaorg pun keluar. Ya Allah masa ni matahari memang terik sangat! Perjalanan menuju kat tempat Nasir tinggalkan kami tu umpama sesi sauna semulajadi! Habis lencun baju ok! Oh ya, jgn lupa bawa bekalan air mineral, wet tisu dan tisu biasa secukupnya kalau pegi ke sini during musim panas. Topi besar jugak perlu especially kepada yang feeling ala2 puteri lilin!

Fantastic Four
Masa ini group kami yg 8 org tu memang dah terpisah kepada 2 groups. Ada jugak lah kami terserempak dgn each other tapi group aku decided to call up Nasir and get him to take us to other areas plak. Seperti yg aku explain earlier, group aku ni berpegang kepada tema "Snap & Go" bak kata orang, janji sampai sudah lah!!! hehehehe...

So Nasir pun bawak lah kami naik tuk tuk dia ke kawasan lain yg menarik di dalam kompleks Angkor Wat ni. Sorry yek coz aku mmg x  sempat nak jot down nama each tempat, so tak dapat lah nak bagi detailed explanation. 
Sebelum terlupa, aku kena remindkan kepada korang yg berminat nak dtg sini especially dlm musim panas, jgn lupa bawak face mask ok. Jalan kat sini sgt lah berdebu! Pendek kata, mmg through out the day muka kitaorg sentiasa ber-mineral-powder gitu!!! Bertepek2 lah debu di muka ku sambil menutup liang pori2 umpama simen konkrit!! Part ni, I don't like!Sebab tu, face mask plus wet tissue perlu ada. 
Dah mcm belacan dah muka aku masa ni. Room mate aku menten stylo, as usual!


Deretan patung2 tanpa tangan (kena pancung) ni sgt lah popular

Kuil ni pun poluar gak tp x tahu apa nama ntah?

Pintu gerbang ni ada ukiran muka orang yg popular jugak!

The Elephant Terrace -  ukiran dah sgt faded
Bila aku dah sampai ke tempat2 popular kat kompleks ni, aku realized that ukiran2 dalam pics yg dah published dalam buku2 / website tu kebanyakannya telah di photoshop kan!! Fakta atau auta? Kenapa aku cakap mcm tu? Coz ukiran2 dalam buku bukan main jelas lagi kelihatan, padahal in real life mostly mmg dah usang sangat. Contohnya The Elephant Terrace ni. Kalau Nasir x bagitahu yg ini lah The Elephant Terrace, mmg aku x perasan langsung lah! So usaha2 utk preserve bangunan2 ni sgt lah perlu. Cuma kalau boleh, jangan lah nak renovate time aku visit ye ;)

Lagi satu tempat yg ala2 wajib visit ialah location shooting movie Tomb Raider. Kat sini, boleh lah posing sakan feeling2 Lara Croft menyelit2 di celah akar besar! Persoalannya, muat ke nak selit tu? Hehehehe...Kawasan ni lain sikit lah coz keistimewaannya mmg pada akar2 besar yang menjalar. Scary pulak tengok akar2 besar mencengkam bangunan sampai nak runtuh structure bangunan tuh! Kat sini scenery nya semulajadi sgt unik. Cuma yg x best nya, penuh dgn kawasan kerja2 pembaikpulihan. Cacat sikit lah permandangan ku. Layan pics kat bawah ni ok.

 



Scary kan pokok ni? Akar nya kuat & besar sgt!


Ini lah tempat shooting tu, tp x best coz dah ada platform. Tak real laa..

Tak lama lagi, ada possibilities boleh tercabut rumah ni ditarik akar!


Unik!

Pokok atas bumbung?



Rasanya most of the popular spots kat sini aku dah covered. Best pengalaman kat sini. Sampai lupa nak makan! Tapi ada satu tempat yg aku teringin nak pegi tapi x kesampaian. Ada satu area kat sini boleh dengar dengupan jantung kita dgn kuat! Kalau kita tepuk dada, mmg akan bergema dengupan jantung kita. Ajaib kan? So nnt kalau ada sesapa nak pegi Angkor Wat, jgn lupa cari tempat tu ok. Katanya jauh ke dalam lagi kawasan tu..

Harap2 apa yang saya kongsi kan dalam blog ni dapatlah berikan sedikit gambaran tentang keadaan kat sana. At least korang tahu what to expect. 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melayan saya membebel panjang2 mcm ini.










Wednesday, November 14, 2012

Siem Reap Trip - Day 1. Tonle Sep Cruise


Sementara tgh ada mood nak update ni, eloklah aku teruskan je effort utk update. Takut pulak kalau stop, mau ambik masa berbulan2 plak lagi nak sambung cerita. Padahal byk lagi experiences nak cerita ni.

Ok pas selesai urusan di Masjid Ar-Rafee'ah tu, kami mintak tolong Nasir (masa ni Ustaz Musa x ikut. Dia mintak tlg Nasir bawak kami jalan2) bawa kami ke jeti. Dah alang2 sampai ke Tonle Sep, x kan lah x nak naik cruise menyusuri tasik kan? Ala2 x complete lah trip. 

Jeti utk naik boat
Masa kami sampai kat kawasan jeti tu, mmg suasana lengang je. Langsung tak ramai orang. Ini musim kemarau so x de sapa lah yg nak naik cruise tghari buta mcm kitaorg ni! Serious ok, kalau ikutkan perangai mengada2 feeling puteri lilin aku ni, mmg aku pun x nak naik cruise tuh. Tapi dgn semangat setia kawan yg menebal (cehwahhh) aku gagahkan jua kaki ku ini. Tiket brp USD ye? Tak ingat le plak part ni. Tapi x mahal sgt lah rasanya. The best part, kitaorg dpt conquer satu boat. Yeayy...

