Cerita ini cerita basi. Mana nya tak basi kan, dah nak setahun berlalu. Asyik duk tertangguh je effort nak update pasal trip ni. So hopefully, hasrat nak documentkan pengalaman ke HK & Shenzen ni berjaya lah soon.
Trip kali ni mmg ramai ahli rombongannya; 12 adults plus 3 kids (4-5 yrs old). Bayangkanlah betapa meriahnya kami. Anchors utk trip ni ialah my cousin, Abby & myself. Abby settled hal2 booking of tickets, tour packages segala dan aku plak handle research & ground itinerary. Kami mmg tak terima bulat2 je apa program yg dah disediakan dlm tour package tu, kitaorg rombak according to our needs & preferences. Ada benda yg kitaorg skipped and ada benda yg kitaorg added. Yg penting, kita semua....ENJOY!!!
Partners in crime! |
The kids were so excited since a few months prior to the trip itself. Nak pegi Disneyland Hong Kong lah katakan..But since kitaorg planned ni ala2 setahun lebih awal, so diaorg dh mcm putus asa pun ada. Berikut ialah soklan2 cepu emas from the kids yang dah tak kuasa aku nak menjawab nya ;p
"Betul ke nak pegi Disneyland ni? Tak pegi2 pun? Lamanya baru boleh pegi? Penat lah nak tunggu, lama lagi ke ni?"
The trip was conducted during hari raya puasa month. Biasalah family aku ni mmg kalo buat oversea trip je, mesti dalam waktu raya. Kenapa? Coz masa ni je ramai yg boleh ambik cuti lama sket. So, konsep berhari raya di perantauan masih lagi disambung dlm episod pengembaraan kami kali ni.
On 22 August 2012 tu, flight kami pagi dalam pukul 7am. At first, risau jugaklah, boleh ke si kenit tiga orang ni bangun pagi buta utk ke airport. Tak meragam ke diaorg? Hmm, tapi kalau dah namanya nak gi naik kapal terbang, semua tak de problem langsung nak bangun pagi & mandi! Langsung tak bad mood!
Setelah semua ahli rombongan berkumpul di LCCT, aku yg feeling2 mcm pegawai imigresen ni telah collect semua passport utk memudahkan urusan. Kami check in serentak dgn harapan dapatlah seats yg berdekatan di antara satu sama lain. Paling risau ialah of course, the kids. Unfortunately, seats kami agak random, so I had to reshuffle the seats, utk bagi priority kepada the kids. Utk adults ni x kisah lah kalo x dpt duduk dgn partner kan, tp the kids must be together at least dgn abah, mama, wan or atuknya.
"Pegawai Imigiresen x bertauliah in action!" |
Pas semua urusan airport selesai, kami pun berjumpalah dgn tour guide kami ni. Sepanjang trip ni kami ada dua org tour guides. Di Hong Kong, tour guide kami lelaki, Raymond namanya. Di Shenzen pulak tour guide kami perempuan, lebih friendly and fun! Nama apa yek? Lupa le plak...
First thing lepas naik atas bas, aku terus iron out itinerary kami sepanjang trip ni dengan Raymond. Jenuh jugaklah nak negotiate coz dia kalau boleh nak stick to the original plan. Tapi as customers, we have the right to request the plan to fit according to our requirements. Kami x kisah lah kalau kena add sikit duit, janji trip kali ini berbaloi.
Mula2 Raymond bawak kami ke Avenue of Stars, kat tepi laut. Tempat ni ala2 mcm yg kat LA tu. Location wise, mmg kat HK ni lagi strategik lah tempatnya berbanding dgn hanya di kaki2 lima jalan je kat Hollywood tu kan? Kalau rajin, boleh lah menapak sampai ke hujung sinun mencari nama2 artis favorite pada bintang2. Yang famos2 sah2 lah diletakkan jauh so that orang take the effort utk menjelajah ke semua kawasan kan? Tapi aku ala2 tak kuasa lah, so just snap pic yg penting2 je lah. Janji dah sampai tempat ni!
Kalau malam ada laser show kat sini. |
Wan2 & cucu2 mereka |
Beratur nak snap pic kat benda ni ;p |
Kami sempat jugak menyerang HARD ROCK Cafe HK utk sesi membeli T Shirts & sedikit collectible items sebagai kenang2an. HRC ni terletak kat lereng bukit on the way up to the peak. Agak terselit jugaklah locationnya. Tapi kat sini byk tempat minum2 utk chill2.. Mcm kat negara omputih plak kat area ni.
Si Raymond ni rajin melayan the kids |
Next, kami dibawa plak ke atas bukit tinggi utk melihat panorama indah di HK. Plan nak naik The Peak Tramp (keterapi bukit ala2 di Bukit Bendera Penang), tapi kalau dah ahli rombongan berderet2 mcm ni, baik lah kita naik bas je ye. Takut nnt ada plak yg tercicir di tengah jalan. Kat atas bukit ni ada The Peak Gallery & Madame Tussauds. Masa gi London & Amsterdam dulu aku tak masuk wax museum ni, so since kat HK ni murah tiketnya, so I decided not to miss this opportunity. Alang2 dah sampai atas..
Replica tramp zaman dulu |
Bila masuk dlm Madame Tussauds ni, aku tak payah nak citer pajang lah yek. Basically mcm biasa lah kitaorg just posing here & there dgn patung2 lilin tu semua. Tapi wrong timing lah pegi bulan August coz masa ni ramai sungguh lah manusia!!! Pening kepala. Lagi satu yg buat aku pening kepala, celebrity ni semua nya kecik molek je orang nya. Maka aku telah merasakan bahawa aku ni umpama raksaksa saja gedabaknya! Stress!!!!! !@#$^&*((*%$@!
Amoi kebanggaan Malaysia katanya |
Kecik giler dia ni, sekali aku tiup je sure melayang ;p |
Hanya org yg berkeyakinan diri tinggi je boleh pose next to Angelina Jolie OK?! |
Lagi bukti keutuhan jati diri ku ;p |
I AM NOT GOING TO LET YOU GO! |
Enough of gambar2 sesi berangan yang so never ending story! Jom keluar from wax museum ni utk get some fresh air! Lemas dgn kepadatan manusia yang diserikan dgn pelbagai aroma ;p
Since semua orang dah kepenatan level nak tercabut kaki, maka kitaorg pun terus dihantar balik ke Metro Hotel, Mongkok. Ok lah hotel ni, selesa lah utk berehat & mandi manda. Esok perjalanan akan diteruskan ke Shenzen, China. Then, baru balik semula ke HK utk Disneyland adventure!
*to be continued..
p/s: Semoga mood utk update tidak terkubur setakat di sini saja ...
No comments:
Post a Comment