Curam tahap gaban!
Lepas settle urusan beli tiket, kami pun terus ke boat. Makdatuk!!! Curamnya jambatan ni!!!! Gayat jugak lah nak turun. Cuak takut kasut licin. Tapi lega coz x de incident jatuh2 manja terjadi. Masa ni dah terdetik dlm hati aku. Hanya org2 yg cekal hati je akan naik cruise time kemarau macam ni! Terus aku feeling2 boleh masuk Amazing Race next year! Perasan!! ;p

Oh ye, masa ni akan ada photographer yg akan snap pics kita. Make sure korang pose sehabis comel lah ye. Jgn buat muka toya walaupun cuaca panas membara coz nanti pas abis naik cruise, dia akan dtg pada kita dgn pics tu sumer. Ada yg letak dlm frame, dlm piring etc. Beli lah utk kenang2an.

Ini lah boat kami
It was all ours!


Nampak tak jambatan curam tadi yg color putih tu?

Mamat tour guide kami ni slang English nya sgt lah hebat! "I learned English from tourists," katanya.
Since masa tu musim kemarau, paras air sgt lah cetek. Pergerakan boat pun jadi ala2 tersangkut2, so ini melambatkan journey kami. Tapi baru terdetik dalam hati nak komplen macam2, aku terpandang beberapa lelaki yg cuba mencari rezeki dalam keadaan kemarau seperti ini. Automatik aku insaf sekejap. Apa lah sgt dugaan mengharungi tasik naik boat di musim kemarau berbanding dgn terpaksa memetik lotus or menjala ikan seperti mereka di dalam pics ini??


Mencari rezeki menyara family

Air hanyalah paras peha saja. Ada ke ikan utk dijala?

Air paras atas sikit je dari buku lali. Apa lah agaknya anak2 dia nk makan hari ni?
Makin jauh perjalanan ke tengah tasik, paras air semakin tinggi. Aku dapat lihat lebih byk rumah rakit, kedai runcit terapung, pasar ikan, sekolah, gudang barang2 sumbangan orang ramai etc. Besar sungguh lah Tonle Sep ni. Tapi kerana cuaca panas sgt, aku x nampak pulak kelibat lelaki yg tiada tangan menaiki besen di kawasan tasik. Aku pernah nampak gambar lelaki tu dalam album FB kawan aku. Kesiannya kan? Sebenarnya kan, aku x enjoy sgt lah cruise ni coz mata aku pedih dimasuki peluh sendiri. Sabar je lah.


Pasar Ikan
Kalau dah namanya pun pasar, harus lah meriah!

Tiba2 aku terbau hanyir yg agak kuat. Nampak plak beberapa sampan "parking" dan gerai2 di tebing sungai. Oh, rupa2 nya kat sini lah pasar ikan Tonle Sep. Nelayan & peraih akan bertemu di sini utk urusan jual beli ikan etc. Kami x singgah pun, setakat lalu saja. 
Kedai runcit terapung

Pusat pengumpulan barang2 sumbangan
Di antara brg2 yg aku nampak terkumpul di sini spt beras & lain2 keperluan asas

Rumah2 di pinggir pasar ikan

Scenery di tengah2 tasik Tonle Sep
Ada sebuah sekolah kat tengah2 tasik ni. Tapi kami x singgah lah sebab semua barang2 sumbangan telah kami distributed di masjid tadi. Kemudian bot berhenti kat Crocodile Farm. Eeeii..x berkenan betul lah aku tempat ni. Aku mmg x brp fancy sgt haiwan2 nie, especially lah buaya! Tapi turun je lah coz dah alang2 sampai tu kan. Tak kan aku nak duduk sorang2 dlm bot kot? 


Bagi aku, kalau x singgah pun x rugi kot? Tak semenggah je aku tgk tmpt ni.

Terdapat le beberapa ekor buaya mandi manda...



..And beberapa ekor lagi asyik ber sun bathing!
Ada satu restaurant TAK HALAL kat sini

Souvenirs byk jugak dijual. Tapi JGN beli kat sini coz mahal!

Ada juga si cilik berposing manja dgn ular nya

Part si kenit ni berposing dgn ular ni lagi lah aku tak berkenan!! Sapa nak snap pic dgn dia + ular dia, kena byr USD1. Mak aiii..senang btul cari duit. USD plak tuh!! Bayangkan kalau musim ramai tourists, sah2 USD100 pun dia boleh earn dlm masa sehari. Ko mampu??? ;p

Basically itu je lah yg ada kat tasik Tonle Sep ni. Kitaorg dah kepenatan ya amat plus kelaparan!! Serious lapar coz kitaorg x makan apa2 lagi since Subuh tadi di LCCT!! Jam dah nak masuk pukul 2pm, so kami decided to skip sebyk tempat yg boleh along the cruise. Sudah2 lah tu, kami nak balik makan. Lapar + panas sampai sakit kepala. 

Pesanan Penaja. Oh My English!!!


Note:

Kalau nak naik cruise, sillalah jgn naik di waktu kemarau sebab:
  1. Cuaca bukan je terlalu panas
  2. Paras air jugak cetek. 
Selain itu, pastikan korang ...
  1. Sediakan duit kecil utk tip "kapten" boat + tour guide + nak bagi USD1 kat si cilik dan ularnya ;)
  2. Bawa lah bekalan air mineral, kipas tangan & roti ke apa2 utk dikunyah